Kad Raya Pertama Di Tahun ini

Assalamualaikum
Hari raya memang tak boleh nak dipisahkan dengan Kad raya,Kuih raya,Baju raya dan Duit Raya..hahah..betul tak..
Tu semuanya ada pada hari raya je..Hari biasa memang NON Hado.Benda pertama yang dapat sebelum raya adalah Kad raya..isk..seronok betul mengumpul kad raya ni
Nostalgia dengan Kad raya ni best.Kalau nak diimbaskan kembali masa sekolah dulu..Memang seronok.Masa sekolah dulu,yang paling best dapat kad raya dari rakan-rakan sekolah je..Tu yang best.Bila mak bagi duit belanja,mesti simpan leklok sebab Hasil dah banyak boleh la bagi kat kawan-kawan sekolah.Harga Kad raya dulu murah-murah je.Dapat beli yang harga 50 sen pun dah ok dah..
Bila dah remaja sikit,mulalah cari kad raya untuk ehem-ehem yang siap ada lagu tu..Hak tu memang mahaii sikit la..Tapi kerana buah hati,sanggup dan gigih ler nak kumpul duit banyak sikit.
Dah kumpul banyak kad raya,mulalah bergantungan kad tu kat dalam rumah..Bangga woo bila orang tengok kita dapat banyak kad raya..hehehe
Bila dah bekerja ni,Agak kurang la dapat kad raya.Kawan-kawan pun ramai dah berhijrah..Lama gak aku tak dapat kad raya sehinggalah aku terjebak dalam dunia blogger.
Dah beberapa tahun ni,alhamdulillah,ramai juga rakan blogger yang mengirimkan kad raya.Paling best adalah,Kad raya yang dikirimkan adalah jenis yang Special Edition.Memang takde jual kat kedai atau pasaraya okehh..Semua kad raya yang diorang hantar memang dibuat khas untuk rakan blogger.Sebab tu aku masih simpan lagi kad-kad raya dari rakan blogger,
Untuk tahun ni pula,kad raya yang pertama aku terima adalah dari blogger Khaty.Thanks kat kak Khaty kerana mengirimkan kad raya untuk aku tahun ni ye.
Aku pulak sekali je pernah tempah kad raya dari hazwan hairy..Kalau korang masih ingat la blogger tu kan..Sekarang ni dok sibuk rasanya dengan bisness dia..
Aku ada up entry pasal Kad raya kat sini Kad raya Untuk Tahun ni. Siap tempah khas sampul raya lagi..haha..
Tapi dah tahun kebelakangan ni memang takde la aku tempah.Just beli yang ready made je.
Tahun ni memang takde persiapan dan juga pembelian yang ready made..Maklum la tengah sarat macam ni.Berdebar-debar je tunggu kelahiran yang akan datang ni.

Loading

16 Comments

  1. BESNYE.. AKAK MMG DAH LAMA TAK DAPAT KAD RAYA , KALU KEKECIK DULU TU SIAP WAT POKOK LAGI ..

  2. Sampai juga. Alhamdulillah … Lega sangat kathy sis..

  3. Bestnya dapat kad raya. Dah susah nak dapat kad raya sekarang nie. Zaman dulu-dulu je meriah dengan kad raya. hehe

  4. wahhh tahniah tahniah dapat kad raya…ihikss…Farah pun tumpang happy untuk kakak Farah yang sorang ni… la la la la….

  5. Awalnya dapat kad rasa, bestlaaa 🙂

  6. Wahh tahniah Aida.. gembira dpt kad raya dari kengkawan blogger kan..:)

  7. Alhamdulillah.. Sama la.. Kad raya dari kak kathy yg dulu dapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *