JULAI PERFORMANCE KISAHSIDAIRY.COM BLOG | Jarang umi nak update pasal peningkatan atau penurunan blog ni.Tapi ini adalah salah satu entry untuk naik turunnya blog ni dimasa akan datang.
Kalau cerita mengenai blog ni kan, banyak lagi yang perlu umi baik pulih terutama tentang penulisan.Kadang-kadang orang akan suka blog kita sebab penulisan kita.
Kalau kita tulis ala kadar atau hanya sekadar update blog tak guna juga kan.Confirm pembaca akan bosan.Umi akui jugak, blog umi ni bukan satu blog favourite, tetapi syukur ada yang sudi membaca dan mencari sesuatu di blog ini.
Pernah satu ketika umi nak tutup je blog ni, tapi semakin niat nak tutup semakin berat hati ni nak kearah itu.Nak-nak lepas umi bertukar kepada wordpress, lagilah umi rasa sayang untuk tutup blog ni.
Ye, sekarang ni umi sedang menaikkan blog sitirohaida.com sebab umi hanya nak menggunakan blogspot.Tetapi ada je klien yang masih lagi nak menggunakan blog kisahsidairy ni sebagai tempat pengiklanan mereka.Syukur alhamdulillah.
JULAI PERFORMANCE KISAHSIDAIRY.COM BLOG
Banyak lagi yang perlu umi perbetulkan.Sangat banyak nak menuju ke 500k sebulan.Itu target untuk bulan depan pulak.Moga-moga umi terus bersemangat untuk capai target umi tu.
Banyak income yang umi dapat dari blog ni.Di kala umi berhenti kerja, ada juga sumber pendapatan yang boleh menampung perbelanjaan harian keluarga.Bukan senang nak senang kan.
DA BLOG KISAHSIDAIRY.COM
Alhamdulillah semakin hari semakin baik.Cuma kalau tengok GSC(google search console) memang banyak perlu dibaiki.Korang kalau nak check jugak DA korang boleh check disini
Caiyok umi!! insyallah dengan keberkatan dan doa anak-anak umi boleh capai target tu.Dapat income adsense bulan-bulan pun dah bersyukur.Tapi tetap bersyukur sebab income untuk adsense semakin lama semakin baik.Kalau 2 tahun lepas, nak dapat setahun pun payah, tapi kali ni setiap 3 bulan syukur dah boleh cashout.
Lepas ni kena kerja lebih keras lagilah nampaknya.Tapi tulah, nak menghadap blog setiap hari tu memang kadang-kadang payah weh! Tapi insyallah akan update entry-entry lama dan perbaiki kelemahan entry-entry yang lepas.