JANGAN TERLALU MENGAGUNGKAN MANUSIA BERLEBIHAN

JANGAN TERLALU MENGAGUNGKAN MANUSIA BERLEBIHAN | Nak menyukai seseorang dek kerana sifat peribadinya tidak mengapa cuma jangan melebih-lebih.

Kalau selama ni kita terlalu mengagung-agungkan seseorang iaitu idola pada kita.Tetapi sekali dia buat silap, terus kita menjatuhkan hukuman sehingga menjatuhkan air muka seseorang.

Cukuplah dengan apa yang berlaku di Malaysia kini, dek kerana mengagung-agungkan sangat seseorang tu, bila sesuatu yang berlaku tanpa kita usul periksa, maka rosaklah persepi orang yang memandang.

Menghormati orang yang mempunyai kedudukan dari kalangan orang islam merupakan sebahagian daripada perkara yang dituntut.Akan tetapi tidak boleh keterlaluan ataupun disebut juga sebagai ghuluw(melampau batas).

Islam tidak membenarkan seseorang itu mensucikan dan mengagungkan selain dari Allah swt seperti (mengagungkan) manusia yang masih hidup atau mati, batu-batu, pokok-pokok, malaikat, binatang,maqam-maqam dan lain-lain, dan tidak boleh juga pujian yang melampau.

JANGAN TERLALU MENGAGUNGKAN MANUSIA BERLEBIHAN

Sabda Nabi SAW’

“Jangan kamu melampau di dalam memuji atau mengangkat kedudukan seperti melampaunya golongan Nasrani (di dalam mengangkat kedudukan) Ibnu Maryam (Nabi Isa a.s.). Sesungguhnya aku adalah hamba Allah, maka katakanlah: ‘Hamba Allah dan Rasulnya’.”
(H.R Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi ‘ 

“Janganlah kalian berlaku ghuluw (sikap berlebih-lebihan), kerana sesungguhnya kebinasaan orang-orang sebelum kalian adalah kerana bersikap ghuluw dalam agama.”
(Riwayat Ahmad. Isnadnya sahih menurut Syaikh Ahmad Syakir.)

Sejarah telah membuktikan bahawa kesesatan kaum terdahulu ada yang berpunca dari mengagungkan orang-orang soleh sehingga dibuat patung-patung yang asalnya hanya sebagai penghormatan tetapi akhirnya menjadi berhala yang disembah.

Dalam masalah ini, kita perlu berhati-hati supaya kita tidak mengagungkan mana-mana individu dengan apa cara sekalipun.Samada orang itu seorang ulamak atau pun tokoh yang mempunyai kelebihan tertentu.

Jika mereka ini terlalu mengagung-agungkan orang-orang ini, ianya dianggap penyakit taksub dan lebih parah algi ia boleh membawa kepada “ithro”(mengangkat seseorang dengan kedudukan yang tidak sepatutnya.

Seseorang yang ghuluw di dalam mengagungkan individu ini juga berpotensi untuk terdedah kepada aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam termasuklah dengan perbuatan syirik dan khurafat.

ara ulama seperti Yusuf al-Qardhawi menegaskan bahawa pemujaan dan pendewaan yang bersifat keterlaluan kepada mana-mana pemimpin atau terhadap orang yang dianggap soleh hukumnya adalah syirik dan membawa kepada kesesatan yang nyata. [Lihat Haqiqat Tauhid, Jilid. 2, Halam. 69.]

Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan hafizhahullah pula mengatakan, secara syariat ghuluw bererti berlebihan dalam mengangkat seseorang lebih dari kedudukannya seperti mengangkat seorang Nabi atau orang-orang soleh ke martabat rububiyyah dan uluhiyyah (ketuhanan). [Syarah Masail al-Jahiliah, hlm. 85]

Tiada siapa yang layak menerima pujian yang terbaik melainkan Allah . Seseorang yang beradab kepada Allah akan merasa di dalam dirinya banyak kelemahan walaupun manusia memuji atas kemuliaan dan kebijaksanaannya. Sedangkan Rasulullah SAW yang merupakan makhluk paling mulia di atas muka bumi ini tidak selesa dengan puji-pujian yang melampau ke atas diri baginda. Wallahua’lam.

 

Sebab tu kita selalu perlu bersederhana untuk menyukai seseorang.Supaya tidak satu hari nanti ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit taksub ni.Jadi jangan terlalu mengagungkan manusia berlebihan ye.

 

Wallahualam

 

Sumber: sini

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “JANGAN TERLALU MENGAGUNGKAN MANUSIA BERLEBIHAN

  • July 30, 2021 at 11:26 pm
    Permalink

    Setujuuu!
    Manusia tak sempurna pun..Kan

  • July 30, 2021 at 11:26 pm
    Permalink

    Moga Allah menjaga hati hati kita smeua selalu..AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *