zakat fitrah negeri johor

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI JOHOR 2023

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI JOHOR 2023, Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) telah menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu Rm7 dan RM13.

APA ITU ZAKAT FITRAH

DALIL ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki.Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisah, haul dan sebagianya.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yan bermaksud

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum muslimin(HR Bukhari)

Ucapan Rasulullah SAW ?kanak-kanak dan orang dewasa??menunjukkan bahawa Zakat Fitrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memliki harta, maka zakat fitrahnya wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Ulama.

FATWA ZAKAT FITRAH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
    Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

 

Itulah serba sedikit tentang zakat fitrah yang perlu kita ketahui.Baca disini untuk maklumat lanjut tentang fatwa dan di mana zakat fitrah boleh dibayar.

zakat fitrah negeri johor

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI JOHOR 2023

RM7.00
Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan Beras Tempatan pada harga RM 2.60 sekilogram dan ianya merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Johor berbanding Beras Bukan Tempatan (Import).

RM13.00
Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Tempatan pada harga purata RM4.81 sekilogram seperti Beras Wangi, Beras Thai White Rice dan Beras Basmathi.

 

Jadi korang dah boleh la standby untuk bayar zakat semasa bulan puasa ni.Sekarang ni dah mudah korang, boleh terus ke kiosk berdaftar, masjid dan juga boleh bayar zakat melalui online sahaja.

Baca juga Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Johor dan Jadual waktu berbuka puasa bagi Negeri Johor 2023

 







Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.