JALAN-JALAN SEKITAR BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

JALAN-JALAN SEKITAR BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS | Ini yang membuatkan umi teruja sangat bila dapat peluang untuk menaiki bas berhenti-berhenti sekitar Johor ni.

Hari tu umi dan Suzie memilih untuk mengambil laluan bas T31 iaitu dari JB Sentral Ke Hab Taman Pulai Indah.Ia mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi tarkhir T31 iaitu di Hab Taman Pulai Indah.

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

Sebenarnya banyak lagi laluan bas yang ada di Sekitar Johor Bahru yang mungkin korang tak tau.Bila tak tahu, maka takdelah keinginan nak naik bas.Mungkin ada orang lebih selesa untuk menaiki bas sahaja untuk ke tempat-tempat yang nak dituju kerana kos yang kurang, jimat minyak, tidak perlu meredah jam dan banyak masa berehat berbanding dengan memandu kan.

 

Umi juga pernah menjadikan bas satu transportation yang paling penting untuk pergi kerja dan balik kerja.Nak-nak bila tempat kerja kita tu senang nak dapatkan khidmat bas berhenti-henti macam ni.

Bila kita dah selalu sangat naik bas, jadi mudah untuk kita hafal waktu perjalanan bas dan ia sangat memudahkan kita untuk manage masa kita untuk sampai ke tempat kerja.Itu lebih baik kan.

Bercerita semula pengalaman menaiki bas berhenti-henti ni, kalau dulu memang ia merupakan pengangkutan utama setiap orang sebab dulu mungkin ramai yang susah.Takde kenderaan sendiri dan bas adalah pengangkutan penting bagi diorang.Tapi sekarang ni pun ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti ni sebab bagi diorang ia sangat menjimatkan masa dan tidak perlu berpenat lelah menghadap jem.betul tak.

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

Bila dah lama sangat tak naik pengangkutan awam ni, mulalah rindu zaman dulu kala.Tu yang umi ajak suzie untuk naik bas berhenti-henti ni.Nak bawak anak-anak kang, takut diorang bosan pulak kan? Jadi biar mak dulu yang pergi.Nanti ada masa kita bawak anak-anak pulak.Diorang pun pernah juga naik bas ni masa ke Pahang dulu.Jadi pengalaman naik bas tu adalah jugak kan

Boleh baca : Tips bawa anak naik pengangkutan awam

Jom naik bas! Sekarang ni bas berhenti-berhenti ni terletak di JB Sentral.Kalau korang dari Singapore nak balik rumah pun senang kan.

SENARAI LALUAN BAS BAHARU SEKITAR JOHOR BAHRU

Disini umi kongsi dengan korang senarai laluan bas untuk memudahkan korang nak ke destinasi yang dituju.Mana tau kan teringin nak naik bas.

LALUAN BAS T31 ( JB SENTRAL>><< HAB TAMAN PULAI INDAH)

Kekerapan bas ialah 30 minit dan waktu operasi dari jam 5.00 pagi hingga 11 malam.

Lot 10~ Seri Gelam~M-sutes~danga Bay~Bandar Baru Uda~Plaza Angsana~SK Kampong PAsir/Giant Tampoi~Taman Johor~Paradigm Mall~Mcdonalds’s Taman Sutera~Pejabat Pos Skudai~Shell Taman Sri Skudai~Taman Sri Skudai~Hostel Kilang~Terminal Tmaan Universiti 2~U Mall~Pusat usahawan Mara Johor~Pulai Spring Resort~Jalan Palas 5, Taman teratai~Sri Pulai Perdana~Simpang Empat Bandar Pulai Jaya~Jalan Pulai Bestari 22~Flat Kangkat Pulai~SK Kangkar Pulai 2~ Taman Pulai Indah~Hab Taman Pulai Indah

LALUAN BAS T11 ( JB SENTRAL>><< TAMAN SETIA INDAH)

Kekerapan bas ialah waktu puncak 15 minit dan luar waktu puncak 30 minit.Masa beroperasi dari Jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam

Jb Sentral~Menara MSC Cyberort~IPK Johor~Plaza Pelangi~Taman Sentosa~Mutiara Motors~Kampung Melayu Majidee~Majidee~Pasar borong panda~Restoran Pokok Ceri~SK Kangkar Tebrau~Masjid Kampung Kangkar Tebrau~Taman Delima~Flat Jalan Bertam 1~Jalan Rumbia 39~99 Speedmart Jalan Nibong~Petron Jalan Daya~Taman Setia Indah~Tadika Setia Indah~Surau Nurul Falah Setia Indah~Hentian Bas Setia Indah

LALUAN BAS T20 ( JB SENTRAL>><< TERMINAL BAS KOTA MASAI)

Kekerapan bas ialah di waktu puncak 30 minit dan luar waktu puncak 60 minit.Beroperasi dari jam 5.00 pagi hingga 11 malam.

JB Sentral~Menara MSC Cyberport~IPK Johor~Plaza Pelangi~Mutiara Motors~Kampung Melayu Majidee~Pasar Borong pandan~The Store~Desa perwira~Tanki Air Taman Molek~Kia Motors plentong~Taman Ria Plentong~Jalan Masai Lama 2~Jalan Bayu~Jalan Bayu 11(caltex)~Maybank Bandar Seri Alam~J&T Taman masai Utama~Kipmall Masai~KPJ Pasir GUdang~Terminal Bas Pasir Gudang~SMK Pasir Gudang~Bukit Dhalia~Taman Cendana Blok 10~Dewan Serbaguna Taman Cendana 2~Mcdonalds Jalan Kongkong~Jalan Jambu(Eco Rainforest)~Masjid At Taqwa~Terminal Bas Kota Masai.

LALUAN BAS T33 ( JB SENTRAL>><< TAMAN SRI YAACOB)

Kekerapan bas ialah 30 minit dan luar waktu puncak adalah 60 minit.Beroperasi dari 6.00 pagi hingga 9 malam.

JB Sentral~Lot 10~Sri gelam~M-suites~Danga Bay~Tunes Hotel~Bandar baru Uda~Plaza Angsana~SK Kampong Pasir/Giant Tampoi~Kompleks Pekan Rabu~Medan Selera Perling~Persisiran Perling 1~Perling apartment~Caltex Taman Perling~SK Taman Perling 3~Petronas Bukit Indah~Ambank Bukit Indah~Aeon Bukit Indah~Persiaran Indah 3~Persiaran Indah Utama~Jalan Indah 2/1-2/11~Simpang Jalan Indah 1/10~Taman Nusa Bestari 3~Sri Selerea Court Apartment Taman Sri Yaacob~PPR Uda Utama

LALUAN BAS T40 ( LARKIN SENRTRAL>><< GP SENTRAL)

kekerapan laluan adalan 40 minit dan waktu beroperasi dari 6.00 pagi hingga 10 malam.

Larkin Sentral~Dewan JKR~Burger King~Taman Tasek~Bandar baru Uda~Kampung Pasir~Kompleks Pekan Rabu~Kipmart Tampoi~Paradigm Mall~Mcdonalds Taman Sutera~Petron TUTA~KFC TUTA/Farmasi Perennial~Persatuan penganut Budha Bao Lian Si~Jalan Pendekar 18~Blok 58~SJK(T) TUTA~7-Eleven Sri Orkid~Jalan Skudai-Gelang Patah/Lotus Mutiara Rini~Masjid Kampung Melayu Lima Kedai~Perumahan Rakyat Lima Kedai~Jalan Bestari~Rumah Rakyat Iskandar~Nusa Sentral~Pejabat Pos Gelang Patah~Balai Polis Gelang Patah~Selera Kampung Melayu~Maybank Taman Nusantara~Domino/s Taman Nusantara~ GP Sentral.

LALUAN BAS T42 ( TERMINAL GELANG PATAH >><< KAMPUNG PENDAS BARU)

Kekerapan laluan adalah 60 minit dan waktu beroperasi dari 6.00 pagi hingga 7.00 malam.

Teminal Gelang Patah~kampung Melayu Muafakat~Kilang Nishinihon~Aspira Square~Kampung Bukit kecil~Kampung Paya Mengkuang~Kampung Tiram Duku~Kampung Tiram Duku2~Giat Mara~SK Tiram Duku~Simpang PTP~I-park~Hostel PTP~Masjid Al-Muhammadi Kampung Pekajang~Kampung Pekajang~SK Tanjung Adang~Saujana Seafood~Kampung Pok~Kampung Pok Besar~Sekolah Agama Kenangan Murni kampung Pok~Sk Murni Pok~Jeti Kampung Pok~Kampung Pok Besar~Warung Santai Cik Ton~SK Tg Kupang~Kampung Ladang~Kampung Ladang 2~Warung Roslina Kampung Ladang~Kampung pendas Baru.

LALUAN BAS T41 ( LARKIN SENTRAL >><< PUTERI HARBOUR FERRY TERMINAL)

Kekerapan laluan adalah 45 minit waktu puncak dan 90 minit luar waktu puncak.

