kellie's castle

JALAN-JALAN KE KELLIE’S CASTLE PERAK

JALAN-JALAN KE KELLIE’S CASTLE PERAK | Banyak sejarah yang ada kat Perak ni yang boleh kita terokai dan salah satunya Istana Kellie ni.

Nasib baik masa kami ke sini, taklah ramai orang sangat.Dan ini tempat kedua yang kami pergi selepas ke Gua Tempurung.Kalau tengok dari luar memang suasana di sekeliling Istana Kellie ni cantik.Istana Kellie ni dia terletak di atas bukit, jadi bila dari jalan besar memang nampaklah.

So, aktiviti selepas Gua tempurung adalah Kellie’s Castle.Apa je yang menarik tentang Kellie’s Castle ni? Sebuah bangunan usang yang dah lama ditinggalkan? Dengar cerita banyak kejadian misteri yang berlaku di Kellie’s Castle ni dulu tau.

kellie's castle

Kalau ianya masih elok, mesti lagi cantik kan? Jom umi ceritakan sedikit tentang disebalik kisah pembinaan dan Misteri Kellie’s castle ni.

KISAH PEMBINAAN DAN MISTERI KELLIE’S CASTLE

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.

Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama (“bisnes venture”) dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal.

William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

kellie's castle

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan ‘sedang dibina’ telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Banyak lagi cerita disebalik Kellie’s Castle ni, kalau umi nak ceritakan dalam satu blog memang tak menang tangan dibuatnya.

Jadi korang google je tentang kisah misteri Kellie’s Castle ni ye.Bagi umi unik sangat bangunan yang dibina ni.Yelah, sekarang nampak burukkan, masa dulu boleh dikatakan bangunan yang paling cantik.Yelah pemiliknya pun bukan calang-calang.Orang kaya tau.Jadi tak mustahillah kan, bangunan yang dibina ni menggunakan kos yang banyak.

Harga tiket masuk ke Kellie’s Castle ni umi tak ingat pulak berapa bayarannya.Lepas dah meronda atas bawah, anak-anak pun dah penat.Kami balik dan sebelum tu sempatlah singgah makan di restoran berhampiran.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *