Assalamualaikum
Hai korang☺☺ happy November..Wah..dah masuk November kan..Sekejap je masa berlalu..Usia pun akan datang akan bertambah.Kulit pun makin tak tegang…eh…makin tua gitu..hahaha..
Ada kena mengena ke…hahaha..Actually lama dah aku nak up entry ni..Gambar dah lama duduk dalam draft.Dek kerana ada je kerja yang nak dibuat,maka terpaksalah hold dulu entry ni.
Hah ni ha…Sebenarnya bila dekat office ni,dah jadi satu tabiat aku datang office pakai lotion,keluar tandas pakai lotion,lepas solat pun pakai losyen.Hah…Tapi kat rumah takde pun buat macam tu kecuali nak keluar rumah.
Sebenarnya bila cerita pasal krim kulit ni,aku memang dah terjatuh cinta tau dengan satu krim keluaran Himalaya ni.Bukan sahaja lembut,malah ia menjaga kulit kita dengan menggunakan herba semulajadi sahaja.
Wangi jangan cakaplah..Kulit aku ni memang jenis kulit kering,berbeza pulak dengan kulit muka ye.Kulit muka aku je jenis berminyak.Tapi kulit di badan tak berminyak.Lagi kering dibahagian kaki dan juga tangan.Sebab tu bila duduk dalam aircond ,aku mesti nak gunakan losyen.
Habis je krim ni aku wajib topup.Dah masuk 3 bekas aku menggunakan Himalaya Nourishing skin Cream.
Boleh dapatkannya diSINI
Krim ini diadun dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry Musim Sejuk, Pokok Kino India dan Pennywort India, yang melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering, memberikan khasiat dan kelembapan.
Bahan-bahan yang terdapat di dalam Himalaya Nourishing Skin Cream
- Aloe Vera – Tumbuhan yang terkenal dengan sifat penyembuhan yang kaya dengan enzim dan nutrien.Ia mampu melindungi kulit dari Sinaran UV secara semulajadi,penghidaratan,kelembutan dan pelembab pada kulit.
- Winter Cerry-Sangat berkesan sebagai anti-stress agent.Tumbuhan ini digunakan sebagai tindakan antioksidan yang membantu pertumbuhan semula sel kulit.
- India Kino Tree – Tumbuhan ini mempunyai sifat astringent yang bekerja sebagai tonik kulit untuk meremajakan kulit wajah kita.
- Indian Pennywort – Ianya baik untuk kulit bermasalah seperti luka yang sukar untuk sembuh dan mereka yang mengalami eczema.
HIMALAYA OFFICIAL STORE
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com