Kandungan gugur seminggu pun perlu diberikan nama

Kandungan gugur seminggu pun perlu diberikan nama | Mungkin umi kurang ilmu tentang agama, tapi bila ternampak post ini walau dah bertahun dulu, teringat kes keguguran umi tahun 2014.

Throwback kisah 6 tahun lepas. Selepas 3 tahun kahwin, umi disahkan oleh doktor mengandung 12 minggu.Masa tu punyalah seronok bila dapat tahu diri ni mengandung.Jadi dapatlah tutup mulut-mulut longkang yang tau nak salahkan perempuan sebab tak boleh mengandung and what so ever cerita yang menyakitkan hati.

Umi ada ceritakan tentang keguguran umi di entry Berpantang selepas keguguran. Actually masa kandungan umi nak masuk 13 minggu,umi ada rasakan ada yang tak kena pada kandungan umi.Masa malam tu, bila baring, usap-usap perut, laju je mulut ni bagitahu kat babah yang umi rasa baby dah takde dalam perut.Babah pun tanya, ada nampak kesan-kesan keguguran ke? umi jawab takde.Tapi entahlah ek, instinct seorang ibu kot.Sebab bila pegang perut tu, takde lagi rasa tegang dalam perut tu..emm… rasa mak-mak yang pernah mengandung tau macam mana yang umi nak explain tu.

 

Keesokkannya, babah bawak umi pergi jumpa doktor.Masa tu umi ke klinik swasta je.Bila doc scan, tengok kantung umi dah tak cantik.Terus doc buat surat untuk ke Hospital Ismail.Masa tu umi tak tahu nak gambarkan perasaan umi.Sampailah bila MIL tanya.Masa tu memang dah teresak² menangis.Naik bilik terus rehatkan badan.Masa tu jugak, darah keluar dah macam air paip.

Masa tu takde pun keluar kantung lagi.Tapi lepas umi minum air, pergi ke bilik air, terus rasa seketul keluar.Oh ya.Masa pergi ke hospital tu, doktor bagitahu, memang dia nak suruh keluar dengan sendiri.Sebab dia kata kalau buat D&C pun ada risikonya jugak.So, dia suruh tungu sehingga kantung keluar sendiri.

 

Bila keluar tu, umi nampak dalam kantung tu memang dah nampak baby pun.Walau tak sebesar mana, tapi rasanya dah complete sebab dah lebih 12 minggu kan.Sambil menunggu mak umi datang, sambil tu lah dok nangis.Sampai kat kampung, mak suruh kebumikan dekat belakang rumah.Berpantanglah umi selama seminggu.

Persoalannya, umi tak tahu yang kandungan yang seminggu pun kita kena namakan dia.Itu pun umi terlihat ada satu posting kat FB di petik dari ayat Ustaz Dasuki

Ustaz Dasuki Pesan…

Jika kita mengandung anak itu gugur, walaupun kandungan  tu baru seminggu atau sebulan,beri nama kepada anak itu.

Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan, maka berilah mereka nama lelaki kerana dia akan ada di akhirat nanti.

DIa tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti.Jangan bersedih jika keguguran, kerana anak itu sedang menunggu kita.Buatlah amalan kebaikkan di dunia dan semoga kelak bertemu dengannya di dalam syurga.

 

Bila baca ni, terus hati umi sedih..Sebak sangat sebab selama ni umi abaikan dia.Insyallah.. Nama dia dah tersemat di hati umi dan babah.

Setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan kita, Allah swt berikan kemanisan di sebaliknya.Kita sebagai hambanya kena sentiasa bersyukur dan tidak meninggi diri apabila kita peroleh apa jua kejayaan dalam hidup.

 

Muhammad Naqiuddin bin Ahmad Syahrizan.

umi pernah cari nama ni semasa dia dalam kandungan lagi.Sebab tu umi namakan dia Naqiuddin – Kebersihan agama

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *