Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba bila korang berada di Johor Bahru ni.

Pertama kali umi menjejakkan kaki ke restoran makanan thai yang sangat selesa walaupun dinikmati semasa makan tengahari.Sebelum umi bercerita tentang menu yang disediakan, kita cerita tempatnya dahulu.

Seriuslah walau kita tengok restoran ni di tengah bandar, dengan bangunan-bangunan tinggi di kiri kanannya, confirm kita akan rasa bahangnya tempat tu dan tak selesa kan bila kita makan disini diwaktu tengahari.

Tetapi, bila mula duduk dah rasa angin yang meluru masuk, uih!! ni tepi laut ke apa?

Jadi, mana air kelapanya?

Of courselah ada kan? Seriuslah tempatnya memang mendamaikan walaupun duduknya di tepi jalan besar.Bunyi pokok-pokok di tepi-tepi restoran ini dan air pancut diluarnya.Memang sungguh-sungguh lain dari yang lain.

Kalau korang nak tahu, Kampung Carabao Aunthentic Thai Restoran ni dah ada dekat 20 tahun tau.Bak kata owner disini, tukang masak pun still lagi orang yang sama.

Belum lagi bercerita tentang menu yang disediakan, of courselah kan mereka menyediakan menu-menu dari Thailand.Umi memang sukakan masakkan Thai, tapi banyak yang special kat sini yang lain dari restoran thai yang lain.Jom kita tengok menu-menu yang disediakan disini.

Tengok jelah meja umi dan kawan media yang dipenuhi dengan menu yang lazat tu.Tak sabar dah ni nak makan.

Ni antara killer menu yang selalu sangat orang pesan.Dan korang kalau datang ke sini wajib mencuba menu-menu ni tau.

 

Ada pelbagai jenis tomyam dan juga kari hijau dia tu memang sedap.Korang boleh la belek-belek menu lain yang disediakan di restoran ni.

Siapa je kan tak suka menu-menu dari Thailand ni.Dengan kepedasan dan rempah yang mereka gunakan haruslah lain dari yang lain.

Minuman teh hijau, teh Thai dan air kelapa mesti untuk korang cuba.

 

Nak tengok full menu yang umi dah cuba, boleh tengok dekat ig umi dibawah ni.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Rohaida Yusof (@sitirohaida_yusof)

Boleh juga tengok di Facebook personal umi kat sini.Tak tau kenapa umi tak boleh nak embed code ke sini.Instagram je lah yang boleh.Tapi tulah, IG ni boleh letak 10 gambar je.Yang lain memang kat FB je.

Tekan link ni.

Untuk korang yang nak mencuba makan kat sini, boleh la tengok details kat bawah ni.Untuk korang yang makan tengahari kat sini ada diskaun tau.Tak ingat berapa diskaun yang dia bagi untuk lunch kat sini.So cecepat grab

▋ ??????? ??????? ????????? ???? ??????????
? Instagram: www.instagram.com/kampungcarabaothaiauthentic
☎️ Tel: +607 3359 333 | +6012 3056933
? WhatsApp: https://wa.me/+60123056933
? Email: kampungcarabaothai@gmail.com
? Address: 16, Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor, Malaysia
⌛️ Operation Hours: (Mon to Sun) 12.00pm – 3.00pm | 6.00pm – 12.00am
? Google Maps: https://bit.ly/3xZDtsV
? Waze: https://bit.ly/2ZZWzSY

 


#KampungCarabaoAuthenticThaiRestaurant #ThaiFood #ThaiDelicacies #ThaiStyle #Authentic #TomYam #Karpau #Basil #SweetSour #MangoSalad #PineappleFriedRice #GreenCurry #Seafood #Crab #Spicy #Delicious #johorbahrufood

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *