Jenis dan Ciri-Ciri Buah Anggur

Jenis dan Ciri-Ciri Buah Anggur | Umi nak buat kupasan sikit pasal anggur ni.eceh..Disebabkan umi suka dengan buah anggur ni, nak jugak tau kan jenis-jenis dan ciri-ciri yang ada pada buah anggur ni.

Kalau tak, di pasaraya takkanlah ada bermacam jenis anggur yang kita jumpa.Kalau pada umi, memang suka sangat dengan Anggur yang takde biji.Senang sikit nak makan.Ngap, kunyah, telan je.Tak payah susah-susah nak buang biji bagai.Tapi kan, kalau bagi pada dak Naura, confirm dia akan suruh umi buang kulit.Tapi..Itu kalau anggur biasalah.Kalau anggur yang memang takde biji.Dia makan terus je..Mengada sangat budak sorang tu.

Anggur ni ada yang berlainan jenis dan cirinya tau.Bukan tau makan je, kena jugak tau akan setiap ciri dan jenis buah anggur tu.Kalau lihat di pasaraya jugak, harga buah anggur ni mengikut jenis. Ada yang mahal dan yang murah.Umi rasa yang paling mahal umi jumpa setakat ni di Kipmart adalah sekilo RM24.Itu yang takde biji okeh..Kalau ada duit lebih, umi beli yang takde biji, tapi kalau duit tu cukup-cukup je dalam tangan. umi ambil yang berbiji tu.Janji umi dapat makan anggur.Umi kan peminat anggur.Kalau korang bagi sejambak anggur yang rimbun tu pun umi boleh habiskan..hahahaha..

Jom tengok apakah jenis anggur yang boleh ditanam di Malaysia.Sebab apa yang umi baca dari artikel ni, Anggur yang pertama di tanam di Malaysia adalah di Perlis sekitar tahun 1980 an dan semakin lama semakin meningkat hasilnya.

Baca Juga : Kelebihan Peria Katak

Ada juga umi tengok sekarang ni yang mencuba untuk tanam di rumah.Kalau suruh umi yang tanam memang mati ler anggur tu.Jadi umi hanya menjadi pembeli yang membeli sahaja.Secara umumnya, anggru ialah tumbuhan yang beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.

Penanaman anggur banyak di negara beriklim sejuk.Jadi jaranglah kita nampak pengusaha anggur bumiputera kan.Selalunya kita import je anggur-anggur ni masuk Malaysia.

SENARAI ANGGUR YANG DITANAM DI MALAYSIA

  • Isabella – Tempoh berbuah 7 hingga 9 bulan – Warna Merah Tua
  • Isabella Madu -tempoh berbuah 7 hingga 9 bulan -Warna Merah Tua
  • IAC – Tempoh berbuah 7 hingga 9 bulan berwarna hijau
  • White Malaga – Tempoh berbuah 7 hingga 9 bulan berwarna hijau
  • Cardinal -Tempoh berbuah 12 hingga 14 bulan dan berwarna merah tua
  • Black Muscat -Tempoh Berbuah 9 hingga 12 bulan dan berwarna hitam
  • Thompson -Tempoh berbuah 14 hingga 16 bulan dan berwarna hijau kuning
  • Black OPel-Tempoh berbuah 9 hingga 12 bulan dan berwarna hijau.
  • Green Perliet -Tempoh berbuah 9 hingga 12 bulan dan berwarna hijau.
  • CBR – Tempoh berbuah 12 hingga 15 bulan dan berwarna hitam

7 JENIS ANGGUR YANG DITANAM DI MALAYSIA

#1 ANGGUR ISABELLA

Varieti Isabella dipercayai boleh diadaptasi di mana sahaja, mempunyai ketahanan terhadap suhu yang rendah dan panas, di iklim tropika juga isabella mampu bertahan, mempunyai ketahanan terhadap penyakit kulat dan akar rintang dari serangan mematod dan Phyloxera.Di tanam secara komersil dibeberapa buah negara dan dibuat jus serta wine.

#2 ANGGUR IAC

Anggur IAC mempunyai buah yang sedikit lonjong dan gugusan yang padat.

#3 WHITE MALAGA

White Malaga menghasilkan buah berwarna hijau, bentuk bulat dan rasa yang sediki masam.Mampu hidup diiklim tropika seperti Malaysia.

#4 ANGGUR CARDINAL

Anggur Cardinal ni mempunyai gugusan buah yang lebat, berwarna ungu kehitaman dan mempunyai rasa masam-masam manis.Uih..Umi kalau dapat setangkai macam ni. Memang suka sangat.

Kalau beli dekat pasaraya pun, umi mesti nak cari yang setangkai rimbun macam ni.

#5 ANGGUR BLACK MUSCAT

Jenis dan Ciri-Ciri Buah Anggur

Buah merah tua kehitaman.Termasuk pilihan penanam.Senang hidup dan senang diurus.

Buah yang besar dan tandan yang lebat.Banyak ditanam di seluruh negara termasuklah Malaysia.

#6 ANGGUR THOMPSON

Jenis dan Ciri-Ciri Buah Anggur

Anggur Thompson ni mempunyai buah berwarna hijau kuning dan rasa yang enak.Tempoh berbuah ialah 14-16 bulan.Kalah ibu mengandung tau..hahahah

#7 ANGGUR CBR

CBR tahan pada iklim tropika walaupun kadar ketahanan terhadap kelembapan tidak sehebat Isabella, namun CBR mampu menghasilkan buah di negara kita.

Macam-macam kan nama anggur yang kita tak pernah tau.Selalunya tau anggur hitam, merah dan hijau.Datang dari mana anggur tu kita tak tau.Seingat umi rasanya tak pernah lagi jumpa anggur yang dari Malaysia.

Payah jugaklah kan nak tanam anggur ni.Lagi satu proses pembesarannya pun lama.Kalau anak kita dah boleh merangkak dah.Ini pun nak tunggu berbuah memang berjanggut la.

Tak mustahil kan anggur ni mahal.Dekat Tesco hari tu harga sekilo dalam RM6.99 je.Tapi sekarang dah naik berbelas ringgit.Sebab tu bila umi tengok anggur tu murah, terus umi beli banyak.Buat stock kat rumah.Tapi rasanya macam tak dan pulak nak buat stock.Tup-tup bukak peti ais tinggal plastik dengan tangkai je.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *