JutaanTerima Kasih Untuk Mereka

JutaanTerima Kasih Untuk Mereka | Terima kasih juga untuk mereka yang bersusah payah 24 jam menghadapi pesakit Covid-19

Semalam Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama 

larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua

sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Ketiga 

sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Keempat 

penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Kelima 

penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara dan

Keenam 

penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Jika ada sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

Perutusan khas PM YAB, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pastinya unit-unit pihak Hospital sedang bertungkus lumus untuk menjaga pesakit-pesakit yang disahkan positif Covid-19

Mereka adalah orang yang paling berisiko untuk sentiasa menjaga pesakit-pesakit yang terlibat.Tanpa mereka yang bersengkang mata di Hospital, bagaimanalah kita kan.

Umi respect pada doktor yang sanggup tinggalkan anak,isteri dan suami hanya kerana pesakit-pesakit mereka.

Umi sentiasa mendoakan mereka yang terlibat diberikan kesihatan,keupayaan dan ketabahan yang kuat untuk terus berjuang menyelamatkan pesakit-pesakit tersebut.

 

Loading

1 Comment

  1. moga Allah lindungi mereka semua dan berikan ganjaran setimpal atas pengorbanan diorang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *