JOHOR BERCUTI HARI INI

Johor Bercuti Hari ini selepas perlawanan bola antara JDT dan KL City FC.JDT menang 2-0 dan seharusnya bila Johor menang, maka kami dapat cuti.

Yak Yak yeay!! Ikutkan hari ni anak-anak periksa sekolah Agama.Umi dari malam tadi dok berzikir dengan budak-budak ni macam umi pulak yang nak periksa.

Dari malam tadi la umi amalkan doa ibubapa untuk anak hadapi peperiksaan.Itu salah satu usaha kita sebagai ibubapa untuk anak-anak kan? Selain dari mereka sendiri usaha untuk jawab peperiksaan tu dengan betul, kita pun kena usaha jugak.

 

Tapi tulah, tak jadi pula bersekolah hari ni, jadi tunggulah keputusan Sekolah samada esok teruskan dengan jadual yang sama atau berbeza.

Budak-budak tu rileks je nak periksa, umi dia memang selalu melebih-lebih.Yelah, anak-anak di zaman pendemik ni memang struggle tau nak absorb semua dalam kepala otak diorang ni.Nak-nak si kakak yang terpaksa belajar dari rumah.Memang susahlah dia nak masuk.

Kesian kan kat diorang ni.Tapi nasib baiklah cikgu-cikgu pun faham dengan diorang ni.Umi bersyukur jugaklah dah boleh mula sekolah seperti biasa.Jadi takdelah diorang terlepas banyak pelajaran.

Hujung minggu ni kemana? Tak plan mana-mana memandangkan bukan lepas gaji.hahah.Jadi kita masak-masak jelah kat rumah.Buat aktiviti dengan anak-anak.Suruh diorang basuh basikal, motor dan kereta.Banyak main dari buat kerja.

Umi pulak siapkan tempahan kawan-kawan journal umi.Alhamdulillah dapatlah duit jajan anak-anak kan

Kalau dulu umi buat quotes BI, atas permintaan umi buat pulak quotes BM.Tapi kalau quotes melayu ni memang panjanglah jawabnya.

So, kita off dulu dan buat apa yang patut.Selamat berhujung minggu korang.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *