Juadah Hari Raya Aidiladha Yang Biasa Sahaja | Umi pun tak taulah apa yang nak dimasak untuk hari raya.
Sebelum ke pasar tu berbincang dulu dengan si babah.Tanya dia apa yang nak dimasak untuk hari raya.
Ikut mood umi memang malas nak masak juadah hari raya.Tapi disebabkan adik umi pun ada sama beraya dengan kami, jadi masaklah jugak untuk diorang ni.
Sampai di pasar tu umi beli daging dan seekor ayam je.Lepas tu babah cakap dia teringin nak makan sup tulang.Umi ni jarang nak masak sup tulang.Tapi bila dia dah banyak kali bercakap, jadi suruh dia beli.Nanti pandailah umi masakkan.Senang je nak masak sup tulang ni, semuanya dah ada dalam google. cari jelah resepi sup tulang yang mudah dan yang penting korang faham cara nak buatnya.
Umi beli sekali nasi himpit yang dah siap kat pasar tu 10 keping.Eh tak taulah nak panggil keping ke buku.Beli yang besar tu.Cukuplah makan untuk family kami.
Ini menu yang awal kami sediakan memandangkan tengahari tu umi tak memasak.Jadi Sup tulang dengan nasi putih je.oklah kan.
Menu lain yang menyusul adalah rendang daging dan juga sayur lodeh.
Tapi umi tak ambil pun gambar lodeh tu..Entahlah badan ni sejak-sejak ni cepat penat.Penat tapi bila ko nak berehat dan tidur,ko tak boleh buat.
Settle tu, malam kami buat birthday untuk Nur Naura Auni.Saja umi buat lebih awal.Ikutkan mrmang taknak panggil kawan-kawan dia.Yelah risau mak pak diorang tak kasi datang kan.Yelah pendemik ni turun naik je kes.Tu yang umi sendiri pun takut.Takdelah jemput ramai.Cuma jiran sebelah menyebelah ni je.
Buat sikit goodies untuk kawan-kawan dia.Untuk bebudak ni umi buatkan diorang lontong goreng and nugget sikit-sikit.
Tak terdaya sebenarnya nak buat tapi kesian pulak si Auni ni, umi gagahkan jugaklah buat.
Plastik comel tu dah lama ada tapi tak guna.Jadi kita guna mana yang ada.
Dalam goodies tu umi letak pensel, pemadam, air kotak dan gula-gula.Tu jelah.
Pagi hari raya memang panaskan je lauk-lauk yang dah masak sebab plan nak buat nasi beryani.
Jadi makan nasi beryani kami petang dalam pukul 4 tu hah.Sebab masing-masing dah kekenyangan makan ketupat
Settle menu ni sampai malam.Agak-agak lapar lagi kita kunyah buah pulak la ye anak-anak.
Masak memang ngam-ngam sebab tak nak ada lebih.Sayang terbuang kalau masak banyak.
Â
Â
Â
Sedap kak menu raya. Salam Aidiladha buat Kak Eda sekeluarga.