Kad Touch N Go Baru (NFC) Mudah Nak Tambah Nilai

Kad Touch N Go Baru (NFC) Mudah Nak Tambah Nilai.Jadi tak perlu susah payah nak tambah nilai di kiosk.Touch N Go Malaysia telah dinaik taraf kepada TNG dengan teknologi baru yang membolehkan kita menambah nilai pada bila-bila masa, di mana sahaja,tanpa tunai dan mudah.

Orang dah lama guna Kad Touch N Go baru, umi baru terkial-kial nak dapatkan kad ni.Tapi takpelah kan, bukan ketinggalan zaman pun.Masih di zaman yang sama juga.Cumanya masa baru-baru dikeluarkan tu, biasalah orang ramai berebut nak dapatkan kad tu.Jadi malas nak berebut-rebut.

Kad Touch N Go Baru (NFC) Mudah Nak Tambah Nilai

Lepas tu ada pulak yang jual kad Touch N Go baru tu dengan harga yang tak masuk akal.Jadi umi hold dulu untuk dapatkan kad tu.Korang tau tak perbezaan kad Touch N Go baru dan lama? Meh kita tengok apakah perbezaannya.

PERBEZAAN KAD TOUCH N GO BARU DAN LAMA

Kad Touch N Go baru ni dinaik taraf dengan teknologi terkini iaitu, “Near Field Communication(NFC)” untuk membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch N GO ewallet.Kad yang lama tidak mempunyai ciri seperti kad yang baru.

Kad Touch n Go edisi klasik

  • Bayaran tol
  • Tambang bas keretapi dan bas
  • Parkir

Kad Touch N Go NFC

  • Bayaran tol
  •  Tambang keretapi dan bas
  • Pembayaran di kedai
  • Parkir
  • Semak baki melalui e wallet
  • Tambah nilai menggunakan baki ewallet
  • Beli melalui ewallet

Apakah NFC?

NFC ialah Near Field Communication merupakan kaedah menghantar data secara wireless dengang menggunakan gelombang radio.Kad Touch N Go(TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara wireless daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit korang yang telah diaktifkan untuk penggunaan.

FAEDAH MENGGUNAKAN TOUCH N GO NFC

  • Akaun Touch N Go ewallet pengguna perlu disahkan mellaui eKYC
  • Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu perisian pengedalian(OS) minimum iOS 13(Apple) dan Android 4.4(ANdroid & model lain).Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi dan ia telah di kemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Tuch N GO ewallet berfungsi.Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC.Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit korang sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan ewallet.
  • Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch N Go ewallet mereka kepada versi 7.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik tarag

CARA SEMAK TELEFON BIMBIT MEMPUNYAI NFC ATAU TIDAK

Jika korang menggunakan peranti Apple Iphone 7 dan keatas, ianya sudah mempunyai cip NFC didalamnya.Oleh itu semua Iphone yang dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai keupayaan NFC.

Jika korang menggunakan peranti Android aktifkannya di Setting dan dalam bar search setting, taip NFC.Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit korang.

1.Semakan NFC bagi pengguna Iphone

Untuk pengguna iphone, korang boleh mengesahkan versi ios telefon bimbit dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Cari dan pilih aplikasi setting

Langkah 2 : Setelah mengaktifkan aplikasi setting, klik general.

Langkah 3 : Kemudian, klik about dan ambil tahu tentang software version yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi IOS korang belum dikemas kini, tekan software update di bawah general dan semak untuk kemaskini yang sedia untuk dimuat turun.Klik Download and install untuk kemas kini ios kepada versi terkini.

Langkah Semakkan Pengguna Android

Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”

Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “About Phone” atau “About Device”

Langkah 3: Kemudian, klik “Android Version” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera

Langkah 4: Jikalau versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini

Sesetengah jenama/model telefon bimbit yang dibeli selain di Malaysia boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC/ fungsi NFC tidak disokong. Untuk menikmati kemudahan kad TNG yang dinaik taraf, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit korang.

Cara Pembelian Touch N Go NFC

I) Pembelian Offline (Di Kedai Fizikal)

Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf ini melalui Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di kedai / stesen minyak yang terpilih.

Rujuk senarai kedai-kedai berdaftar yang menjual kad ini secara sah:

https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/

II) Pembelian Online (Melalui e-Wallet Touch n Go)

Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi

Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad

Langkah 3: Klik Order Now

Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)

Cara Link Kad Touch N Go Baru Dengan e-Wallet TNG

Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYC

Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf.

Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card di skrin utama

Langkah 2: Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan

Langkah 2a: Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC

Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:

Langkah 3: Klik pada Scan Now atau mceclip1.pngikon

Langkah 4: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda

Langkah 5: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda

Langkah 6: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem

Langkah 7: Tekan butan Add

Langkah 8: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf

Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

Jika telefon korangTIDAK mempunyai fungsi NFC (Anda diingatkan bahawa anda tidak akan dapat melakukan operasi tambah nilai melalui eWallet jika keupayaan NFC tidak diaktifkan pada telefon bimbit atau telefon bimbit anda tidak mempunyai ciri NFC)

Langkah 3: Masukkan Nombor Siri Kad 10-digit anda secara manual

Langkah 4: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem

Langkah 5: Klik pada butang Add

Langkah 6: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf

Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda

Cara Tambah Nilai Kad TNG Baru Secara Online Dengan NFC

Setiap kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.

Langkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:

i) Touch n’ Go eWallet: Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.

Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet

Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload

Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda

Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500

Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda

Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi

Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!

Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda

Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.

ii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.

sumber : ecentral

 Mudah dah sekarang ni nak topup.Tak payah kita nak ke kaunter kan. Cepat dan mudah.Umi beli kad touch n go baru ni dekat tiktok je. Murah sikit dari beli dengan orang kan.Jadi perjalanan balik kampung takdelah menjadi satu hal bila lalu kat tol tu.Kadang tu mesti nak kena singgah di rnr ataupun di petronas dan shell.Jadi jimatlah sikit masanya tu

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *