kampung sayang resort Water Park

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili | Bermandi Manda di Kampung sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili di Hari raya haji yang lalu.

Kemahin umi ni, entry dah berminggu tersadai teruk di draft.Baru hari ni nak update lagi.Kisahnya selepas umi update menu sempena Hari Raya Haji hari tu.

Kan dalam entry tu umi ada kata yang selepas dari makan-makan kami planning nak ke tempat lain kan.Hah ni lah tempat yang kami pergi tu.Ni bukan entry berbayar pun.Tapi kalau tuan punya resort nak sponsor kami dengan penginapan sangat-sangat dialu-alukan 😆 😀 

KAMPUNG SAYANG RESORT WATERPARK TANJUNG SEDILI

Kampung Sayang Resort  Waterpark ni terletak di Kota Tinggi.Kalau korang kesini senang waze je menggunakan kampung sayang resort.Amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga untuk beriadah disini.Selain mempunyai beberapa tempat berenang, ada juga Chalet ala-ala kampung lama.Memang cantik tempatnya tau.

Actually sebelum tu memang plan nak pergi tempat lain.Tapi bila dah survey tempat, mcam tak jadi pulak nak ke sana, terus waze kampung sayang resort ni.Nak cari tempat ni tak delah susah mana pun.

Rugi pulak sebab tak stay kat situ sehari.At least boleh la tengok suasana malam hari macam mana kan. Port memancing pun ada tau disekita situ.

Alhamdulillah, kami kira orang yang terawal untuk mandi manda.Jadi boleh lah anak-anak berkubang mandi dengan tenang.

Masa datang tu, ada kolam yang ditutup untuk kerja-kerja pembersihan, so kita ambil kolam yang lain.Janji anak-anak boleh main.

Sebelum ke Kolam tu, korang kenalah bayar dahulu ye.Harga untuk seorang adalah RM10 dari 3 tahun dan keatas.2 tahun kira free.

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

 

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Ada dua kolam yang boleh mandi.Masa ni memang takde orang, so boleh la umi berendam sama.Cuma risaunya ada batas dekat playground tu.Jadi korang kena perhatikan anak-anak korang untuk bermain air ye.MEMANG KENA AWASI.

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Boat kecil dan juga pelampung korang boleh sewa disitu.Terdapat juga locker.Sebelah dari boat-boat kecil tu, tandas atau tempat membersihkan badan.

Kawasan ni makanan tak boleh bawak masuk.Ada tempat khas untuk korang letakkan makanan luar dari tempat ni.Yelah, nak jaga kebersihan kan.Jadi kena buat macam tu.So far, umi selesa sangat la dengan tempat ni.

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Di sepanjang kolam tu, ada tempat duduk yang boleh korang letakkan beg pakaian dan sebagainya.

 

Maaf sebab tak dapat nak ambil gambar untuk semua suasana kat sini.Next  kalau umi datang sini, boleh la menginap di sini.

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Ni pulak kolam sebelah yang dibersihkan.

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Anak-anak memang dah tak sabar nak bermain air.Nampak je kolam tu, masing-masing terus teruja.Tak sabar dah nak makan dulu.Last² biarkan anak-anak berendam sepuas hati.

Kampung Sayang Resort Waterpark Tanjung Sedili

Tempat makan yang disediakan di luar dari kolam tu.Taklah jauh mana.Tapi oklah untuk keluarga bersantai.Kalau korang pergi tanpa bawa makanan pun takpe sebenarnya sebab kat situ pun ada kedai makan.Dan nak beli apa² makanan, kat luar sebelum masuk simpang ke sini, ada kedai runcit untuk korang tapau segala jenis makanan runcit.

 

Anak-anak berendam sampai pukul 12 lebih gitu.Lepas tu dah semakin ramai orang, ajak terus anak-anak balik.Bagi chance kat orang lain pulak berendam kan.

Kalau korang nak tahu pasal info chalet tu semua, korang boleh la layari page mereka Kampung sayang resort, umi tak dapat nak sertakan disini sebab line tak berapa nak laju, nak dapatkan maklumat dihujung jari pun payah kalau line tak berapa nak ada kan.Maka rajin² kan jemari korang untuk cari info ye.

HARGA MASUK KAMPUNG SAYANG RESORT WATERPARK

Umur 3 tahun ke atas : RM10

Umur 2 Tahun ke bawah : Free

google maps

Loading

3 Comments

  1. Sis ko berkena plak bekas makanan pink tu haaa..mana beli haaa…
    Lama tak piknik…rindu plak pada laut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *