Jalan-Jalan di Sekitar Bandar Melaka

Jalan-Jalan di Sekitar Bandar Melaka | Korek gambar lama yang belum dijadikan entry.Lagipun boleh la buat kenang-kenangan di blog ni kan.

Entry jalan-jalan ni dah masuk tahun ni baru nak update.Padahal tahun lepas lagi dah pergi.Bukan apa, niat nak mengarang tu ada, tapi kekadang kesuntukkan masa nak menyusun segala gambar tu yang menyebabkan umi takde mood nak mengarang.

Bermula dari entry tentang kisah percutian pendek, sehinggalah aktiviti yang umi dan anak-anak buat di Melaka.Nak tau cerita apa, boleh la korang korek kundi cerita ni.Eh…korek-korek.Kurik kundi? Teringat pulak zaman masuk tarian dulu.Eh..Group umi menang no.3 tau malam anugerah tu..tak caya kan? Nasib baik cd gambar dah lupus, kalau tak umi up balik cerita tu..hahaha..

Done bebel pasal joget.Kalau rajin korang terjah la entry di bawah ni sebabnya umi ada senaraikan tempat makan best kat Melaka yang boleh korang terjah jugak nanti

Hah..itulah tempat-tempat makan sepanjang umi berada di sana.Alah, balik Melaka hari tu pun sebab nak hantar nenek je,tapi memandangkan babah cuti lama, so ajaklah anak-anak pi bandar Melaka.Sambil tu kitorang menginap di Hotel Budget Melaka.

Eh..rasa macam dah cukup satu entry ni.Masa hari kedua kitorang kat sini, umi plan memang nak gi banyak tempat, tapi memandangkan babah pun tak larat nak jalan jauh-jauh.jadi umi fikir baiklah pergi kat tempat yang boleh pergi banyak tempat-tempat menarik di sekitar situ.Contohnya di Bandar Hilir Melaka ni.Pagi tu, keluar awal dari hotel, terus cari sarapan di Mcdonalds situ.Lepas tu jalan ke belakang sikit bolehlah bawak budak-budak merasa naik beca.

Actually umi memang tak sampai hati nak naik beca sebenarnya.Sebab umi rasa kesian dekat orang yang membawa basikal tu.Tapi kalau tak naik, umi tak dapatlah nak bagi kat pengalaman kat budak-budak ni kan.

Dapatler bawa budak-budak ni naik beca.Setengah jam RM50.Kemahin kepoh budak berdua tu.

Masa ronda-ronda tu, pakcik beca akan turunkan kami untuk ambil gambar di sekitar situ.Tapi tak banyak gambar yang umi ambil sebab masa tu memang ramai orang, jadi umi banyak habiskan masa tengok bebudak tu.Lepa kang, ke mana diorang pergi.

Ni antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk ambil gambar.Tiba turn kami nak ambil gambar, ada je yang menyibuk.haishhh..umi sakit hati.padahal dah kemahin banyak aksi posing, nak jugak menempel kat situ..Umi is geram.Last² malas nak tunggu, snap jugaklah gambar.So, korang abaikanlah minah sebelah yang sensored tu.

Lepas pada tu, naik semula beca dan turun di destinasi tempat kami ambil beca tu.Kemudian umi bawa diorang pusing-pusing di sekitar tu jugak.Naik keretapi dan juga bergambar di kapalterbang tu.

Lepas pada tu, bawak bebudak ni naik Menara Tamingsari.Rasanya dah kali kedua bawak budak-budak ni naik.So, takpelah..kita naik sekali lagi.

Simpan sini gambar kenangan kami.Lepas dari tu, takde plan lain dah melainkan jalan-jalan di sekitar situ je.Masa duduk makan-makan, umi terfikir untuk bawa mereka menonton filem Frozen 2.Disebabkan kami tidak menaiki transport, so umi cari pawagam yang berdekatan.Nampaknya kami dapat booking antara yang terawal dan dapatlah diskaun sikit.

So, lepas pada tu keluar cari makan di sekitar situ jugak, Babah request nak makan asam pedas, jalan sikit terus ke Pahlawan walk.Hah..kat situ macam-macam ada.

Dah makan, perut dah kenyang, yang lain pun dah penat, umi ajak babah balik hotel je untuk berehat memandangkan anak-anak dah start tantrum masing-masing.

Dapatlah seharian berjalan bawa budak-budak.Insyallah, ada rezeki lain kita pegi jauh sikit ye..

 

 

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.