Kisahsidairy.com

Malaysian Parenting and Lifestyle Blogger

Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia | Anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010. 

Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.

 

Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

 

Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung, strok, diabetes, artritis reumatoid dan yang terbaharu, Alzheimer

Langkah pencegahan dalam kesihatan oral seperti pengesanan awal dan rawatan penyakit gusi boleh mengubah keselanjaran penyakit oral, satu cara untuk menangani beban kumulatif ke atas kesihatan awam. 

 

Systema, pakar kesihatan gusi dari Jepun, kini berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dalam kempen Tanggungjawab Sosial Korporat untuk membantu orang awam ‘Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth’, dalam usahanya untuk meneruskan dan meningkatkan lagi kerjasama yang terjalin pada tahun-tahun sebelumnya.

Kempen tersebut bertujuan mendidik rakyat Malaysia dan meningkatkan amalan penjagaan oral mereka untuk kesihatan gusi yang lebih baik dengan mengedar maklumat kesihatan oral berasaskan fakta dan disokong oleh kajian kepada 2 juta orang Malaysian. Pemeriksaan gigi percuma bagi mengurangkan kadar penyakit gusi secara beransur-ansur dalam kalangan orang dewasa juga disediakan untuk menolong rakyat Malaysia mengenal pasti dan mencegah masalah kesihatan oral seperti penyakit gusi sebelum menjadi lebih serius. 

 

Kempen CSR yang holistik ini turut melibatkan pengagihan 10,000 unit ubat gigi Systema saiz percubaan kepada orang awam, 9,000 unit ubat gigi Systema saiz penuh kepada petugas barisan hadapan kesihatan oral, laman web interaktif www.gumhealthcheck.com yang memberi pendidikan mengenai tanda dan simptom penyakit gusi dan aplikasi penilaian kesihatan gusi percuma, pemeriksaan gigi percuma oleh klinik MDA yang mengambil bahagian, aktiviti pendidikan serta meningkatkan kesedaran di media sosial dan diskaun hebat produk Systema bagi memastikan produk kesihatan oral berkualiti mampu diperolehi oleh semua.

 

Satu kempen media sosial akan diadakan dengan menampilkan influencers dan pengguna untuk mendorong orang ramai supaya Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth serta menyokong kempen ini dari 1 April hingga 30 April 2021. 

 

Penyakit gusi kini berleluasa namun boleh dicegah. Tahap kesedaran mengenai penyakit gusi, kesannya terhadap kualiti hidup dan kaitannya dengan penyakit serius lain adalah rendah. Kita perlu sama-sama berusaha membantu rakyat Malaysia meningkatkan tahap kesihatan gusi untuk mengurangkan beban kumulatif terhadap kesihatan umum. Kajian menunjukkan terdapat korelasi antara penyakit gusi dan penyakit jantung serta diabetes. Jika pengesanan dan rawatan awal mampu mengurangkan korelasi antara penyakit berbahaya ini, kita perlu meneroka dengan teliti. Diabetes dan penyakit jantung juga telah dikenal pasti sebagai komorbiditi bagi COVID-19. Rakyat Malaysia perlu belajar mengenal pasti tanda dan simptom penyakit gusi supaya mereka boleh mengenalpasti masalah dan segera mendapatkan rawatan.” 

 

Systema dan MDA sedang giat berusaha menyediakan sumbangan dalam bentuk produk, bahan pendidikan, pemeriksaan gigi dalam talian dan di klinik, sokongan dan khidmat media sosial bagi membantu orang awam di kala klinik pergigian kerajaan sedang terbeban. Kempen ini boleh membantu Program Kesihatan Pergigian, KKM dalam mendidik orang awam mengenai keperluan penjagaan gusi dan kesihatan oral yang lebih baik, melengkapkan mereka dengan produk dan menggalakkan mereka kepada pemeriksaan gigi percuma untuk penilaian.

 

Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, berkongsi matlamat sosial Systema untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral untuk gusi sihat dan gigi yang sihat untuk sepanjang hayat di kala dunia bergelut dengan wabak COVID-19.

 

“Sudah setahun pandemik ini meletakkan kita dalam situasi berjuang untuk hidup. Kini tiba masa untuk kembali fokus kepada isu penting seperti kesihatan gusi. Gusi dan gigi yang sihat adalah penting untuk kualiti hidup yang lebih baik, oleh itu marilah kita semua ‘Gumbatte’! Systema boleh membantu dengan mengajak lebih ramai orang prihatin mengenai tanda dan simptom penyakit gusi serta menyedari ia boleh sembuh pada peringkat awal dengan hanya memberus gigi dan gusi dua kali sehari,” kata Cik Foo.

 

“Kempen CSR ini mempunyai matlamat untuk menilai keberkesanannya dalam kalangan orang awam dan petugas barisan hadapan. Ia menyediakan data mengenai apa yang berkesan supaya kita boleh menyediakan sokongan yang lebih terperinci di masa hadapan bagi menambah baik kesihatan mulut. Orang ramai boleh membuat penilaian kesihatan gusi secara dalam talian, manakala mereka yang memerlukan boleh mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di klinik-klinik ahli MDA. Kempen Systema Gumbatte pada 2019 telah membolehkan hampir 50,000 orang mendapat pemeriksaan kesihatan gusi dalam talian secara percuma dan lebih 10,000 orang berkunjung ke klinik ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma,” terang Cik Foo. 

 

Setiausaha Kehormat Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Chong Zhen Feng, berkongsi  sejak bermulanya wabak COVID-19, ramai orang menangguhkan rutin pemeriksaan gigi dan para profesional pergigian melihat penurunan kadar kehadiran ke klinik. Ini secara tidak sengaja melambatkan pengurusan dan boleh membawa kepada situasi penyakit oral yang bertambah buruk. 

 

 “Pihak MDA telah berganding bahu dengan Systema dalam kempen kesihatan oral saban tahun. Di Malaysia, penyakit gusi berleluasa disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan oral yang baik. Menerusi kempen Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth, kami ingin menawarkan pendidikan penjagaan kesihatan oral di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan kesihatan gusi dan kesihatan rakyat Malaysia secara umumnya. Bilangan orang yang bakal menerima kesan positif inisiatif ini adalah amat menggalakkan. 

“Pelihara kesihatan oral anda dengan melayari laman web www.gumhealthcheck.com untuk menilai status gusi anda dan jika perlu, hadir ke klinik gigi ahli MDA yang mengambil bahagian untuk pemeriksaan gigi percuma.” 

 

Ujar beliau, ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan gigi percuma bagi menyokong kempen ini. Semua orang digalakkan untuk berkunjung ke klinik gigi sekurang-kurangnya sekali setahun. 

 

Kempen “Gumbatte Towards Healthy Gums and Teeth” mengambil nama sempena teriakan motivasi Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’ sebagai kata-kata semangat supaya rakyat Malaysia mengawal kesihatan oral, termasuk ketika pandemik. Layari www.gumhealthcheck.com untuk mendapatkan pemeriksaan gusi dalam talian anda hari ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *