Jerebu Berkurangan

Assalamualaikum
Sebelum tu jangan terkejut dengan pembaharuan blog ni ye.Saja nak tukar template.Rasanya dah lama kot tak bersalin baju.Banyak lagi yang nak di ubah..Tapi slow-slow lah kan.Maklumlah,aku ni bukan pakar dalam bab coding ni.Mana yang aku tau tu,aku buat la..At least menjadi jugaklah..Janji ada warna pink sikit-sikit.Banyak lagi tu nak diubah menjadi warna pink.Cuma nak kena tengok coding tu satu-satu..Bukan senang OOOO!!!..
Dah,back to the topic.Masalah jerebu di negara kita ni,aku rasa dah menjadi satu masalah yang serius terhadap kesihatan kita kan.Yang risaunya adalah anak-anak.Kesian kat mereka kalau sakit.Kita pun kena jaga juga kesihatan dengan musim-musim macam ni.Yelah..Bila kita dah sakit,macam mana dengan anak-anak kita kan.Macam mana pulak kita nak menjaga mereka jika kita dah sakit.So,kena lah jaga kesihatan diri kita jugak.
Jom kita ambil langkah-langkah semasa jerebu ni:-
  • Kurangkan aktiviti luar.Dah musim macam ni,tak payah lah nak bersiar-siar di taman atau berkelah di tepi pantai.Lebih baik cari tempat yang terlindung dari cuaca.Kang tak keluar bawak diorang keluar bosan pulak kan..hehehe
  • Kurangkan atau seboleh-bolehnya jangan merokok..Khas untuk kaum adam kot…hehe..yelah..lebih baik perbanyakkan minum air masak dengan musim-musim macam ni kan
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter satu hari.Itu memang perlu,tak dalam keadaan jerebu pun kita dimestikan minum air masak untuk mengelak dari sebarang penyakit dan dehidrasi betul tak.So,kena praktikkan setiap hari mesti lebih dari 1 liter air untuk minum.Sekarang ni anak breastfeeding,aku amalkan 3 liter sehari.Tu pun jenuh nak habiskan sampai 3 liter
  • Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar.Betul tu…kena selalu jugak jaga kebersihan diri..Untuk diri kita jugakkan.
  • Gunakan Topeng pernafasan.
  • Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.Bagi aku nak bersih kena luar dan dalam..barulah bagus..hehe
  • Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan.Wajib!!!takut nanti berlarutan,lagi teruk kan…
sumber : sini
Alhamdulillah..sejak dua menjak ni hujan dah mula turun.Malam tadi pun hujan lebat..at least bleh Nyah jerebu tu secepat mungkin.Kesian anak-anak tak boleh nak bermain kat luar..Nak tepu otak mereka.Kurang aktif  sel-sel otak nak berkembang.
Keadaan pagi kelmarin.Masa ni jam menunjukkan 7.35 pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.

Loading

3 thoughts on “Jerebu Berkurangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *