resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap

Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap

Masa misi mencari bahan basah semalam, babah tiba-tiba pula teringin nak makan hati masak kicap. Serius umi memang tak pernah masak masak hati lembu ni. Jadi, jom kita masak Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap

Tapi banyak si suami nak makan, kita kenalah tunaikan juga kamu permintaannya. Walaupun umi tau, umi kena juga memasak lauk lain untuk anak-anak. Jadi, setelah meng google resepi hati masak kicap ni, rupanya mudah sahaja.Umi terbeli banyak pulak tu sekilo.Padahal bukan banyak makan pun kalau nak makan babah dengan umi.

Dengan itu, menu kami sabtu minggu ini adalah menu yang babah request.Untuk Menu ni, umi ambil resepi hati lembu masak kicap dari kak Azie Kitchen tau.Mudah je resepi yang diberikan.

Baca juga resepi lain di blog umi >>> Resepi 

 

Jomlah lihat cara masak hati lembu masak kicap ni.Mudah-mudahan korang boleh follow resepi umi ni.Sebab umi ikut resepi dari kak azie ni je.

 

Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap

Bahan bahan:
1/2 kg hati lembu – potong tebal (ikut korang nak banyak mana ye)
Garam
Kunyit hidup / serbuk kunyit
Bahan tumbuk:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap
Bahan lain:
1 senduk kicap manis
1-2 sudu besar sos lada hitam – boleh ganti dengan serbuk lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit serbuk perasa – saya tambah
Gula – jika perlu kerana jika guna kicap manis dah tak perlu gula
Bahan lain:
1/2 biji bawang besar Holland saiz besar – hiris halus
Cili merah dan cili hijau – belah 2
Daun sup
Cara-cara
Hati lembu dihiris tebal kerana jika nipis akan liat dan tak sedap
resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap
Perapkan hati lembu tadi dengan kunyit dan sedikit garam
resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap
Panaskan minyak dan goreng hati.Tak perlu goreng garing.Goreng sekada hati tu masak sahaja.Angkat dan ketepikan.
resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap
Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.
Masukkan kicap, sos tiram dan sos lada hitam atau serbuk lada hitam.Jika perlu sedikit udara.
Akhir sekali sekali bawang besar dan cili hidup.Masukkan hati yang telah digoreng, Kacau jadi sebati.Jika suka boleh menggunakan sedikit serbuk perasa.
resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap
Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur daun bawang.Tapi umi tak letak sebab bahan takde.Kita guna jelah mana yang ada.
Dah siap untuk dihidangkan.
resepi Hati Lembu Masak Kicap mudah dan Sedap
Masa pertama pertama memasak Hati lembu ni korang.Kalau tok laki tak mintak, mybe umi takkan masak sampai bila-bila.Terima kasih suami sebab bagi idea kat isterimu ini mencuba resepi hati lembu masak kicap ni.Ada lagi hati lagi lembu ni tau .Tapi tak tau nak masak apa pulak.
Nanti umi google lagi nak masak apa.Selalunya kan, hati lembu masak kicap ni umi dapat masa kat kenduri kawen atau kenduri yaasin je.Kalau kat kedai tu jaranglah nak.Tapi kalau tempat kenduri tu insyallah umi akan ambil.
Jadi, itu jelah menu yang umi menyembunyikan malam tu untuk sajian makan malam.Nasib baik menu tu tak pedas, jadi tak perlu umi nak tambah menu lain untuk anak-anak.Diorang pun umi paksa makan jugak.hahaha

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *