Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Jenis pokok Keladi dan Cara Penjagaannya yang perlu korang tahu.Pokok keladi viral sejak PKP bermula dan semakin ramai yang suka menanam pokok keladi ni

Bila dilihat, pokok keladi ni semakin menjadi-menjadi tanamannya lagi-lagi warna unik yang terdapat pada keladi tersebut.

Umi pun termasuk di dalam kategori yang meminati keladi tetapi tidaklah sampai mengumpul semua koleksi keladi.

Harga keladi di pasaran juga bergantung kepada uniknya warna yang terdapat di daun keladi berkenaan.Semakin unik, maka semakin mahallah harga keladi itu.

Tapi berapa banyak jenis keladi yang ada kat pasaran dan yang korang tau tu.Meh umi nak share dekat korang jenis pokok keladi dan cara penjagaannya.

JENIS-JENIS POKOK KELADI

1.Monstera Delicosa

Keladi jenis ini jarang dijumpai dan boleh dikatakan agak rare alam kalangan penggemar pokok keladi hiasan.Disebabkan spesis yang agak rare ini, harga keladi ini boleh mencecah ribuan ringgit.Monstera delicosa ini mempunyai beberapa jenis subspesies yang bentuk fizikalnya seakan-akan sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.

Pokok keladi ini juga memiliki calcium oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Warna bagi keladi ini ialah berwarna hijau keseluruhannya dan memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup dengan subur.

 

Baca juga : 10 jenis indoor plants wajid ada di rumah

2.Keladi Mickey Mouse

Keladi ini merupakan jenis keladi hiasan yang begitu popular dan mempunyai bentuk daun seolah-olah watak kartun mickey mouse.Keseluruhan warna batang keladi ini berrwarna hijau dan terdapat tompokan putih pada daunnya.Keladi ini beracun dan menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia.

Keladi ini memerlukan air dan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.

3.Keladi Black Coral

Poko keladi Black Coral ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman dalam hiasan dalam rumah dan juga di luar rumah.Daunnya berwarna hitam keseluruhannya.Keladi ini memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.

Ia beracun dan menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.

4.Keladi Putih

Pokok keladi putih ini sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan dalam rumah.Daunnya yang berwarna putih sangat cantik.Keladi putih ini memerlukan cahaya matahari untuk hidup subur dan segar di dalam rumah.Sekali sekala letakkan pokok ini diluar untuk mendapatkan cahaya matahari.

Pokok keladi ini memiliki calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.

Baca juga : Cara Biak pokok ketapang

5.Keladi Black Magic

Keladi Black Magic ni mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada cara penjagaan.Jika diberikan baja yang mencukupi, saiznya akan menjadi lebih besasr dan boleh menjadi setinggi 2 kaki atau lebih,

Keladi ni memiliki calcium oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Warna hitamnya sangat cantik dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.

6.Keladi Albino

Keladi variety Alocasia Macrorrhiza Variegata inbi sering kali membentuk pigmen atau tompok-tompok berwarna putih dan membentuk corak-corak tertentu.COrak ini tidak tetap menjadikan keladi albino ini unik dan menjadi buruan para penggemar pokok keladi hiasan.

Baca juga :

Pokok ini juga memiliki calcium oxalate yang beracun dan menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Warna tompokan putihnya sangat cantik dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.

7.Keladi Cat Tumpah

Keladi cat tumpah merupakan salah satu daripada pokok keladi yang popular di Malaysia dan banyak dicari oleh penggemar keladi pada hari ini.Tanaman keladi hiasan menjadi tular kerana ianya agak senang untuk dijaga dan rupanya yang cantik.

Tumbuhan keladi hiasan ini juga memiliki calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Warna tompokan merah sangat cantik seolah-olah ada cat merah yang tertumpah di atasnya.Ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.

8.Pokok Keladi Gajah

Keladi gajah merupakan pokok keladi hiasan yang biasanya diletakkan di beranda rumah.Walau begitu, aa juga yang diletakkan di dalam rumah sekiranya saiznya masih lagi kecil.Pokok keladi gajah sinonim dengan ketinggian dan berupaya mencapai ketinggian 10 kaki.

Pokok keladi gajah ini juga memiliki calcium Oxalte yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Warna bagi keladi hiasan ini ialah berwarna hijau keseluruhannya.Ia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur.

9.Caladium Festivia

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Keladi spesis ini mempunyai urat yang berwarna merah dan hijau.Saiznya sederhana dan sesuai untuk dijadikan tanaman dalam rumah.Keladi ini banyak dijual di media sosial dan marketplace dan mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan rupanya yang cantik dengan harga yang boleh dikatakan murah.

Caladium Festiivia ini memiliki calcium oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Warna bagi keladi ini ialah kebiasaannya gabungan antara warna putih dan merah.Ia juga cantik jika dijadikan pokok hiasan luar rumah.

10.Philodendron Billietiae

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Tumbuhan philodendron Billetiae merupakan keladi yang berdaun panjang dan tirus kebawah.Keseluruhan warna batang keladi ini adalah berwarna hijau.Keladi ini senang untuk dibiakkan jika dibandingkan dengan jenis keladi lain dan senang untuk diletakkan di dalam rumah.

Philodendron Billietiatae ini memiliki calcium oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Pokok keladi hiasan yang popular ini mampu membesar dengan membentuk satu kelompok yang banyak dan sangat cantik bila dipandang.Warna bagi keladi ini ialah kebiasaannya warna hijau.

11.Keladi Tengkorak Silver

Keladi tengkorak silver ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah.Daunnya mempunyai tulang yang berwarna hijau dan sebahagian daripada daunnya adalah berwarna perak.Selain itu, keladi ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan kekal segar.

Keladi tengkorak silver ini juga memiliki calcium oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah.

12.Keladi Tengkorak Black velvet

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Pokok keladi ini merupakan jenis keladi hiasan yang popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah.Daunnya berwarna hijau dan batangnya berwarna hijau muda.Keladi black velvet ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar.Jika diletakkan di dalam rumah, letakkan seketika di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.

Pokok keladi tengkorak black velvet ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.

Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan tindakbalas alahan pada bahagian yang terkena pokok keladi. Jika termakan, boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mulut dan boleh menyebabkan simptom-simptom seperti keracunan makanan.

13.Keladi Tembikai

Pokok keladi tembikai ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah dan juga diluar rumah.Daunnya berwara merah terang dan ini menjadikannya sangat cantik.Keladi tembikai ini memerlukan cahaya matahari, baja dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar agar warna merahnya kekal bermaya.

Keladi tembikai ini juga mempunyai calcium oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Justeru, perlu diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak , kucing dan juga anjing.

14.Keladi Tikus

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Pokok keladi tikus ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dan juga sebagai tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional.Daunnya berwarna hijau terang menjadikan kelompok pokoknya kelihatan sangat cantik,

Keladi tikus ini mempunyai spesies yang beracun dan juga ada yang tidak beracun dan boleh digunakan oleh manusia.Spesies yang tidak beracun inilah yang dijadikan ubatan tradisional.Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran keladi tikus.

15.Keladi Kemoyang

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Pokok keladi Kemoyang ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan di dalam rumah.Daunnya berwarna hijau terang berbentuk  hijau terang berbentuk bulat dan ini menjadikan kelompok pokoknya kelihatan sangat cantik.

Keladi kemoyang ini adalah spesies keladi yang beracun dan mempunyai calcium oxalate di dalamnya.Bahan kimia ini boleh menyebabkan alahan kepada kulit manusia dan haiwan.

15. Keladi Tricolor

Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya

Pokok keladi tricolor ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah.Daunnya gabungan daripawa warna hijau, putih, sedikit merah dan berkilat menjadikannya sangat cantik bila dilihat.

Pokok keladi ini mempunyai kandungan calcium oxalate  yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.Simptom keracunan yang selalu didapati apabila terkena pokok ini adalah kegatalan dan kebas pada bahagian mulut.

16.Pokok Keladi Tengkorak hijau

Pokok Keladi tengkorak merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan di dalam rumah.Daunnya yang berwarna hijau gelap dan berkilat dengan saltuan lilin menjadikannya sangat cantik bila dilihat.Keladi tengkorak hijau ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar.

Pokok keladi ini mempunyai kandungan calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan.

 

Hah..Itulah Jenis Pokok Keladi dan Cara Penjagaannya yang kebiasaannya ditanam oleh mereka yang minat dengan keladi ni.Umi ada jugalah 2-3 jenis keladi di rumah.Tak berani lagi nak beli keladi yang mahal sebab risau tersalah jaga.Kalau mati mau rugi jugak la kan.Apa taknya beli mahal dan tiba-tiba mati pulak.

Masih lagi belajar macam mana nak menjaga keladi dengan baik.Lagi unik corak keladi tu lagi mahallah harganya.

 

Semoga bermanfaat untuk korang ye

 

 

 

 

 

Loading

1 Comment

  1. Kebanyakan bahaya untuk bayi ngan budak2 ni. Batalkan angan ni dulu la. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *