Ibu lesap tinggal bayi

Assalamualaikum


Johor Bahru: Seorang wanita berusia 37 tahun yang memberi alasan sibuk mencari keluarga
 angkat untuk bayi perempuannya berusia tiga bulan sejak Julai lalu, sebelum dia menghilangkan diri 
menyebabkan masa depan anaknya itu tidak terbela.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulaijaya Jamalluddin Hassan 
berkata, wanita itu melahirkan bayinya di Hopsital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim,
 Kulaijaya pada 26 Julai lalu. 

Bagaimanapun, katanya, wanita berkenaan bertindak meninggalkan bayi berkenaan sebelum 
bayi itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 19 Ogos lalu. 

Menurutnya, bayi berkenaan yang dinamakan Nurin Alia Abdullah diberi perlindungan 
di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sinar Juita. 

                            

                            NURIN Alia


“Pada 21 Ogos lalu, ibu kandung kanak-kanak berkenaan datang ke pejabat kami bagi
membincangkan mengenai anaknya dan memaklumkan ingin menyerahkannya kepada saudara.

Catatan aku
Punyalah comel bayi nie ,tergamak ibu dia nak buang,,Aku cukup sedih bila ade kes-kes
sebegini,sedangkan aku menanti untuk mendapatkan bayi hampir 3 tahun lamanya.Dan mereka
 yang membuang atau meninggalkan bayi ini,sungguh senang ye..kalau pun taknak bayi nie,
tak perlu buat macam tu..Bagilah kepada mereka yang amat-amat memerlukan macam aku.
tetiba sebak memikirkan hal ini..Moga Allah terus mendengar rayuan hambanya ini.
.Insyallah..amin..
sumber : forum

28 Comments

  1. comelll…entah apa la yang dipikir mak budak ni..sampai hati nak tinggal anak sendiri..

  2. comel bayi tu kak.. sampai hati ibu dia.. tapi mungkin juga dia ada sebab tersendiri..

  3. siannya baby tu…smpi ati mak dia buat camtu ye…

  4. mungkin ada kisah yang kita tak tahu kot kenapa si ibu bertindak begitu, sangat comel dan sangat sedih jika dia dibuang kemana-mana,.. beri je pada orang , ramai yang sanggup nak bela di luar sana…

  5. kesian la baby tu kak
    comel
    yumida isi tabung Nuffnang sini – ford – selamat menabung 🙂

  6. alahai..kesiannya bayi tu 🙁

  7. kesiannya kat bayi tu, dah la comel..:(

  8. ada bc jugak cerita ni…. sedih kan

  9. Assalamualaikum kak ida. huwaa sedihnya baby girl yang comel ni.. punya ibu yang tak mahu jaga dia. kak, sheila pun suka sangat baby. tak tergamak la kita nak buat camtu kat zuriat. Ya Allah, lindungilah baby malang ni =____________='

  10. Kesiannya apa la dosa anak nie sampai ibunya tinggalkan kalau betol hidup susah bagi taw la elok elok nie tak

  11. Allah lebih mengetahui apa yang tersirat.. Kita doakan yang terbaik untuk semua.. (Dalam hati sangat sedih dengan cerita cam ni 🙁

  12. salam ida
    Erm.. Mujur bayi tu selamat..tak pe ibunya tinggalkan kt situ daripada di buang..
    Mungkin satu masa nanti dia merindui anaknya yg.ditinggalkan itu..mak mana tak sayangkan anak..ada sebab yg kita tak tau atas tindakkannya..
    Salam aidiladha ke-2 dari ta

  13. Kita tak tahu masalah apa sebenar yang dihadapi oleh ibu itu.. Moga ibu dan anak itu kuat dan tabah dalam mengharungi dugaanNYA..

  14. Alhamdulillah.. nasib baik bayi ni masih dilindungi daripada kejam dibuang begitu je di tepi jalan atau tong sampah.. semoga bayi ni dilindungi olehNya..

  15. apalah nak jadi zaman sekarang ni ek..

  16. Comelnya baby ni! Ya Allah.. Tergamaknya mak dia nak bagi orang.. Pelik betullah manusia ni.. Ada yang beria nakkan anak tapi tak dapat2, ada pulak yang dah dikurniakan anak dibuang2.. Erm.. Kalau tak nak baik bagi Mieza.. Teringin sangat nak ada baby sendiri.. huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

  17. dlm usianya itu , sepatutnya dia sayangkan zuriatnya . blum tentu boleh dpt anak lagi … subhanallah …

  18. baik ibu atau ayah sekalipun.. yg buat mcm ni mmg x de hati perut sungguh lah..

  19. Memang tergamak dia macam tu, memang tak patut. haiwan pun tak macam tu.

  20. xbersyukur nye.. zuriat sendiri die boleh tinggal cmtu je..

  21. kesian dekat baby tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.