Larkin Sentral~Dewan JKR Johor Bahru~Burger King~Taman Tasek~Sg Danga~Taman D’Utama~Rawa/.Perling~Layang~Eco Botanic~Educity~Anjung Medini~Legoland~Lebuh Medini Utama~Persiaran Laksamana~Puteri Harbour~Puteri Harbour Ferry Terminal

LALUAN BAS F100 ( JB SENTRAL >><< KSL)

Kekerapan laluan bas ialah 15 minit dan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 11.15 malam

R&F mall~Menara MSC Cyberport~Shell Jalan Lingkaran Dalam~IPK Johor~Gradn Paragon~KSL

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hah, itulah antara laluan MYBas sekitar Johor bahru yang boleh korang pilih.Nak gi mana-mana pun mudah kan?

Dan yang paling memudahkan ialah dengan aplikasi LUGO dan juga kad ManjaLink.

TENTANG APLIKASI LUGO

LUGO ialah aplikasi yang menghubungkan anda kepada perkhidmatan dengan bijak. Ia berfungsi dengan rakan kongsi di bandar anda untuk membawa perkhidmatan mereka kepada anda dalam satu apl. Tidak perlu memasang apl tambahan atau menanda halaman tapak web lain. Lebih-lebih lagi, LUGO merasakan persekitaran anda untuk mencari perkhidmatan yang sesuai untuk anda. Anda akan menemui perkara yang anda tidak tahu yang anda perlukan. .

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

Bagi umi aplikasi LUGO ni sangat mudah untuk digunakan.Ia membantu kita dalam merancang perjalanan kita dan juga dengan adanya aplikasi LUGO ni kita boleh tahu harga tiket yang perlu kita bayar untuk destinasi yang kita tuju.

MUDAH MENGGUNAKAN KAD MANJALINK UNTUK NAIK BAS

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

Bagi korang yang selalu menaiki perkhidmatan bas ni, memang umi sarankan sangat menggunakan kad Manjalink ni.Sebab apa tau,kita tak tau bila kita akan ada duit yang mencukupi untuk membayar tambang bas.Lagipun dengan keadaan banyak penyakit di zaman sekarang, kita kena selalu berwaspada.Sebab tu mudah menggunakan kad ni.Nak topup dalam kad pun mudah je.banyak station yang menyediakan untuk topup kad Manjalink ni.

Senang dah ada kad ManjaLink ni, nak naik bas, scan je kad dekat mesin ni.

SENARAI LOKASI UNTUK TAMBAH NILAI KAD MANJALINK

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

?JB SENTRAL
waktu operasi dari 5.00am -9.30 pm

?JB Sentral CIQ
Waktu operasi : 5.00am-9.30pm

?GELANG PATAH & TAXI TERMINAL
waktu operasi 5.00am-9.30pm

?TF VALUE -MART NUSA BESTARI
Waktu Operasi : 10.30am-9.00pm

?CALTEX TAMAN DAYA
Waktu operasi : 6.00am-11.30pm

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

 

Sesekali kan naik bas, memang menyeronokkan.Dan Tambang bas berhenti-berhenti ni takdelah mahal sangat.Perkhidmatan dari Mybas ni pun terbaik sebab banyak ciri-ciri keselamatan yang dah dibaik pulih dari masa ke semasa.Sekarang ni ada cctv, exit emergency,dan banyak lagilah.

Jadi korang tak perlu risau untuk naik bas.

JALAN-JALAN SEKITAR  BANDAR JOHOR MENAIKI myBAS

Zaman sekarang ni anak-anak pun susah kan nak merasai pengalaman naik bas.Sesekali tu perlu untuk kita ajak anak-anak kita untuk naik bas.Imbau balik kenangan kita masa naik turun bas ni dulu.Sambil tu boleh tambah-tambah cerita tempat-tempat yang kita lalu sepanjang perjalanan ke destinasi.

kalau korang nak mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan MyBas sekitar Johor Bahru ni , umi letakkan details dibawah ye.

https://www.causewaylink.com.my/routes-schedules/
FB: Causeway Link
Ig: Causewaylink
No telefon: 07 360 2244
Email: Feedback@causewaylink.com.my

#myBAS #CausewayLink #JohorTransport #BasJohor #myBASJohor 

 

Loading

10 Comments

  1. seronok dapat naik bas sesekali ni. Boleh fefeeling sikit. Hehe

  2. Macam best pulak dapat naik bas ni.. lamaaaaaa betul tak pijak tangga bas.

  3. Saya suka jugak naik bas ni, ada ManjaLink tu lagi memudahkan wooo!

  4. Saya dah 3 kali naik mybas memang seronok la boleh rileks sambil tengok pemandangan..lepas ni saya nak pusing2 satu Johor dengan mybas????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *