Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2022/1443H

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2022/1443H

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2022/1443H.Lampiran takwim untuk jaudal berbuka puasa dan sahur mengikut kawasan bagi sekitar Negeri Johor.

Sekali lagi kita berpuasa dalam zaman pendemik kan.Cuma kali ni lagi meriah kerana kita dah boleh ke bazar ramadhan dan melakukan solat sunat terawih di Masjid.Syukur alhamdulillah Allah izinkan kita semua untuk menikmati bulan mulia ini dengan aktiviti-aktiviti seperti biasa.

Tempat umi pun dah meriah dengan bazar.Tempat korang macam mana pulak.Anak-anak pun dah excited nak berpuasa.Yang penting mesti kejutkan mereka bersahur kerana 

“Sahur adalah makanan yang penuh berkat. Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.”(Hadis Riwayat Ahmad)

 

Kelebihan Sahur


Sebenarnya, sahur bukanlah suatu anjuran yang sia-sia. Jika kita lihat gaya hidup masyarakat kini, tiada yang akan bersusah payah untuk bangun semata-mata untuk makan di awal pagi. Namun, dalam Islam, ia adalah perkara yang dituntut kerana banyak kelebihan yang boleh diperoleh oleh Allah SWT. Antaranya ialah:

#1 -Membezakan Puasa Islam Dan Yahudi
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksud: “Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dan puasa ahli kitab terletak pada makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim)

Setiap agama di dunia ini mengamalkan puasanya yang tersendiri. Ada yang berpuasa daripada makan daging, ada yang berpuasa daripada makan sahaja dan boleh minum serta macam-macam lagi cara mereka berpuasa.

Begitu juga dengan ahli kitab yang telah disebut berdasarkan hadis Rasulullah SAW di atas. Ahli kitab ialah golongan Yahudi dan Nasrani yang percaya kitab Injil dan Taurat namun setelah lahirnya Nabi Muhammad, mereka telah menolak ajaran al-Quran.

Golongan ini berpuasa sama seperti kita, iaitu dengan menahan lapar dan dahaga namun tidak mengamalkan bersahur berbeza dengan umat Islam yang disunatkan bersahur sebagai salah satu amalan di bulan puasa.

#2 – Ada Keberkatan
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَ

Maksud: “Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menganjurkan untuk bersahur kerana banyak keberkatan yang boleh kita rebut. Antaranya ialah, ia dapat membantu kita untuk menguatkan diri semasa berpuasa. Dengan bersahur, ia dapat memberi kita tenaga dan boleh menjadikan hari kita produktif.

#3 – Untuk Kesihatan Diri
Menurut Imam Ibnu Adli Bar, kajian mengenai hadis bersahur dan kepentingannya adalah bertaraf sahih dan mampu memberi kesihatan kepada diri sendiri. Kajian saintifik juga menekankan bahawa penekanan nabi agar sahur dilewatkan mempunyai sebab yang tersendiri, iaitu ia menepati waktu sarapan pagi. Hal ini kerana, makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan.

 

‏إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِين

“Apabila masuknya bulan Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, dan pintu-pintu Neraka ditutup dan syaitan-syaitan dirantai.”

[Hadith riwayat Bukhari & Muslim]

Lagi beberapa hari lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh keberkatan.Bulan yang banyak kelebihan dan bulan yang perlu kita rebut segala amalan.

Disertakan dibawah ini perincian jadual berbuka puasa dan imsak Negeri Johor 2022/1443H untuk zon 1,zon 2, zon 3 dan zon 3.Jadual berbuka puasa 2022 Johor ini korang boleh share dan save ya..

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2022/1443H Bagi Sekitar Negeri Johor

ZON 1 JOHOR: PULAU AUR & PULAU PEMANGGIL

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 1443H/2022

ZON 2 JOHOR : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing & Pulau-Pulau Berdekatan Dengannya

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 1443H/2022

 

ZON 3 JOHOR : Daerah Pontian & Kluang

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 1443H/2022

 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

Mencari tempat berbuka puasa sekitar Johor Bahru? Boleh lihat di link INI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.