Skip to content

Hujan Semakin Berpanjangan

Hujan Semakin Berpanjangan dah semakin melanda di seluruh Negeri dan mungkin juga negara kan.Tak habis lagi kisah banjir yang menyayat hati di Pahang dan Selangor.

Bila melihat keadaan semasa dan selepas banjir sedih rasanya.Tak dapat menolong dengan wang ringgit atau kerahan tenaga, doa sahaja yang mampu dikirim semoga Allah swt permudahkan urusan mereka yang terkena musibah.

Dan bila lihat ramai rakan-rakan yang berkongsikan tentang banjir di tempat mereka, rasa bimbang la pulak kan.Tengok sahajalah dua hari ni, hujan dah semakin kerap datang.Belum sempat kering air di tanah, dah hujan lagi.

Doa semoga hujan yang turun ni membawa kebaikkan dan dijauhi segala keburukkan.Adik umi yang kat Pahang tu pun, balik hari tu cuma sekejap je sebab dia risau terkandas lama di kampung.Balik kampung hanya ambil anak-anak dan keesokkannya pulang semula ke Pahang.

Keadaan air yang semakin naik di kampung umi juga sangat merisaukan.Khasnya penduduk Semenchu.Belum lagi yang diceritakan di jalan Mersing dan juga kota tinggi

Jalan menuju ke Mersing dah pun dinaiki air.Semoga hujan berhentilah tak lama lagi kan.

Kepada korang yang tempat dinaiki air, sentiasa bersedia ye.Kalau boleh benda penting dipindahkan segera.Korang boleh baca tips-tips persediaan menghadapi banjir kat bawah ni untuk jadikan panduan korang ye

 

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
Di rumah
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
Jika ingin melancong ke kawasan berpotensi banjir
  • Bagi yang mempunyai bayi, bawa kelengkapan bayi supaya mudah diuruskan ketika banjir berlaku.
  • Simpan nombor telefon klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
  • Pesakit kronik perlu bawa bekalan ubatan mencukupi selain pemantauan jadual rawatan kerana dikhuatiri berdepan masalah ketika berada dalam keadaan banjir.
  • Selalu dapatkan maklumat mengenai taburan hujan seperti akses kepada laman web Jabatan Meteorologi, Portal Bencana atau Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
SEMASA BANJIR
Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir
  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan dekat mungkin terhalang.
Di dalam kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat
Di dalam rumah
  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Di luar rumah
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.
Semasa memasuki bangunan
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
  • Periksa ancaman bahaya
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Semoga ianya bermanfaat untuk korang dan hati-hati uolss

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT ME Designed using Unos. Powered by WordPress.