Jenis Beras yang patut kita tahu

Jenis Beras yang patut kita tahu

Jenis Beras yang patut kita tahu | Sejak umi mula berdiet celup-celup ni,terfikir pulak pasal pengambilan beras yang umi ambil.

Sebab kalau tengok dekat TV dan cakap-cakap dari orang sekeliling, ada diantara beras yang bagus diamalkan untuk orang yang berdiet ni.

Orang kata,walaupun kita ada misi nak kurus,carbo pun sebenarnya perlu untuk membantu kita dalam proses nak kurus ni.

So, umi cuba cari jenis-jenis beras yang perlu kita ambil.Dalam diet ni,kita perlu kurangkan pengambilan carbo.Diet pun ada banyak jenis sebenarnya tau..Bukan sembarangan je kita diet.Takut ia memakan diri jugak.Yang penting kita kena istiqomah dalam diet dan pengambilan makanan.

Baca Juga : Bertukar kepada Beras Parboiled Jati

Perkongsian dari butterkicap.com ada beberapa jenis beras yang perlu kita tahu ye.Orang kata beras panjang sesuai dengan mereka yang berdiet.Jom baca entry seterusnya tentang jenis-jenis beras.

JENIS BERAS YANG PERLU KITA TAHU

Kalau cerita bab diet ni apa yang penting adalah jenis beras yang perlu kita tahu dan ambil untuk melengkapkan diet kita.Dan tak semestinya untuk mereka yang berdiet je, mereka yang mengamalkan kesihatan pun wajib tahu tentang beras ni

BERAS JEPUN

Beras Jepun yang berasal dari Negara Jepun berbentuk bulat dan pendek.Beras Jepun kurang kalori dan tidak mengandungi kolestrol.Selain itu,Beras Jepun membantu di dalam aspek kecantikkan seperti mencerahkan kulit,mengurangkan jerawat dan melembutkan kulit.Bagi korang yang nak diet tu,rasanya sesuai dengan beras Jepun ni.Di Malaysia,nak mendapatkan beras jepun ni tak susah.Kat mana-mana pasaraya pun boleh dapatkannya.Selalunya beras ni digunakan untuk membuat sushi.

Image result for beras merah

credit :google

 

BERAS MERAH

Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan,boleh lah mengambil beras merah ini untuk disediakan dengan lauk pauk sebagai tambahan.Tapi pastikanlah lauk-pauk tu dimasak dengan betul untuk mereka yang berdiet ye..Beras Merah mengandungi antioksidan yang mencegah penyakit diabetes.Beras ini berwarna merah kerana aleuorannya mengandungi Gen yang merupakan sumber warna merah atau ungu.Cara memasak Beras merah ini agak berbeza dari beras biasa.Ia menggunakan air yang banyak lebih daripada beras biasa.

 

credit :google

BERAS PAELLA

Aku tak sure samada beras ni boleh di dapati di Malaysia atau tidak,kerana beras  ini merupakan mkanan utama dari Valencia,Sepanyol.Beras ini berwarna kuning kerana terdapat saffron di benang bunga/tangkai sari Crocus. Saffron yang terkandung di dalam beras ini bukan sahaja menjadikan beras ini berwarna kuning,tetapi ia juga menambah rasa dan aroma.Perbezaan antara Beras Paella dan beras-beras yang lain adalah ia mempunyai kandungan lemak yang tinddi dan tidak sesuai kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.Bagaimanapun,beras Paella membekalkan tenaga yang banyak dan cukup untuk menjalani kehidupan seharian.

credit :google

BERAS RISOTTO

Beras Risotto berasal dari Utara Itali berbentuk pendek dan lebar yang berwarna putih.Ianya selalu disajikan dengan hidangan pembuka iaitu sebelum hidangan utama di Utara Itali.Beras ini dikenalai sebagai beras Arborio yang mengandungi protein tinggi sesuai bagi sesiapa yang ingin membina otot tanpa melakukan senaman berlebihan.Beras ini mudah di hadam di dalam sistem pencernaan kita yang memudahkan kita melakukakan aktiviti seharian.

Image result for beras basmati

BERAS BASMATI

Beras Basmati sangat terkenal di Malaysia.Beras Basmati ialah beras panjang yang mempunyai aroma yang wanig dan menyelerakan.Beras ini berasal dari perkataan hindi yang bermaksud harum.Beras Basmati sangat bagus untuk kesihatan berbanding beras-beras yang lain.Ia amat sesuai untuk pesakit diabetes dan kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.Beras Basmati mempunyai Nutrisi yang tinggi.Korang boleh la search jenis beras di Malaysia ni yang lagi mudah korang nak dapat.

So dari pembacaan,sudah pastinya beras basmati dan beras merah paling ideal untuk kita ambil kerana beras ini sangat mudah untuk di dapati kan.So,bagaimana pula dengan beras rebus?Umi pasti ramai yang nak tahu jenis beras parboiled yang ada di pasaran kan.Umi ada perasan,ramai jugaklah menggunakan beras rebus untuk tujuan kesihatan..emmm..rasanya kena banyak membaca pasal beras rebus ni pulak…

Itulah antara jenis beras yang patut kita tahu.So korang pulak guna beras yang mana?

 

19 Comments

  1. baru tahu ada banyak jenis beras & namanya..thanks sis for this info sharing

  2. Ana dulu suka campur beras biasa dgn beras wangi. Tp skrg prefer beras basmathi sebab semua dah sedar nk jaga kesihatan.

  3. mcm2 jenis beras rupanya.. baru tau aa bnyk mcm ni.. tq for sharing akak.. hehe. ilmu baru..

  4. Fiza pun makan Parboiled Rice. Teringin nak makan beras jepun tapi mahal ya amat!

  5. Wow gune.. gune beras biasa je. Beras jepun tu mcm best tp beli buat bubur baby je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *