Jadual Waktu Belajar Dah Bermula

Jadual Waktu Belajar Dah Bermula

Jadual Waktu Belajar Dah Bermula |Disebabkan Dak Naura akan bermula sekolah tahun hadapan, maka umi ambil inisiatif untuk mengajar dia mengurus masa belajar dari awal.

Sebelum ni pun umi dah ajar cuma masih lagi celup-celup buat. Tapi seminggu ni, umi memang nak tegas sikit supaya dia boleh belajar fokus bila buat sesuatu.

Nak ajar anak seusia dia tu memang ler memerlukan kesabaran yang tinggi.Sangat tinggi.Lain anak lain perangainya kan.Kadang ada anak yang senang kita nak urus dan ada anak yang kadang-kadang boleh jadi mak ko ijo .Jenis Naura ni pun dalam kategori boleh jadi mak ko ijo.Biasalah, bila masa belajar, lebih kepada nak bermain.Nak habiskan satu muka surat latihan tu pun dekat setengah jam.Umi memang peruntukkan satu jam untuk dia setiap hari untuk dia belajar.

Antara latihan yang umi bagi kat dia selama 1 jam adalah

  • Praktis menulis

Di awal² masa, umi memang bagi dia praktis menulis sebab masa awal² ni mood masih ok kan.So, start pukul 8 umi dah tutup tv.Walaupun masa tu tengah ada cerita best dia, terpaksalah umi pujuk.Kenalah janjikan sesuatu macam nak gorengkan dia kentang ke, buatkan susu atau makan coco crunch dia.Nak janji tu kenalah yang mudah.Jangan menjanjikan yang macam-macam dah ler..mana nak cari memalam buta kan.So, janji yang simple yang mudah untuk kita tepati.

Jadual Waktu Belajar Dah Bermula

  • Kenal Huruf

Actually umi memang nak suruh dia pandai membaca sebelum masuk sekolah, tapi disebabkan umi ni kurang pengetahuan tentang cara nak ajar menggunakan kaedah phonik, maka umi ajar apa yang umi tahu sahaja.Kenapa umi nak ajar kaedah phonik? Sebab umi dah survey tadika yang akan Naura masuk nanti menggunakan kaedah tu.So, umi bagi dia kenal abc dan 123 pun dah ok.Selain tu umi ajar dia nama dia,umi dan babah dia..Kot orang tanya dia tak kenal..Naya wehh

Jadual Waktu Belajar Dah Bermula

  • Grolier Time

Grolier ni banyak jenis bahan yang umi beri, cuma setiap hari umi berikan dia aktiviti berlainan la.Dah beli kan, kalau tak di ajar macam rugi pulak.Umi pernah ceritakan tentang Grolier dan aktiviti yang Naura buat di entry Talking English dan juga Fun thinker. Entry pasal tu tak habis lagi sebenarnya…hahaha..Nampak tak umi malas nak mengarang ayat. Di samping tu, umi tunjukkan la rasa minat dia dengan Junior Picture Dictionary dan juga mini book Encyclopedia.

Itu jelah aktiviti yang umi buat selama sejam dengan dia.Itu pun ikut mood dia.Kalau terlebih masa dia nak membelek buku tu dah kira satu bonus untuk umi.Nak tarik minat anak dengan buku ni bukan senang.Mencabar jugak la.

Cita-cita kita ni tinggi kan as a parents.Nak yang terbaik untuk anak-anak.Apa pun nak jadi yang terbaik, kena bagi yang terbaik.So, umi usaha untuk yang terbaik beri apa yang baik untuk dia…hehehe…

So, disebabkan tulah, umi kena disiplinkan dia start dari sekarang walaupun umi rasa dah macam terlambat je.Tapi tak bermakna umi tak boleh buat kan.Umi ada terbaca di blog tudungsicomel cara terbaik mendisiplinkan anak-anak yang berumur 5 tahun mengikut 9 strategi ni.

Disiplinkan anak yang berumur 5 tahun mengikut 9 strategi di bawah

Nak disiplinkan anak kita tak boleh memaksa.Anak tak suka dengan paksaan, begitu juga dengan kita kan.Yang penting kena selari dengan pembawakkan anak-anak kita.Makin kita paksa mereka, makin mereka akan berkeras.

TETAPKAN HAD YANG JELAS

Kita perlu wujudkan peraturan di rumah dan tetapkan had yang jelas serta konsisten. Elakkan masalah kelakuan anak dengan menjaga kelakuan kita sendiri secara berterusan.

Yelah, bila kita nak anak buat yang terbaik, kita pun kenalah jadi contoh yang terbaik buat diorang.Kalau boleh kita kena elakkan dari jadi contoh yang tak baik pada anak-anak.So, ibu bapa kena mainkan peranan penting untuk menjayakan misi ni.Tak boleh la bergantung pada sorang je.

TAWARKAN PILIHAN YANG TERHAD

Kanak-kanak pada usia ini harus dibantu untuk membuat keputusan. Tawarkan pilihan yang terhad kepada anak anda untuk mengajar mereka kemahiran problem-solving.

Contohnya, “Mira nak bersihkan bilik lepas makan atau sebelum makan?”. Kedua-dua jawapan boleh diterima selagi tugas itu dapat diselasaikan.

BERI ARAHAN YANG JELAS

Sebelum memberi sebarang arahan, tarik perhatian anak terlebih dahulu.

Kebanyakkan budak 5 tahun sangat leka dalam rancangan TV atau video games, dan sangat sukar memberi perhatian.

Letakkan tangan anda ke bahu mereka atau wujudkan eye-contact terlebih dahulu sebelum anda mengeluarkan arahan.

Selepas anda selesai memberi arahan, minta akan ulangi kembali arahan tersebut untuk memastikan mereka benar-benar faham.

Kalau kita lembut dengan anak, anak akan lembut dengan kita kan.Walau hakikatnya kekadang tu, memang tak boleh sabar dengan perangai mereka.heheh

BERI PUJIAN

Bila anak kita berkelakuan tidak sepatutnya, ajarkan mereka agar kaedah alternatif untuk mencapai kehendaknya.

Sebagai contoh, bila dia memilih untuk membaling mainan apabila dia marah, ajarkan dia cara alternatif untuk mengawal amarahnya.

TIME OUT

Apabila anda kata ‘tak boleh’ dan anak anda masih berdegil, time-out boleh menjadi hukuman yang efektif. Asingkan anak anda selama 5 minit.

Pada usia ini, kebanyakan kanak-kanak boleh bertolak ansur dengan berkhidmat time-out di kerusi atau di kawasan tenang lain.

Dan selalunya umi akan suruh dia masuk bilik dan rapatkan pintu bilik.Dah reda baru boleh keluar dari bilik.

AKIBAT SEMULAJADI

Kesan akibat semulajadi boleh menjadi kaedah efektif bila anak-anak sudah mula faham bahawa setiap apa yang mereka lakukan mempunyai akibat.

Jika anak kita  yang berusia 5 tahun tersebut berkeras untuk melakukan, jika selamat, berikan dia peluang.

Biarkan dia menghadapi akibat semulajadi jika dia membuat kesilapan.

TAWARKAN GANJARAN SECARA TAK LANGSUNG

Kebanyakkan kanak-kanak pada usia tadika gemarkan peluang untuk menerima ganjaran.

Disebalik kita mengancam dengan akibat, cuba pusing situasi tersebut sebagai peluang untuk menerima ganjaran.

Sebagai contoh, sebalik daripada mengatakan, “Abang tak boleh main kat luar selagi tak kemaskan barang mainan”, cuba twist ayat dengan “Lagi cepat abang kemas barang mainan, lagi cepat abang boleh main kt luar”

Mengungkap sesuatu perkara dalam nada positif boleh membuat perubahan besar terhadap tindakbalas anak anda.

STRATEGI GANJARAN FORMAL

Ciptakan satu sistem ganjaran formal jika anak anda bergelut dengan kelakuan tertentu. Sistem token selalunya meninggalkan impak yang efektif untuk menyasarkan masalah kelakuan khusus.

Nampaknya umi kena banyak lagi nak buat supaya semuanya berjalan dengan lancar.Time table pun masih tak buat.Cuma umi wujudkan 1 jam masa belajar dari hari isnin hingga jumaat dan 2-3 jam iaitu pagi, petang dan malam pada hujung minggu .Tapi tu pun tengok keadaan semasa..

Banyak lagi nak ajar dia sebelum dia masuk kelas tahun hadapan.Saja nak suruh dia disiplinkan diri dia seawal mungkin.Mana tau kan umur umi tak panjang…At least, umi dah turunkan ilmu untuk dia biasakan diri nanti.

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *