Himpunan 15 Resepi Puding (agar-agar) sedap untuk dinikmati

Himpunan 15 Resepi Puding (agar-agar) sedap untuk dinikmati | Salah satu pencuci mulut yang wajib ada setiap kali jamuan tak kiralah jamuan hari jadi, hari raya atau untuk minum petang.

Puding ni ada yang sedap dimakan semasa sejuk ataupun panas.Tapi umi lagi suka dapat makan puding yang sejuk.Kalau lalu kat tekak tu rasa sedap je kan?

Resepi Puding kalau kita google memang banyak.Tapi umi cuba ambil resepi-resepi puding yang ringkas dan mudah untuk kita buat.Jimat masa kan?

So, di musim-musim cuti ni kan, bolehla kita cuba resepi-resepi puding ni untuk kita nikmati seisi keluarga.Rasa pun sedap.Jadi apa kata kita cuba resepi-resepi di bawah ni.

RESEPI PUDING MILO VIRAL

 

puding milo

Kredit photo : explorasa.cari

Bahan-Bahan

  • 100gm agar-agar
  • 750ml air
  • 150gm gula
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan serbuk milo

Cara memasak

  1. Masak Agar-agar dan air hingga larut
  2. Masukkan gula dan masak sehingga mendidih
  3. Masukkan susu cari.Angkat dan masukkan serbuk milo
  4. Masak seketika.Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
  5. Tunggu sehingga sejuk dan sedia dihidangkan

 

RESEPI PUDING OREO VIRAL

kredit photo : daridapur.com

Bahan-bahan

  • 20 gram agar-agar bertali
  • 1200ml air masak
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 pek biskut oreo atau boleh dicampur dengan pelbagai jenama
  • 4/5 ketul gula batu sekitar 20 gram

Penggunaan Gula Batu

Gula batu digunakan untuk mengelakkan puding beraird bila dah keras.Bila guna gula batu, bentuk puding sentiasa cantik dan tiada air disekeliling puding.

Cara-caranya

  1. Basuh agar-agar bertali dan rendam dalam 30-40 minit.Bila dah sampai tempoh masa, toskan.
  2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  3. Masukkan agar-agar tali tadi dan kacau sehingga larut.Bila dah larut baru masukkan gula batu dan biarkan ianya larut pula
  4. Bila semua bahan dah sebati, tambahkan susu pekat manis, susu cari dan biarkan ianya larut dan tutup api.
  5. Untuk hasil yang lebih cantik, masukkan kedalam bekas acuan pilihan dan patahkan biskut oreo kepada 4 bahagian.Nak masuk sekali dengan krim pun takde masalah.Ikut citara masing-masing.
  6. Biarkan sejuk seketika di luar dalam anggaran 15-20 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam.
  7. Boleh dikeluarkan dan dihidangkan.

 

RESEPI PUDING ROTI DENGAN SOS YANG SEDAP

kredit : azie kitchen

Bahan A

  • 7 – 8 keping roti
  • 2 sudu besar mentega dicairkan
  • 3 sudu besar Kismis

Bahan B

  • 500ml susu segar @ 2 cawam
  • 4 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamom

Bahan untuk kastard

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air – guna tin susu cari tadi
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

Cara-Caranya

  1. Satukan bahan-bahan B.Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B.Biarkan terendam dan meresap seketika
  2. Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair.Gaul sebati.Kemudian tuang ke dalam loyang\bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk sos kastard., campurkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau hingga pekat mengikut citarasa masing-masing.
  5. Tuang ke atas puding roti tadi.Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastard.

 

RESEPI PUDING JAGUNG 

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 tin susu cair
  • secubit garam
  • 1 tin jagung

Cara-Caranya

  1. Bancuh tepung kastard dan air.Kacau hingga larut
  2. Kemudian masak secara api perlahan
  3. Tuangkan susu cair, gula,garam dan 1 tin jagung
  4. Kacau rata sehingga kuah pekat
  5. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas.
  6. Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.
  7. Sedia dimakan sejuk-sejuk

RESEPI PUDING KARAMEL

Kredit photo :says.com

 

Cara buat puding karamel agar jadi licin, lembut dan sedap.ikuti resepi ini

Bahan-Bahan

  • 5 Biji Telur size B
  • 1 tin susu cair
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu  kecil esen vanilla

Karamel

  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-Caranya

  1. Masukkan gula dan air ke dalam kuali.Hanguskan hingga keperangan kemudian terus tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan puding di dalam mangkuk
  3. Kacau perlahan jangan sampai berbuih.Cukup sekadar pecah kuning telur dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak
  6. Sejukkan kemudian terbalikkan.Potong dan sedia dihidangkan

 

RESEPI PUDING MANGGA

Kredit resepi : http://resepisheilarusly4u.blogspot.com/

BAHAN2:
20g agar-agar tali
7 cawan air
1 cawan gula
Sedikit gula batu
3/4 cawan susu tepung.. Akk guna susu tepung fernleaf calciyum sbb bau dia wangi dan sedap
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
3 biji mangga (yg manis).. Nak letak lebih mangga pun boleh.. Lagi sedap

CARA2:
1) Masak agar2 bersama 7 cawan air hingga larut agar2.. Tuang gula dan gula batu.. Kacau2.. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau2 bagi sekata/sebati.. Masak sehingga mendidih.. Tutup api

2) Ambik 2 cawan agar2 tadi.. Tuang dlm blender serta 1 biji mangga potong2, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus

3) Basahkan loyang.. Tuang 2 cawan agar2 yg bersusu tadi dlm loyang.. Biarkan agar2 tu mengeras sedikit.. Boleh susun perlahan2 mangga yg dipotong dadu atas permukaan agar2 tadi.. Akk susun separuh dulu mangga.. Lepas tu tuang sedikit agar2.. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar2 tadi tuang habis.. Biarkan agar2 tu mengeras sekejap

4) Agak2 dah beku sedikit agar2 tu.. Tuang agar2 yg diblender tadi perlahan2 atas agar2 susu tadi.. Biarkan sejuk

5) Boleh simpan dlm peti sejuk.. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ni ikut suka.. Sedia utk menikmatinya

 

RESEPI PUDING ROTI MARBLE

puding roti marble

kredit to : http://kate-na.blogspot.com/

Bahan-Bahan

  • 10gm agar-agar serbuk – plain
  • 8 Keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 gelas air
  • 2sm serbuk coklat\milo – bancuh dengan air
  • 5sm gula
  • 1 biji telur
  • 2sm marjerin
  • sedikit esen vanilla

Cara-caranya

  1. Blend roti bersama 1 tin susu cair dan 1 gelas air hingga hancur
  2. Dalam kuali masak serbuk agar-agar bersama lebihan air
  3. Masukkan bahan yang di blend ke dalam kuali agar-agar yang sedang di masak tadi.
  4. Masukkan sekali susu pekat, gula, marjerin, telur dan esen vanila
  5. Masak sehingga mendidih
  6. Adunan di bahagikan kepadadua bahagian.1 dibiarkan warna asal dan 1 lagi campurkan bancuhan coklat
  7. Tuang sesenduk besar adunan plain di tengah-tengah acuan.Buat perka yang sama untuk adunan coklat.
  8. Ulang sehingga proses hingga habis.
  9. Sejukkan dan sedia dihidang

RESEPI PUDING SUSU LUMUT 

kredit photo dan resepi : daridapur.com

 

Bahan A

  • 10 gram agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • secubit garam

 

Cara buat bahan A

  1. Didihkan air kosong dahulu dan bila mendidih, baru masukkan agar-agar tali dan larutkan sehingga sebati.
  2. Tambah gula, susu cair dan secubit garam serta di kacau lagi hingga sebati.Tunggu adunan mendidih sekejap dan tutup api.
  3. Bahagi dua adunan dan masukkan pewarna ikut suka.Tuang lapisan pertama ke dalam loyang 8×8 dan biarkan selama 15 minit.Lorekkan sedikit lapisan dengan garpu dan tuangkan pula lapisan kedua.Biarkan 15 minit dan tuang bahan B pula

Bahan B

  • 10 gram agar-agar tali
  • 2 cwan air
  • 1/2 cawan cawan gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • secubit garam
  • sedikit sirap ros

Cara buat puding susu

  1. Didihkan air kosong dahulu dan bila mendidih,masukkan agar-agar tali dan larutkan hingga sebati.
  2. Masukkan gula, daun pandan, dan sirap ros.Kacau sebati.
  3. Dalam bekas lain, kacau telur bersama santan hinga sebati dan barulah dituang dalam periuk agar-agar.
  4. Kacau rata dan masukkan secubit garam.
  5. Masak hingga mendidih dan menjadi lumut.Tutup api dan biarkan suam.
  6. Sebelum dituang ke atas permukaan lapisan puding yang telah beku dan siap dilorek, kacau dulu adunan dan barulah tuang perlahan-lahan
  7. Seeloknya tuang ke atas senduk untuk elakkan puding anda menerima tekanan yang boleh buatkan ianya berlubang
  8. Biarkan 15 minit dan barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk
  9. Selepas 2 jam dan siap dah resepi puding susu.Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

RESEPI PUDING CREAM CRACKERS

Hah…kalau kat rumah, tak jalan biskut tu, boleh la buat puding..rasa cepat je habiskan?

kredit photo dan resepi : Dhia Azlinda

Bahan-Bahan

  • 20-24 keping biskut cream cracker
  • 4 biji telur gred A @ B
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-caranya

  1. Panaskan pengukus
  2. Rendamkan biskut ke dalam air tapis sehingga kembang dan toskan.
  3. Blend telur, susu pekat dan biskut sehingga menjadi halus
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letakkan warna.Boleh letak 1 bahagian serbuk koko.
  5. Kukus selapis demi selapis sehingga habis.Lapisan pertama 5 minit yang akhir sekali 10 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan

RESEPI PUDING ROTI PELANGI

kredit photo dan resepi : azie kitchen

Bahan-Bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula – boleh dikurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin – dicairkan
  • 3 1/2 cawan air ( guna cawan biasa 230ml)
  • Pewarna meraj, kuning dan hijau

Cara-caranya

  1. Didihkan 3 cawan air, masukkan serbuk agar-agar dan gula kedalam periuk
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, dan baki air tadi (1/2 cawan)
  3. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah dididhkan tadi.
  4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih.
  5. Matikan api
  6. Bahagi kepada 3 bahagian dan masukkan warna pilihan.kacau sehingga sebati.
  7. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah-tengah loyang.Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang atas warna hijau tadi.
  8. Biarkan puding bergerak sendiri ke tepi.Tak payah ratakan atau kacau.
  9. Kemudian ambil pula warna kuning dan tuang ke atas warna hijau pula.Ulang semula warna merah dan buat hingga habis.Ketika melapis hendaklah dengan cepat sebab puding mudah sejuk membeku.
  10. Dah siap boleh disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.Enak dimakan ketika sejuk.

 

RESEPI PUDING TRIFFLE

puding-triffle

kredit photo dan resepi : buatoranglapo

Bahan A

  • Kek gulung secukupnya (apa-apa perisa
  • Air Koktel

Cara-Cara

  1. Potong kek gulung lebih kurang setebal 1cm.Susun kek ke dalam mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan sedikit supaya kek padat.
  2. Tuang @renjiskan sedikit air koktel supaya lapisan kek menjadi moist.Ketepikan

Bahan B ( kastard)

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 tin buahan koktel(asingkan buah dan air)

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan(kecuali koktel).Kacau hingga tepung kastard sebati.
  2. Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
  3. Curahkan adunan kastard ke atas lapisan kek.
  4. Letak buah koktel ke atas adunan kastard.Tekan-tekan sedikit.Masukkan ke dalam peti sejuk sementara menyediakan jelly.

Bahan C ( Jelly)

  • Kristal jelly (jenama nona)
  • 400ml air

Cara-cara

  1. Masak jelly bersama air sehingga hancur.Lebih kurang 2-3 minit .
  2. Curahkan jelly yang telah masak ke atas kastard tadi.Sejukkan di dalam peti ais.

RESEPI PUDING SUMI JELLY

puding sumi jelly

kredit resepi dan gambar : mamamiasanasini

Bahan-Bahan

  • 37.5 gram agar-agar tali( guna agar-agar serbuk 20 gram)
  • 8 cawan air ( nak guna 6/12 cawan air pun boleh )
  • 11/4 cawam gula ( boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1 tin susu cair
  • Sumi jelly secukupnya
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-caranya

  1. Susun sumi jelly di dasar acuan
  2. Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih
  3. Masukkan gula dan kacau sebati.
  4. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Perlahankan api.Bahagikan kepada 3 bahagian
  6. Letakkan pewarna dalam setiap adunan
  7. Tuang adunan pertama ke dalam acuan secara perlahan dan biarkan mengeras.
  8. Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garfu atau pisau.Tuang pula lapisan kedua dan biarkan keras.Seterusnya tuang lapisan ketiga dan seterusnya sehingga habis adunan tersebut.
  9. Biarkan sejuk di dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

RESEPI PUDING LAICI

puding laici

Kredit dan Photo : Mariana Zainal

 

Bahan-bahan

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 8 cawan air  ( empunya resepi suka guna cawan kopi)
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin laici tin

Cara memasak

  1. Masak air bersama gula hingga mendidih
  2. Masukkan serbuk agar-agar dan 1/2 cawan cawan air laici tin.Bila mendidih, masukkan susu cair, bila mendidih sekali lagi, padamkan api.
  3. Masukkan larutan puding ke dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik.
  4. Tuang puding ke dalam bekas.Bila dah mula mengeras, taburkan buah laici yang telah dicarik-carik atas puding tadi
  5. Bila puding dah betul-betul mengeras, bolehlah tuang lebihan air laici tin di atas permukaan puding.
  6. Simpan puding didalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.

 

RESEPI PUDING SOYA GULA MELAKA

puding soya

kredit photo and resepi : http://rohaisha.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 10gm agar-agar tali
  • 900ml air soya tawar
  • 1/4 sudu kecil garam halus

 

Cara-caranya

  1. Masak agar-agar besama air soya dan garam hingga hancur
  2. Setelah agar-agar hancur, matikan api dan tapiskan agar-agar.
  3. Masukkan agar-agar dalam cawan atau bekas yang sesuai dan sejukkan

Bahan Air Gula

  • 1 1/2 cawan air
  • 1 biji gula melaka (saiz sederhana) potong
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandang

Cara-caranya

  1. Didihkan gula melaka dan gula pasir bersama air dalam periuk sehingga larut.Masukkan daun pandan juga.
  2. Matikan api setelah menggelegak dan gula telah hancur.Sejukkan dan hidangkan bersama puding soya

 

 

 

RESEPI PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

Bahan-Bahan

  • 1/4 peket agar-agar tali
  • 1/4 zawan air untuk tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin fruit cocktail

 

Cara-cara

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut
  2. Air 1/4 cawan campurkn tepung kastard, kacau rata dan ketepikan.
  3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair.Bila mendidih, masukkan campuran air dan tepung kastard.Masukkan fruit cocktail.
  4. Masukkan ke dalam loyang atau acuan disukai.Sejukkan dan hidangkan

 

Hah.. itu dia himpunan 15 resepi puding untuk disediakan ketika buka puasa nanti.Umi terasa nak buat puding oreo untuk budak-budak nilah nanti…diorang tu pun dah memang suka dengan biskut oreo tu..

Nanti kita cuba ye..

 

Cuba juga koleksi resepi lain

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

5 thoughts on “Himpunan 15 Resepi Puding (agar-agar) sedap untuk dinikmati”
  1. Bukan main banyak resepi puding ek…kalau nak buat seloyang, tu lee yang malehnya sebab banyak nau, kang makannya sikit huhuhu…nak buat kena sukat separuh adunan je…puding marble tu macam sedap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *