peluang bisnes soya

Jana Pendapatan Dengan Mesin Soya

Jana Pendapatan Dengan Mesin Soya|Mesin soya digunakan untuk menjadikan proses pengeluaran air soya lebih cepat, lebih efisien dan menjimatkan masa.

Mesin kacang soya moden kini dilengkapi dengan penapis. Penampilan mesin juga lebih menarik, mudah dikendalikan dan cekap. Selain kacang soya, mesin ini juga boleh digunakan untuk produk berasaskan beras.

Perniagaan air soya juga tidak asing lagi di negara kita. Ia sangat popular dan terdapat ramai orang telah menceburinya kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan. 

peluang bisnes soya

PEMBEKAL MESIN SOYA

Mataf Industries menjual pelbagai jenis  mesin soya yang berkualiti dengan jaminan 6 bulan. Sekiranya anda berminat untuk membuat perniagaan air soya dari rumah, kami sedia membantu anda.  Berikut adalah jenis-jenis mesin soya yang dibekalkan.

peluang bisnes soya

MESIN SOYA FDM-100

Proses bermula dengan mengisar kacang soya sehingga kepada proses ekstrak air soya dari kacang soya yang telah dikisar

Capacity: 35kg

Power: 750

Weight: 27.5kg

Dimensions: 41x39x75cm

Link produk: http://usahawaniaga.com/products/mesin-soya-35l–fdm100-

Mesin Soya Serbaguna MT-SYC09

Proses bermula dengan mengisar kacang soya sehingga kepada proses ekstrak air soya dari kacang soya yang telah dikisar. Seterusnya air soya dimasak melalui sistem steamer gas menggunakan mesin yang sama

Capacity 80kg

Power: 1100w

Dimensions: 100cmx50cmx129cm

Link produk: http://usahawaniaga.com/products/mesin-air-kacang-soya-2-in-1-

Kelebihan Mesin Soya Mataf Industries:

  1. Penghasilan air soya dalam kuantiti yang banyak hanya dalam tempoh masa yang singkat.
  2. Ruang pemprosesan yang kecil serta dapat menjimatkan ruang dapur anda.
  3. Efisien , kemas, mudah dan produktif
  4. Membantu mereka yang tidak mempunyai asas dalam penghasilan air soya.
  5. Aplikasi teknologi moden ini mampu membantu anda mempertingkatkan kualiti soya 

Bagi anda yang ingin menghasilkan air soya untuk perniagaan, boleh mencuba mesin daripada Mataf Industries. Dari segi harga, ia cukup berpatutan dan murah untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). 

peluang bisnes soya

Perniagaan air soya ini begitu menguntungkan kerana:

  • Memerlukan modal yang rendah tetapi keuntungan yang agak lumayan
  • Mendapat permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia
  • Memerlukan ruang yang kecil untuk pemprosesan
  • Permintaan yang tinggi oleh kerana khasiatnya
  • Sangat laris terutamanya di bulan Ramadhan

Cara Membuat Air Soya Home Made

Anda boleh cuba membuat air soya sendiri di rumah  dengan peralatan simple. Berikut  adalah resipi dan langkah-langkah bagaimana membuat air soya dari peringkat awal hingga akhir:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air soya

  • ½ kg kacang soya
  • Gula secukup rasa

Alatan yang digunakan

  • Dapur gas
  • Blender
  • Kuali/periuk
  • Penapis

Langkah-langkah untuk membuat air soya

  1. Siapkan kacang soya yang akan diproses, basuh sehingga bersih menggunakan air
  2. Rebus kacang soya selama kira-kira 15 minit
  3. Keluarkan rebusan kacang soya dan kemudian rendam menggunakan air bersih selama lebih kurang 12 jam sehingga kulitnya menggelupas
  4. Basuh sehingga bersih sambil mengeluarkan kulit yang tinggal. Toskan
  5. Kisar kacang soya dengan air secukupnya
  6. Tuangkan kacang soya ke dalam bekas, tuangkan air mendidih secukupnya.
  7. Tapis untuk memisahkan hampas
  8. Anda perlu merebusnya sehingga mendidih untuk menghilangkan bakteria dan untuk menghilangkan bau kacang soya
  9. Setelah rebusan air soya mendidih, kecilkan api sambil terus mengacau air soya selama lebih kurang 15 minit. Pada saat ini sangat penting agar air kacang soya tidak mendap agar ia akan tahan lebih lama.
  10. Masukkan gula mengikut citarasa anda.
  11. Untuk menambahkan aroma yang sedap, tambahkan sedikit serbuk vanila.
  12. Air soya sedia untuk dinikmati.

Sekiranya anda memerlukan maklumat mengenai mesin soya untuk perniagaan anda, hubungi kami segera.

Alamat Perniagaan:

MATAF INDUSTRIES

180-G, Jalan Lavender Heights 5, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

HP: 019-6070004

Whatsapp: http://wasap.my/60196070004

Layari:

Facebook: https://www.facebook.com/mataf.my

Website: http://www.mataf.my

Website: http://www.usahawaniaga.com

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCa-bT3AbRZoBGeUG2A6uoJA/

Loading

2 Comments

  1. Bagus juga produk mcm ni. Kalau harga mampu milik pasti membantu mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan air soya.

  2. sedapnya air soya.. kalau nk berniaga mmg elok dptkan mesin mcm nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *