Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka

Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka

Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka | Melaka memang terkenal dengan tempat ikan bakar sedap.Ada beberapa tempat yang telah dicadangkan oleh beberapa pelancong untuk mendapatkan ikan bakar sedap di Melaka.Antaranya adalah di Crystal Bay ,Sungai Punggur Alai Melaka.

Kalau korang pencinta makanan laut, memang aku suggest korang ke sini.Di Crystal Bay ni,terdapat deretan kedai ikan bakar yang menyediakan makanan laut yang sedap-sedap belaka.Kedai Makan Crystal Bay ni. bukan sahaja sedap, tetapi juga harga makanan laut yang jauh lebih murah dari tempat lain.Memang korang akan terbeliak biji mata tu bila tengok bila murah yakmat.Itu sebabnya korang wajib singgah di Ikan Bakar  Crystal Bay Alai Melaka ni

Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka

Kalau dulu,aku suka makan ikan bakar di Umbai,tetapi kali ni ubah selera pulak untuk ke Ikan Bakar  Crystal Bay Alai Melaka.Walaupun dah lama wujudnya tempat  ni,tetapi baru kali ni aku nak mencuba untuk makan disini.Salah satu kedai makan disini yang menjadi perhatian kami adalah di gerai hujung iaitu Gerai no.7 Ikan Bakar Roselidi.Nak cari jalan masuk ke Ikan Bakar ni senang je,pastikan korang nampak dekat simpan tu signboard CRYSTAL BAY RESORT.Oh ya..aku pergi masa tu waktu malam.Bila nampak kawasan perumahan ,korang jangan panik ye,sebab memang ikan bakar ni di hujung kawasan perumahan.So better korang guna waze..memang mudah je nak mencarinya.

Masa kami datang tu,kedai ni memang penuh dengan orang.Disebabkan kami nak selesa makan kat hujung, so, kami menunggu jugaklah satu family lain yang kebetulan dah habis makan kat situ.Dapat je tempat duduk,aku dan husband terus memilih makanan lauk yang bakal di masak nanti.

Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka

Makanan laut yang dipamerkan sangat-sangat nampak fresh.Udang, sotong, kerang, Kupang semua besar-besar tau.Memang syoklah memilih.Masa tu memang kena beratur lah untuk memilih dan memesan menu yang akan dimasak .

Jom tengok menu hidangan kami pada malam tu.Kesemua menu tu kami buat 2 hidangan.memang nampak penuh ler meja kami tu

Udang Goreng butter

Ketam masak blackpaper

Ikan masak sweet sour

Kailan Ikan masin

Kupang masak Halia

Sotong Goreng tepung

Satu lagi menu yang aku lupa nak snap adalah Ikan Caru Bakar pedas.Di situ korang boleh pilih nak makan dengan Nasi Lemak atau Nasi biasa.Air pulak selalunya diorang akan suggest untuk order 1 jenis air.maksudnya dalam satu jug lah…bagi aku senang sikit kalau dalam jug.Jadi takdelah rebut-rebut kan.Order dua jug air.

So far,semua menu makanan kami sedap.Juga disediakan buah-buahan.Kalau korang nak order pun boleh jugak,Sepinggan RM8-RM10.Boleh pilih mana yang korang nak.

Ok dah habis cerita pasal ikan bakar ni,sambil cerita sambil teringat akan kesedapan makanan laut di sini.

Ikan Bakar Crystal Bay

Alamat

No.7 crystal bay ,sungai punggur, Alai, 75460 Melaka

Loading

6 Comments

  1. sedapnya kakkkk… saya ni pencinta makanan laut. tapi ikan je kurang tapi tetap makan. banyak nau tapi.. tapi.. buat masa ni asben jaga betul tak kasi makan makanan laut sangat..

  2. Gambar 1 & 2 yang pecah gambarnya, lain gambarnya okay..
    Ooo kalau aku datang sini selalu makan kat restoran cerana Alai, gitulah namanya..kedainya depan macam rumah gitu..
    Next time boleh cuba kat sni pulak..

  3. Nampak sedap tu..dan nampak kesegaran lauk pauk tu…next time nak pergi la Alai melaka ni..lama dh ngidam nak pi sini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *