Hero Dim Sum Halal Dan Berbaloi Dengan Harga

Hero Dim Sum Halal Dan Berbaloi Dengan Harga | Mesti ramai dah tau kan tentang pembukaan restoran Hero Dimsum beberapa bulan yang lepas?

Kalau sebelum ni umi makan Dim Sum di Renaissance Hotel, nak cari yang kat luar dengan harga yang murah dan halal tu payah la sikit.Jadi bila Hero Dim Sum dah dibuka, keseronokkan berganda sebab rakyat marhaen macam umi ni memang berkira sikit kalau nak makan makanan yang mahal.

Nak-nak kalau bawak family.Ye, faham sesekali makan makanan mahal apa salahnya.Tapi tu semua bergantung dengan poket kita.Kalau tak mampu, takkanlah kita nak juga terjah kan.Orang takde kat tempat kita memang takkan faham.

Jadi, bila nak masuk Hero Dim Sum ni macam takut-takut sikitlah.Buatnya harga sepinggan berpuluh ringgit, mau naya.Dah ler anak-anak umi tu semua suka dimsum, kalau sebekas memang tak cukup uiii.

Dari luar nampak design restoran yang nampak mahal.Jadi kita tengok pulak di dalam macam mana kan.Korang mesti suka berootd kat sini nanti.

Begitulah di luar restoran Hero Dim Sum ni.Umi suka tengok restoran-restoran kat Eco perniagaan ni, semua nampak macam restoran mahal kan?

Ni pulak suasana di dalam restoran ni.Nampak selesa kan nak-nak bila kita bawa anak-anak.Lengkap dengan bilik air yang selesa.

Jom kita tengok pulak menu-menu yang disediakan disini, Nak tengok full menu korang boleh la ke facebook page umi ye.

So, inilah menu-menu yang menjadi pilihan umi 

Ini menu wajib bila datang ke sini.Mesti korang nak tau harga kan.Ni umi tunjukkan buku menu sekali dalam ni supaya korang tahu harga kat Hero Dim Sum ni takdelah mahal mana pun

So, inilah harga yang ada di Hero Dim Sum ni,Sangat berbaloi untuk bawa family makan kat sini kan.Tempat pun selesa tau.

Ni antara menu-menu yang sedap yang umi dah cuba.Umi ada makan kuew tiaw dia.Sedap sangat tau

Sebenarnya Hero Dim Sum ni bukannya hanya di Kota masai tau, ada juga di Taman Melodies.Korang pernah dengar Hijrah Dimsum? Tu pun diorang punya outlet jugak.So, mana yang dekat korang pergilah kan

So, kat bawah ni umi sertakan alamat untuk korang terjah nanti ye

Facebook : Hero Dim Sum

Instagram : HeroDimsum

Nak booking tempat korang boleh whatssap link di bawah

 

Hero Dimsum
?
016-668 0258
?No.22A & 22B Jalan Ekoperniagaan 12, Taman Kota Masai. 81700 Pasir Gudang, Johor
Waktu beroperasi daripada jam 12pm-10pm. Tutup setiap Isnin.
 
Hijrah Dimsum
?016-881 0042
?No.42, Jalan Beringin, Taman Melodies 80250 Johor Bahru, Johor

Loading

2 Comments

  1. Sedapnyaaa nampakkkk! I love Dim Sum!
    Yang kat Taman Melodies tak pernah try pulak.
    Ni dah lebih dekat.. harus terjahhhh.. hehe

  2. Memang nak repeat pergi lagi laa.. enjoy giler makan DimSum kalau makan tanpa was-was ni kannn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *