KARI DAGING MENU HARI INI

Kari daging nak makan dengan apa pun boleh.Untuk menu petang boleh tambah dengan roti jalan dan kari daging.Jadi jimat terus boleh buat untuk menu minum petang.Ok tak?

Jadi untuk slot Umi masak apa hari ini adalah kari daging dan juga ikan goreng berserta dengan kobis goreng.Eceh!! dah macam Masak Apa Hari ni pulak kan?

Ikutkan nak masak asam pedas memandangkan si kakak ni dok sibuk request nak asam pedas.Tapi umi pulak yang bosan dengan asam pedas tu.Jadi umi ingat nak buat kari daging jelah.Itupun versi tak pedas.Tak pedas takpe janji ada sambal belacan sebagai tambahan.Kalau dapat ulam-ulaman tu lagi bagus kan.

Kiranya balance la dengan menu sihat.Hah!! gitu.

So, menu untuk hari ni adalah menu Kari daging, kobis goreng dan ikan goreng.Pebret umi tau ikan goreng tongkol tu.

kari daging

Ni hari ni tak tau nak masak apa dah.Tapi tulah kan, cakap je tak tau nak masak apa, sekali masak hah!! ada je menjadi menu tu.Tak dapat banyak jenis menu pun takpe, janji menu utama tu ok.Yang lain-lain tu ditambah lagilah memikat selera.

 

Kalau ayah umi, dapat ikan bilis goreng dengan bawang lada pun dah sedap.Tiba-tiba teringat kat dia.Malam tadi dia dibawa ke hospital sebab oksigen dalam badan kurang.Doakan agar dia kuat ye.Risaunya sebab dia tu ada semput.Tapi syukur dia dah lengkap dos kedua bulan lepas.

Tapi umi tetap risau kat dia.Sayu bila adik hantar video dia tu.

Umi tak berapa nak pandai nak masak kari ni.Bukan tak pandai lah tapi tak la expert macam chef tu.So, nak sedap boleh refer kat resepi kari daging azie kitchen.

 

RESEPI KARI DAGING AZIE KITCHEN 

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 kg daging
2 biji ubi kentang
4-5 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
Rempah penumis – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging 
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping – atau air asam jawa
Sedikit kerisik
Garam
Serbuk perasa
 
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau. 

Masukkan rempah kari serbuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.
 
Setelah itu, dimasukkan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Jika perlu, boleh masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang masak. 

Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air secukupnya dan ubi kentang. Biarkan ianya masak dan daging empuk dan kuah benar benar terbit minyak. 

Akhir sekali masukkan asam keping, garam, kerisik dan serbuk perasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
 
 
Hah..ada orang suka letak kerisik dalam kari kan? Umi tengok mood la,kalau rajin letak.Kalau tak rajin kari bodo gitu jelah kan.
Nak tengok menu lain atau kot nak tengok resepi umi yang lain boleh klik sini
 
 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *