Jadual Puasa Muharram 1441h/2019M - Kisahsidairy.com

Jadual Puasa Muharram 1441h/2019M

Jadual Puasa Muharram 1441h/2019M

Jadual Puasa Muharram 1441h/2019M | Ada ke yang sambung puasa hari ni.Alhamdulillah..Kalau dapat kita berpuasa, kenapa tidak kan?

Semalam umi memang tak dapat nak berpuasa.Masih tak berapa nak sihat semalam.Insyallah hari ini, akan meneruskan puasa.Moga dapatlah penuhkan hari ini..Insyallah dengan izinnya.

Puasa apa? Sebenarnya pada bulan Muharram ni, banyak kelebihan kita berpuasa.Bulan Muharram ni pun dikatakan bulan Allah 

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa”

Dan sabdanya lagi yang bermaksud :

“Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka Allah anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid) dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala haji dan umrah”.

“Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram, maka Allah melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut”.

“Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram.”

Masa nilah umi nak rebut kesemua keistimewaan yang ada pada bulan ni.Yelah, mana tau kan umur tak panjang.Bila lagi nak buat kebaikkan untuk diri sendiri.

Bukan kata bulan Zulhijjah je kita dapat banyak keistimewaanya, bulan Muharram tidak terkecuali.Kat bawah ni umi senaraikan antara kelebihan Bulan Muharram.

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

  • Allah subhanahu wa ta’ala menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram.
  • Allah subhanahu wa ta’ala menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram.
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram.
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram.
  • Diciptakan papan tulis (Lauh Mahfuz) pada 10 Muharram.
  • Diciptakan Adam ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Dimasukkan Adam ‘Alaihissalam ke dalam Syurga pada 10 Muharram.
  • Dilahirkan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam diselamatkan dari api Namrud pada 10 Muharram.
  • Diselamatkan anak Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam iaitu Nabi Ismail ‘Alaihissalam dari sembelihan pada 10 Muharram.
  • Ditenggelamkan Fir’aun dan tentera-tenteranya pada 10 Muharram.
  • Diampunkan dosa Nabi Daud ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Dilahirkan Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Dikeluarkan Nabi Yunus ‘Alaihissalam dari perut ikan Nun pada 10 Muharram.
  • Disembuhkan penyakit Nabi Ayyub ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Diangkat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam kelangit pada 10 Muharram.
  • Diterima taubat Nabi Adam ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam pada 10 Muharram.
  • Diciptakan ‘Arasy pada 10 Muharram.
  • Awal-Awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram.
  • Diselamatkan bahtera Nabi Nuh ‘Alaihissalam daripada tenggelam pada 10 Muharram.

Dipetik daripada buku ’10 Hari Kebesaran Islam’, tulisan Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari

kredit : http://www.nurelhikmah.com

Banyakkan kelebihan yang ada pada bulan Muharram ni.So, why not kita sama-sama meraikan bulan Muharram ni dengan mengerjakan puasa-puasa yang ada pada bulan ni..

JADUAL PUASA MUHARRAM 2019

9 September 2019/9 Muharram 1441H

Puasa Hari Tasu’a

10 September 2019/ 10 Muharram 1441H

Puasa Hari Asyura

13 September 2019 / 13 Muharram 1441H

Puasa Hari Putih

14 September 2019 / 14 Muharram 1441H

Puasa Hari Putih

15 September 2019 / 15 Muharram 1441H

Puasa Hari Putih

 **** Disunatkan juga untuk puasa sunat Isnin dan Khamis

 

Jom rebut apa yang ada di dalam bulan Muharram ni..

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *