Ibu Ke umrah buat kali pertamanya

Ibu Ke umrah buat kali pertamanya| Alhamdulillah..Niat ibu dipermudahkan selepas pelbagai onak duri dan dugaan ibu tempuh.Syukur sangat.Tapi bila mengingatkan dugaan yang ibu dapat, rasa sedih bila dikenang.

Ibu dah pun berlepas ke Umrah menaiki Flight MAS pada 11 Disember 2018 pada pukul 6.15 petang.Walaupun kami adik beradik tak dapat nak menghantar ibu ke KLIA, syukur adik ada sorang yang berada di sana.Yang boleh uruskan keperluan yang masih belum mencukupi.Ibu belum sempat nak tukar duit.

Bila sebut pasal nak ke umrah ni kan,siapalah yang tak nak ke sana kan.Kalau ada rezeki, dan dah tiba masanya pasti akan menjejakkan kaki juga di Rumah Allah.Actually, aku sebagai anak pun, rasa ralat sangat sebab tak dapat nak support dia ke umrah.Maksudnya tak dapat nak bayarkan duit umrah dia tu.Tapi tetap bersyukur, segala persiapan barangan ke umrah,kami adik beradik dapat selesaikannya.

Tapi kalau nak dikenang kembali ibu hampir-hampir melupakan niatnya ke umrah gara-gara orang yang nak sponsor ibu ke sana tiba-tiba tak dapat nak bayar kos untuk ke sana.Actually,ibu memang dah berhajat nak ke sana bila dia dapat duit EPF dia bila dia berumur 55 tahun.Maksudnya selepas sahaja dia  dapat duit EPF, barulah dia plan untuk ke sana.Tapi tetiba ada terdengar dari salah seorang saudara kami, ada yang sudi nak sponsor ibu ke sana.So,tarikh untuk ke umrah tu dipercepatkan kerana mengikut salah satu Travel agency yang membawa orang ke umrah.

Selepas tu,ibu pun menghadiri kelas umrah beberapa kali.Tapi bila dekat dengan tarikhnya,Abg Zali iaitu yang menguruskan mak untuk ke sana bagitahu orang yang nak sponsor ibu tu mendiamkan diri.Sehinggalah sebulan sebelum pergi, dia bagi jawapan yang dia tak boleh nak sponsor ibu.

Masa tu, Allah je yang tahu betapa kecewanya ibu kerana hal macam ni.Sampai hati orang tu kan.Kami adik beradik turutlah rasa kecewa,sedih yang teramat sangat sebab barang-barang keperluan dia ke umrah dah pun kami beli.Masa tu ibu ingatkan duit EPF tu,boleh dapat sebelum dia ke Umrah,rupanya tidak..Ia mengambil masa juga.Masa tu mulalah rasa nak buat pinjaman untuk ibu,supaya dia ke sana.Tapi apakan daya,umi memang tak boleh berbuat demikian.So, bila dibincang balik dengan Abg Zali,alhamdulillah,ibu boleh pergi,dan syarikat travel melepaskan ibu kerana ibu dah bagi bukti bahawa duit EPF tu akan keluar dalam masa terdekat.Kami memang tak senang hati selagi masalah ni tak selesai.Hari-hari kami berdoa supaya Allah swt permudahkan urusan ibu untuk ke sana.

Ibu dan umi di pagi yang syahdu

Kalau boleh taknak dia berhutang kan, hanya semata-mata untuk ke sana.Malam sebelum ibu berlepas,terdetik hati adik untuk lihat acc ibu.Masa tu umi ada masukkan duit ke acc ibu hadiah dari seseorang untuk ibu ke sana.Tapi bila adik tengok acc ibu dalam tu banyak,maka betullah duit EPF ibu dah masuk ke dalam acc.Syukur sangat.Malam tu jugak adik membayar duit kepada travel agencies dan bayar semua hutang-hutang mak yang tinggal.Yelah..Niat dia nak settlekan hutang yang tertunggak sebelum dia pergi Umrah.

Tak sangka duit EPF tu masuk awal.Sebab katanya duit tu diproses selepas betul genap umur dia 55 tahun.Sebelum tu ibu dah meraikan harijadinya pada 9 disember 2018.Sempatlah kami meraikan bersama-sama walaupun ada adik beradik yang tak turut sama.

Rezeki ibu lagi bila menantu dia jugak ada memberikan sumbangan.Subhanallah..Memang rezeki ibu untuk ke sana Allah swt permudahkan.Gembiranya dia..

Seawal pagi 11 disember 2018,selepas solat subuh,kami terus menghantar ibu ke lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Masjid Jamek Kota Tinggi.Sebelum ibu pergi,di situlah satu perasaan yang tak dapat nak aku ungkapkan bila lihat dia berpakaian lengkap untuk ke sana.Allahu…sedih..sedih dan sedih…Dari dalam kereta lagi aku dah rasa kesedihan.Mampu menahan air mata sampailah kami bergambar beramai-ramai.Memang satu kelainan bila korang akan berpisah dengan parents korang yang akan ke sana.

Antara adik beradik, ipar duai dan anak-anak  mengiringi nenek ke sana

Tak sangka dia dah dijemput ke sana.Syukur dan syukur sangat.

Masa ni ibu dan makngah dah pun sampai di KLIA

Kalau ikut plan,ibu dan jemaah akan naik flight pada pukul 6.15 petang.Memang banyak masa kerana ibu sampai ke KLIA pada pukul 1.30 tengahari.Nasib baik adik ada sorang yang tolong tunggu mak kat sana,Jadi sempatlah mak tukar duit, dan makan sebelum berlepas.

Terima kasih pihak ElIzzah Travel and Tours kerana memahami ibu kami.Kepada korang yang ingin ke Umrah, boleh la menggunakan khidmat dari Elizzah Travel and Tours ni.Korang boleh layari website di bawah ini untuk melihat kursus umrah dan haji dan juga pakej yang di tawarkan.

     http://www.elizzahtravel.com/

3 Comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan selamat pergi dan balik..

  2. Author

    amin..thanks beb

  3. Alhamdulillah alhamdulillah. Allah mudahkan hamba-Nya untuk menjejakkan kaki ke sana kan. Doakan mak ayah saya dapat pergi pula. Mereka pun tunggu duit EPF keluar tahun depan inshaaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.