Ikan Celup Tepung di Warung Poksu & Moksu

Ikan Celup Tepung di Warung Poksu & Moksu.Pertama kali singgah makan di warung yang viral di Kuantan ni.Setiap kali pergi katanya orang akan beratur panjang.

Tapi alhamdulillah rezeki kami masa ke sana tu, takdelah sampai beratur panjang.Dan takde orang beratur pun masa kami pergi tu.Jadi selesalah nak cari tempat duduk dan cari makan kat situ.Pelbagai jenis makanan disediakan di warung ikan celup tepung yang  terletak di Jalan Tanjung Lumpur Kuantan Pahang ni.

Lepas pada kami singgah di Kuantan Art dan juga Menara Kuantan 188 tu. terasa lapar pulak.Jadi kami taknak makan nasi, nak makan yang ringan-ringan jelah.Jadi abang ipar umi cadangkan untuk makan disini.

Oh ya, pagi tu kami dah makan berat.Dapatlah makan nasi kerabu di Restoran Nasi Kerabu Mekla.Jadi masih kenyang lagilah.

Nak cari warung ni pun senang sebenarnya,Ia terletak di Tapak Pekan Sehari di Jalan Tanjung Lumpur.Sebelah Balai polis je.Dari jauh korang dah nampak signboard Warung Poksu & Moksu.

Ikan Celup Tepung di Warung Poksu & Moksu

Masuk je kami cari tempat duduk untuk anak-anak dulu.Lepas tu orderkan air, barulah boleh melilau cari makanan.

Kat Waung Poksu & Moksu ni macam-macam ada jual.Ada Nasi dagang, ada laksa, mee kari dan pelbagai lagi.Khususnya  celup tepung.Umi ambil udang dan ikan celup tepung je memandangkan sotong dah habis, kenalah cari lain.

Antara lain yang umi ambil adalah satar, laksa, mee kari dan juga kuih muih.

Ikan Celup Tepung di Warung Poksu & Moksu

Ni ada lagi menu lain yang boleh pilih, tapi kami pilih yang tu jelah dulu.

Ikan Celup Tepung di Warung Poksu & Moksu

Kuih muih jangan cakap lah.Memang banyak pilihan yang korang boleh pilih.Umi pun rasa rambang mata nak makan yang mana satu.Taknak membazir, umi ambillah dulu beberapa jenis kuih.Tak cukup baru kami tambah.

Satar dia sedap tau.Memang cukup dan kena dengan tekak umi.Teringat kat makcik yang jual satar ni guna motor di pasar Endau dulu.Macam tulah rasanya.

Ikan Celup Tepung di Warung Poksu & Moksu

Sementara menunggu makanan sampai wajib selpi walaupun kena tutup mulut.Bibir birat memang kena tutup la.Kang tak selera pulak korang tengok.Tak kose eh nak pakai lipstik bagai ni.

Overall makanan kat situ not bad la.Pelbagai jenis pilihan makanan yang korang boleh pilih dan menepati citarasa insyallah.

On the way balik ke kereta kami singgah untuk beli ole-ole khusus untuk jiran dan adik beradik.hahah..Plan asal nak beli kat Kelantan, tapi memandangkan kami tak berjalan pun kat Kelantan tu, kami beli ole-ole di Pahang je.

Umi sertakan waze ikan celup tepung di warung Poksu & Moksu ni ye.Mana tau korang nak jalan-jalan sana, nak cari tempat kedai makan Kuantan yang sedap.Bolehla try warung ni.

Selamat mencuba..

Loading

2 Comments

  1. Sekali dulu pernah singgah makan sini, masa Suami ada kerja di Paya Lumpur tu.. memang banyak pilihan, tapi tak silap, dulu takde celup tepung ni,.. skrg dah ada..

  2. lama tak makan sata. kalau dapat makan itu je pon takpe. kenyang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *