Pelbagai Menu di Buffet Dinner Cafe BLD Renaissance JB

Pelbagai Menu di Buffet Dinner Cafe BLD Renaissance JB

Pelbagai Menu di Buffet Dinner Cafe BLD Renaissance JB | Korang yang mencari menu makanan untuk dinner di Johor dengan pelbagai jenis masakkan wajib cuba makanan di sini tau.

Mana taknya lebih 100 hidangan tersedia untuk buffet dinner hanya di Cafe BLD di Renaissance Johor Bahru dengan harga berpatutan.

Walaupun sebelum ni umi dah beberapa kali dinner di sini, tapi kali ni ada sedikit kelainan yang korang wajib rasai sendiri bila makan di sini.Selain dari menyediakan Menu ala Carte dan juga All you can Eat Buffet Dimsum di Wan Li Chinese Restaurant, korang juga boleh menikmati hidangan Buffet Dinner di CAFE BLD Renaissance JB ni  yang meriah dengan hidangan dari pelbagai bangsa iaitu India, Melayu China dan juga antarabangsa tau dengan hanya satu harga.

Buffet Dinner yang umi try ni adalah Buffet Dinner untuk hari Jumaat dan Sabtu ye.Kalau hari lain harga tak sama dengan harga weekend ni.Dan haruslah lebih special menu yang disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu tu.

And yang specialnya kalau korang pergi pada hari Sabtu, mereka akan sediakan menu dessert yang special berasaskan durian.Itupun mereka keluarkan pada pukul 8.00 malam.

Masa umi pergi tu dapatlah rasa kek durian, next time pergi mybe lain pulak menu nya kan.

Umi share sikit gambar-gambar yang umi snap masa umi makan di sini minggu lepas.Memang syok semua menu-menu mereka tau.

INTERNATIONAL BUFFET DINNER CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR HOTEL 

Menu Beef Brisket, BBQ Lamb dan juga Beef Striploin tu memang sedap.

Kalau korang suka makan Seafood yang fresh jangan risau, kat sini pun ada menyediakan Seafood fresh macam kat bawah ni.Setiap kali makan kat sini memang umi akan ambil udang tu.

Apa lagi menu yang best-best, yang korang boleh cuba?

Nak buat rojak buah atau gado-gado boleh buat cara sendiri ye.Nak tambah lebih nak kurangkan semua boleh.

Ni pun antara menu yang sedap untuk korang cuba.

Hah..agak boring dengan makanan melayu , india dan cina boleh la try sushi yang disediakan di sini.

Banyak lagi gambar-gambar menu yang umi dah snap.Tapi macam berat pulak kang blog umi ni.Apa kata korang terus ke Page umi,Banyak korang boleh tengok menu-menu menarik di sana

Jemput ke Page Umi ek : Kisahsidairydotcom

Dan tak lupa jugak, setiap hidangan mestilah ada pencuci mulut kan.Di satu sudut di Cafe BLD ni, pelbagai jenis pencuci mulut yang korang boleh cuba tau.

Bukan puding je tau, ada lagi kek dan manisan lain yang korang boleh try.Boleh tengok kat page umi tu ye.

Hah..Tunggu apa lagi korang? Jom umi cerita pulak pasal harga untuk menu buffet di Cafe BLD Renaissance JB ni

HARGA INTERNATIONAL BUFFET DINNER RENAISSANCE JOHOR BAHRU

Setiap jumaat & Sabtu – RM88net


Setiap Ahad hingga Khamis – RM70nett


⚠️Diskaun sehingga 20% diberikan kepada mereka yang membuat tempahan melalui online tableapp

Korang boleh buat tempahan via http://bit.ly/TableAppCafeBLD or WhatsApp at https://wa.me/60177713327.

Korang juga boleh tengok Website dan juga Page Renaissance Johor  Bahru untuk update terkini tentang Hotel mereka

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Related Posts

2 thoughts on “Pelbagai Menu di Buffet Dinner Cafe BLD Renaissance JB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *