IBADAH QURBAN 2019 DI ARAKAN | Jom bantu saudara seagama kita dengan beri mereka makan daging tahun ni.
Semenjak umi mengikuti Telegram Nota Parenting Taufiq Razif, umi banyak melihat beliau membantu mereka yang kesusahan di luar sana.
Mungkin umi tak boleh nak membantu dari segi wang ringgit, tapi dengan entry ini, dapatlah kiranya menyebarkan tentang ibadah qurban yang akan di adakan di sana nanti.
Dapatlah kiranya mengumpul mereka yang ingin korban dan aqiqah di sana.Insyallah.
Usaha kita yang sedikit kadang-kadang dapat menggembirakan hati mereka di sana.Tersentuh hati umi bila melihat anak-anak yang kelaparan, tak cukup segala zat yang diperlukan oleh anak kecil di sana.
Dengan pakaian yang lusuh, koyak sana sini..Allahu…Ibu mana yang tak sedih kan bila melihat anak yang serba kekurangan.
So, umi kongsikan supaya dapat dikongsi kepada orang lain insyallah
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.
Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784.
Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962.
..
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain.
Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya.
Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.
Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
[Hadith Riwayat Al-Bukhari]
Jom sama-sama kita #rebut_pahala untuk bantu saudara seagama kita, etnik Rohinya di Arakan makan daging tahun ini.
.
Serendah RM 350/ bahagian lembu atau RM 580/ ekor kambing.
.
Setiap penyertaan akan dapat:
✅ Gambar/ Video Korban
✅ Sijil Penyertaan Rasmi
✅ Ebook Misteri daripada Serantau Muslim
.
Tarikh tutup program : 11 Ogos 2019
.
“Berminat nak sertai ibadah korban?”
.
Klik sini —> https://kliksini.my/Korban4Arakan
Klik sini —> https://kliksini.my/Korban4Arakan