Menginap di JO Hotel JB bersama JDT Blogger

Menginap di JO Hotel JB bersama JDT Blogger

Menginap di JO Hotel JB bersama geng JDT Blogger| Penginapan 2 hari 1 malam umi bersama geng-geng blogger umi di Hotel yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru.Sesekali berjumpa tu memang seronok.Tambah lagi perjumpaan kami ni semua di kalangan wanita semua.

Selepas kami lunch di Bibik’s Kitchen yang terletak di dalam JO Hotel ni, kami memng dah plan nak bermalam di sini untuk semalam.kengkonon nak buat party kelawar ler bersama-sama dengan yang lain.Selain tu kitorang buat jugak  tukar-tukar hadiah antara kami.Nasiblah kan siapa yang dapat hadiah dari umi tu.Nanti umi cerita di lain entry.

Untuk entry ni umi nak cerita pasal pengalaman bercuti di JO Hotel Johor Bahru ni dulu.Sekarang ni siapa-siapa yang nak bercuti dah boleh dah dapatkan Hotel murah di JB ni.Ikut kemampuan ye dak.Kalau nak selesa, boleh la cari hotel yang selesa di JB ni.

Cerita pasal keselesaan ni, umi nak ceritalah sikit pasal JO Hotel ni.Apa yang best dan kenapa perlu korang pilih Jo Hotel ni untuk tempat percutian korang.Nak tau best ke tidak kenalah habiskan baca entry Menginap di JO Hotel JB bersama JDT Blogger

JO Hotel ni terletak di bandaraya.Betul-betul berdepan dengan Double Tree By Hilton Johor Bahru.JO Hotel ni kalau dulu lebih dikenali sebagai Hotel Tropical Inn.Tapi sekarang ni dah dikenali sebagai JO Hotel.

Tempat parking memang selesa dan luas.Bagi umi yang tak suka nak parking bertingkat tu memang sukalah dapat parking macam ni.

Masuk je pintu masuk hotel ni, boleh nampak bahagian kiri kaunter pendaftaran masuk hotel dan sebelah kanan adalah Cafe Bibik’s Kitchen.

JO HOTEL JOHOR BAHRU  MURAH DAN SELESA

jo hotel johor bahru

Moh ler ambil kad dulu sebelum check in.Umi dapat tingkat 20 iaitu bilik Triple Deluxe Bedroom yang berharga RM160 per night including breakfast.

jo hotel johor bahru

Umi satu bilik dengan si Juju dan Suzie.memang ngam ler bilik tu dengan kami sebab dalam bilik Triple Deluxe bedroom ni korang akan nampak satu single bed dan juga double bed.

jo hotel johor bahru

Starting dari masuk je bilik kami tu akan nampak bilik air di belah kiri dan almari di sebelah kanan.

jo hotel johor bahru

jo hotel johor bahru

Cukup lengkap dengan berus gigi, sabun dan sebagainya.Sama juga dengan almarinya

jo hotel johor bahru

Lengkap juga dengan minuman dan juga peti ais mini disebelah almari.

Cuma untuk iron tidak disediakan di dalam bilik.Korang boleh dapatkan iron ni di setiap level berdekatan dengan bilik korang.

jo hotel johor bahru

Ada juga tv dan meja serta sofa di sudut katil bilik ni.Sangat selesa untuk kami bertiga.

Kalau korang  dengan kuantiti yang ramai boleh la pilih bilik Family Room sebab dalam bilik family room lebih luas.Ada ruang tamu yang luas dan dalam bilik terdapat 2 katil besar.Tu pun ada ruang lagi untuk korang yang ada anak ramai.

jo hotel johor bahru

Ni pun umi ambil gambar masa dok terjah di bilik Sunah.Memang selesa sangatlah.Untuk bilik Family Room ni korang boleh dapat dengan harga RM250 per/night tau.Murah la kan pada korang yang nak cari Hotel bajet.

Yang paling umi suka bila di bilik Family Room ni adalah view nya.Cantik weh kalau tengok pemandangan luar waktu malam.

jo hotel johor bahru

Nampak tak Menara JLand tu.Sebelum tidur boleh tengok view dari living room je.Tengok sampai lampu menara tu semua terpadam.Macam kita tengok lampu KLCC pada tingkat by tingkat ler kan.Eh korang pernah tengok tak? hehehe..

jo hotel johor bahru

APA YANG UMI SUKA MENGINAP DI JO HOTEL NI?

Selain dari facilities kat sini, umi juga suka dengan wifi dia yang sangat laju weh.Tak kisahlah tak boleh tengok astro pun, janji wifi laju.Tengok Youtube tanpa sekatan weh.

Oh ya, gambar last yang umi tunjukkan di atas tu adalah tempat untuk korang adjust aircond bilik tu.old school sangat kan.Mula-mula umi tak jumpa tau switch untuk slowkan air cond ni.Sebab bilik ni teramat lah sejuk.Sampai umi kena pakai stokin sentiasa di dalam bilik.

Walaupun sekarang ni pendemik Covid-19 melanda semua Negara, korang masih boleh lagi bawa family bercuti di dalam Negara.Cuma kenalah sentiasa patuhi SOP yang dah Kerajaan tetapkan.

Masa umi menginap di sini, bibiks kitchen hanya beroperasi pada siang hari sahaja, tapi jangan risau sebab kalau nak cari makan di luar tu memang banyak sangat tempat makan menarik di bandar Johor. Kalau malas nak keluar, jangan risau abang Food Panda dan Grab Food sedia membantu.Korang perlu bayar je dan tunggu sampai makanan sampai.

Hah gitu…So, korang ada keperluan untuk mencari Hotel yang murah dan selesa? boleh dapatkan details tentang JO Hotel ni di bawah ye.

JO HOTEL JOHOR BAHRU

No.15 Jalan Gereja , 80100 Johor bahru 

Contact No 

+607 288 8688

Facebook

https://www.facebook.com/thejohotel/

Instagram

https://www.instagram.com/thejohotel/

Website

The Jo Hotel Johor Bahru

Loading

2 Comments

  1. Seronok meriah..bukan senang nak kumpul ramai-ramai gini kan…
    Makaseh Eda untuk hadiahnya…

  2. Author

    alhamdulillah sis…terimalah hadiah yang tak seberapa tu..hik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *