HOMETOWN CHA CHA CHA FULL EPISODE

HOMETOWN CHA CHA CHA FULL EPISODE | Drama berepisod yang sedang trending di netflix menceritakan tentang kisah doktor gigi dan seorang lelaki yang serba boleh.

Umi terikut cerita ni masa mula-mula tengok preview di Netflix.Tengok pada kecomelan dua pelakon di dalam cerita ni iaitu Yoon Hye Jin dan juga Hong Du Sik.Dua-dua mempunyai lesung pipit menambahkan lagi kecomelan dan kehenseman si pelakon.

Actually sebelum ni umi ada tengok Shin Min A (doktor gigi) ni berlakon di dalam cerita Oh My Venus.Tu yang tersuka dengan dia tu.Umi ni memang suka cerita-cerita romantik korea ni.Kalau dah suka kadang tu suka ulang-ulang tau.Jom kita tengok sinopsis hometown cha cha cha ni.Drama ini merupakan drama komedi romantis.

SINOPSIS HOMETOWN CHA CHA CHA

hometown cha cha cha

Hometown Cha-Cha-Cha mengisahkan tentang seorang doktor gigi yang profesional dan seorang lelaki yang menganggur. Doktor gigi bernama Yoon Hye Jin (Shin Min Ah). Dia baru-baru ini berpindah ke Desa Gongjin yang terletak di tepi laut. Yoon Hye Jin membuka klinik di kampung.

Yoon Hye Jin memiliki sifat yang tegas tetapi berhati lembut. Yoon Hye Jin bertemu dengan seorang lelaki bernama Hong Doo Sik (Kim Seon Ho) di Desa Gongjin itu. Orang kampung memanggil Hong Doo Sik dengan Tuan Hong. Hong Doo Sik merupakan seorang penganggur  yang selalu siap sedia membantu orang kampungnya  Gongjin.

Hong Doo Sik melakukan banyak kerja untuk membantu penduduk. Dari menjadi penghantar makanan hingga bekerja di sebuah kedai serbaneka di kampung. Hong Doo Sik adalah seorang yang pintar dan penyayang. Dia selalu boleh diandalkan setiap kali orang memerlukan pertolongannya.

Hong Doo Sik menjadi lelaki yang ideal di Desa Gongjin kerana penampilannya yang tampan dan sifat baik kerana dia suka menolong penduduk. Yoon Hye Jin ingin tahu tentang Hong Doo Sik, yang tidak bekerja tetapi kelihatan selalu sibuk. 

hometown cha cha cha

Yoon Hye Jin lebih berminat dan ingin tahu tentang Hong Doo Sik yang selalu hadir dan menolong orang-orang di kampung yang memerlukan bantuan. Mereka berdua akhirnya bertemu dan merasa tertarik antara satu sama lain. Walaupun mempunyai keperibadian yang sama sekali bertentangan, adakah cinta akan berkembang di Desa Gongjin? 

Hah…Sekarang ni baru episode 7.And umi belum lepaskan peluang lagi menonton episode sebelumnya.Untuk pengetahuan korang selain Kim Seon Ho dan Shin Min Ah, Hometown Cha-Cha-Cha juga akan menampilkan Lee Sang Yi.

hometown cha cha cha

Sebelum ni pun umi memang layan jugak K-Drama ni cuma jaranglah ambik tau pasal semua cerita.Yang terlintas nak tengok je umi tengok.Kalau takde tu maknanya umi tak sempatlah nak tengok.Tapi cerita ni ada satu tarikan pulak..Itu pada umilah kan, yang lain-lain umi tak taulah genre drama yang korang suka.

Sebab umi tak suka yang berat-berat.Nak-nak cerita-cerita hantu tu memang umi tak boleh nak layan sebab takut.Kang susah pulak nak tidur..hahaha

Bila tengok orang kampung si Tuan Hong ni betul-betul makcik bawang ko.hahah..Kot korang nak tonton full epsiode hometown cha cha cha korang boleh klik kat link ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.