Hukum Tepuk Tangan

Hukum tepuk tangan

Pengarang kitab حفل الزفاف في الفقه الإسلامي berkata:

Sesungguhnya tepuk tangan bila dilihat dari segi 
hakikatnya adalah suatu 
perbuatan manusia yang biasa. 
Hukumnya berdasarkan faktor kepada 
perbuatan tepuk tangan itu dilakukan. 
Sesiapa yang bertepuk tangan kerana 
untuk memberi peringatan maka perkara tersebut 
adalah harus.

Pengarang ini merujuk kepada sebuah buku dalam 
mazhab Syafie iaitu kitab حاشية الشبراملسي . 
Bila dilihat dalam kitab tersebut ada dinukilkan 

dari kitan فتح الجواد 
karangan Imam Ibnu Hajar Haitami:

“Diharuskan tepuk tangan dengan kedua tapak tangan 
sekalipun ditujuan untuk 
bermain-main, sekalipun ia dianggap sebagai bentuk
 nyanyian.”

TEPUK TANGAN KETIKA MENDENDANGKAN LAGU

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Haram tepuk tangan ketika 
mendendangkan lagu. 
Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi dan sebahgian 
ulama Syafie.

PENDAPAT KEDUA: Makruh tepuk tangan ketika 
mendendangkan lagu. 
Ini adalah pendapat utama dalam mazhab Syafie 
dan pendapat mazhab Maliki.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Firman Allah swt:

وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية

“ Cara ibadah dan solat orang-orang musyrikin di sekeliling
 ka’bah hanyalah dengan bersiul
 dan bertepuk tangan.” (35 : al-Anfal)

Bentuk pengambilan dalil:: Bertepuk tangan adalah dari
 perbuatan orang-orang musyrik.
 Orang bertepuk tangan meniru perbuatan orang-orang 
musyrikin.

2. Bagi orang lelaki dilarang kerana ia menyerupai perbuatan 
wanita dalam solat.
 Nabi saw bersabda:

إنما التصفيق للنساء

“Tepuk tangan dalam solat (untuk menegur imam) hanyalah 
untuk perempuan.” 
(Hr Bukhari dan Muslim)

JAWAPAN KEPADA TERHADAP DALIL

Jawapan terhadap pendalilan yang pertama adalah:
 Ayat ini menunjukkan perngharaman 
dan larangan beribadah dengan bertepuk tangan. 
Ia bukan pengharaman tepuk tangan
 di luar ibadah.

Jawapan kepada pendalilan yang kedua adalah: 
Hadis ini mengkhusukan tepuk tangan 
untuk wanita dalam solat sahaja.

KESIMPULAN

Hukum bertepuk tangan adalah mengikut kepada sebab 
bertepuk tangan. Ianya ada 4 seperti berikut:

1. TEPUK TANGAN DALAM SOLAT BAGI WANITA UNTUK
 PERINGATAN: 
Para ulama bersepakat ianya disyariatkan.

2. TEPUK TANGAN UNTUK IBADAT SEPERTI DALAM 
SOLAT, ZIKIR DAN TAWAF:
 Ianya dilarang berdasarkan ayat Quran yang telah lepas.

3. TEPUK TANGAN UNTUK NYANYIAN: ada yang 
mengharamkan dan ada yang
 memakruhkan. Apa yang difatwakan Dr Yusuf Qardawi
 dalam kitab فقه اللهو والترفيه 
adalah harus hukumnya kerana tidak ada dalil yang 
melarangnya.

4. TEPUK TANGAN UNTUK MEMBERI SEMANGAT 
ATAU RASA KAGUM: 
Ini juga dibenarkan kerana ia diperlukan. Pengarang 
kitab الموسوعة الفقهية الكويتية mengatakan:

“ Tepuk tangan di luar solat dan khutbah adalah diharuskan 
sekiranya untuk keperluan
 yang dibenarkan syara’ seperti minta izin untuk masuk,
 memberi peringatan, mengelokkan
 persembahan nasyid atau wanita yang bermain dengan
 kanak-kanak.”

Rujukan:

1.Fiqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi

2.Haflu Zafaf fil Fiqh Islami oleh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh

3.Mausu’ah Fiqhiyyah oleh Kementerian Wakaf dan Hal
 Ehwal Agama, Kuwait

4.Hasyiah Ali Syabramalsi ala Nihayatil Muhtaj

5. Sofwatul Tafasir oleh Muhammad Ali As-Sobuni

– www.akhisalman.blogspot.com

Loading

2 thoughts on “Hukum Tepuk Tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *