Bayi Pramatang Ini Ibu Bapa Perlu Tahu

Bayi Pramatang Ini Ibu Bapa Perlu Tahu

Bayi Pramatang Ini Ibu Bapa Perlu Tahu | Anak yang dilahirkan didunia ni adalah anugerah dari Tuhan.Samada ia dilahirkan seara normal atau pramatang

Teringat  kawan umi yang beberapa tahun lepas melahirkan bayi pramatang.Kalau nak dilihat memang tak sangka akan melahirkan bayi paramatang.Tapi itulah hakikatnya.Alhamdulillah sampai sekarang masih sihat walafiat.
 

APA ITU BAYI PRAMATANG

 
Bayi Pramatang adalah kelahiran yang berlaku apabila bayi yang dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan.Dilahirkan 3 minggu lebih awal memberi risiko yang tinggi kepada bayi,Bayi yang dilahirkan minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.
 
 
Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu mejadi lebih matang.Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke 25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup.Mereka semestinya memerlukan rawatan intensif selama beberapa minggu, dan sebahagian besasr bayi yang lahir pramatang dapat terus bertahan hidup dan membesar menjadi kanak-kanak normal, hasil sokongan dan rawatan yang terbaik daripada pihal hospital.
 
 

PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung.Malah kepada mereka  yang sihat dan melakukan perkara yabg betul.Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui.Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang.
  • Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang
  • Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
  • Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
  • Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
  • Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
  • Kehamilan kembar
  • Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
  • Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
  • Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
  • Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
  • Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
     

RISIKO TERDAHAP BAYI

Bayi pramatang ini lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.Risiko bayi pramatang ialah termasuk :-

  1. Sindrom kesukaran bernafas.Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
  2. Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan.Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesihatan yang sempurna dan sokongan incubator.
  3. Berisiko tinggi untuk mendapatkan jangkitan
  4. Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
  5. Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan

KEPERLUAN BAGI BAYI PRAMATANG

  • Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup.Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan.Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi.Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan(cratch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.

MAKANAN BAGI BAYI PRAMATANG

Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu.Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit.Jika tidak ia boleh meyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bagi yang belum menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran.Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yabg boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

MASALAH BAYI PRAMATANG

~ Jaundis ( Penyakit kuning)

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah.Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih  bayi menjadi kuning.Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi,ia boleh menyebabkan kerosakkan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

~ Apnea

Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas.Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru.Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu,Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap, bayi memerlukan ubat untuk merangsang  sistem pernafasannya.

~Anemia(Kurang darah)

Kebanyakkan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia.Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesasr dan juga jika tahap ahemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome) Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langusung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas.Masalah ini agak kerap berlaku,

begitupun masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru(dikenali sebagai surfactant).Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.

Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan.Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

~Jangkitan

Jankitang adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang.Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan.Janngkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan.Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

~ Pateng Ductus Arteriosus (PDA)

Duktus arteriosus salur darah kecil ayng menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta.Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA, bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung.Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini.Begitu pun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

~ Masalah Retina ( Retinophaty of Prematurity)

Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif.Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius.Pada masa dahulu masalah ini dikatikan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan.

Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ianya berlaku.

 

Begitulah serba sedikit cerita tentang bayi pramatang yang perlu kita ketahui.Korang ada bayi pramatang ini ibu bapa perlu tahu.

 

 

 


Loading

18 Comments

  1. Semoga anak KSD terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna

  2. semoga dipermudahkan segala urusan ye…terima kasih berkongsi…sekurangnya saya dapat cedok sedikit ilmu walaupun pengalaman belum ada lagi…

  3. semoga nur awfiyah membesar dgn sihat..
    1 lg sifat yg ada pada baby pramatang..
    bila dah besar.. otak dia x bileh menerima penuh apa yg ditunjuk ajar.. selalu lupa, x masuk dek akal apa yg dah diajar.. itu atas dasar pengalaman saya. bukan utk menakut2kan.

  4. info terbaru yang akak tau…insyallah,..moga Allah permudahkan urusan akak dalam mendidik Nur awfiyah nie

  5. nice info kak, insyaAllah awfiyah akan membesar bagai juara 🙂

  6. Nice sharing… Ank sedara sy ada lahir kala usia 7 bulan dlm kndung… Sbb mmg keturunan mak dia mcm tu…

  7. T kasih atas perkongsian info ni Aida.. semoga Nur Awfiyah sentiasa sihat walafiat. Saya pernah dengar org ramai cakap yg bayi pramatang ni cerdik.. mudah2an benar ye… aamiin.

  8. anak akak lahir cukup2 bulan sgt… kira kalau awal skit tu dh kategori pra matang sebab dia lahir awal 3 minggu dari due.cukup2 37 minggu kalau tak silap.. kurang berat & masuk NICU sekejab utk doktor check up, Alhamdulillah even kecik dia x de apa2 masalah masa lahir. x perlu kena wad

  9. Fiza dgr kalau bayi pramatang nie selalunya akan jadi genius dansangat pandai.. betui ke? semoga Afiyah sihat2 selalu…

  10. assalam hai,sya melahir kan anak yg kedua 01/11/2015 baby perempuan nama dya sharifa umairah ilyah ,saya nak tnya baby sya lahir pramatang 33 minggu, baby sya skrng dah 10bulan dya hnya dduk dngan bantuan tngan sya je hemmm ,, sayu trus hati m'lihat perkembangan c kecil ni,sya ada juga jmpa doktor pkar tuk pemeriksaan susulan, doktor ckap tunggu umur baby sya mencapai satu thun meraka akan melihat perkembang dya .. tuk kakak2 yg suda berpegalaman baby yg pramatang nie limit umur berapa bulan baby dduk tnpa bantuan tngan ?? nak tnya je

  11. salam ibu afiyah… saya ibu Amina… thanks alot for the info and sharing… by the way, Amina pun lahir 33 weeks..emergency ceaser sbb abratio placenta.. semoga anam2 kita memebesar dg sihatdan kuat.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *