Hari Pertama Persekolahan Kakak | Alhamdulillah, akhirnya kakak dah pun bersekolah tahun ni.
Persiapan sebenarnya dah lama dah umi sediakan.Dari akhir tahun lepas lagi.Tapi yelah kan, di musim pendemik ni kita memang tak jangka bila bebudak ni nak bersekolah.
Dapat je berita yang sekolah bermula 1 mac, kemain happy dia.Tak sabar sangat nak pergi sekolah, nak jumpa kawan.Nak duduk satu taska dengan adik.
Selama dia bercuti sekolah, umi memang tak hantar dia ke Taska.Adik jelah umi hantar sebab adik bersekolah.Bila kakak ada kat rumah, boleh la teman nenek berbual.Takdelah nenek sunyi sorang-sorang kat rumah.
Sekarang ni dia duduk sorang kat rumah, boringlah tu.
So, cerita pasal kakak sekolah, pagi isnin tu, umi hantar dia ke sekolah.Pepagi lagi nak bangun tu memang senang sangat.Kejut sekali dua je dah bangun.
Pagi tu umi sediakan sarapan ringan je untuk dia sebab untuk makanan waktu rehat dia, umi memang dah siap order dengan cikgu.
Risau dia bawak bekal kang, tertumpah la, tertinggal lah.So, nak mudah umi order je dengan cikgu.Makan terus buang.
Siap dengan mask dan face shield.Nak jugak pakai dua-dua tu.Itu pun hari pertama je lekat face shield tu, lepas tu umi pakaikan dia face mask je.Beli jelah extender yang cantik-cantik tu untuk dia.
Pepagi dok usung cermin ke sana-sini.Tak taulah apa yang dia belek.Pening jugak umi dengan anak dara sorang ni.
Dari dalam kereta lagi dah kemain excited dia.Sampai je sekolah, terus nak meluru masuk.Umi dok risau sebab ramai sangat mak ayah yang berkerumun kat situ.Umi ambil jalan selamat, hantar dia terus masuk sekolah dan lari jauh sikit dari orang-orang kat situ,Yang penting anak selamat dah masuk sekolah.
Peliknya ibubapa yang hantar tu siap bawa anak beranak lain.Mungkin excited sebab nak tengok anak-anak yang baru bersekolah tu masuk sekolah.
Tapi perlu tahu, sekarang norma baru.Cukuplah sorang sahaja wakil untuk ke Sekolah.Tak perlu lah bawa anak-anak yang lain.Ambil lah video atau gambar untuk mereka yang lain.
Sebab tu umi tak ambil gambar masa ke Sekolah hari tu.Alhamdulillah sebab cikgu rajin share gambar anak-anak dalam group sekolah.
Sebenarnya jauh di dalam lubuk hati umi risau jugak dia bersekolah musim covid ni.Tapi umi selalu ingatkan dia supaya jangan rapat sangat dengan kawan, sentiasa pakai face mask.Basuh tangan selalu.Macam-macam umi berleter sebelum pergi sekolah, sebelum tidur.
Baca juga : Bersediakah kita hantar anak ke Sekolah
Jadi tak perlulah ibubapa risau pasal tu.
So, umi balik untuk uruskan adik ke sekolah pulak.Lepas tu barulah umi balik rumah.Isnin tu memang umi ambil cuti.Sebab tengahari tu pulak umi nak kena tengok kakak balik sekolah pulak.
Pukul 11.30 umi dah terpacak dekat Sekolah.Umi nak kenalkan kakak dengan driver van.Jadi senang sikit esok dia cari van dia tu.Lepas tu terus hantar Taska.
Alhamdulilah, selesai dah hari pertama persekolahan.Kemain lagi dia bercerita pasal cikgu-cikgu dan kawan-kawan dia.
Syukur kakak dah sekolah.Takdelah umi risau dia banyak tertinggal banyak ilmu.Kelas online dia pun masih berjalan lagi.
Baca juga : Persediaan ke Sekolah dengan kasut pallas
Umi masukkan dia kelas online tu sebab dah beberapa tahun dia skip sekolah dan disebabkan itu dia tak pandai lagi membaca.
Sebab tu umi masukkan dia kelas online bacalah anakku.Biar dia cepat sikit boleh baca.Cuma pogress kakak membaca ni lambat sikit.Dia cepat lupa apa yang diajar.Banyak jugak umi buat latihan dengan dia.Berkorban jugaklah umi beli banyak buku-buku latihan untuk dia.
Janji dia boleh membaca dengan cepat, umi dah happy dah.Takdleah dalam kelas dia tertinggal.
Balik sekolah mask pun dah tanggal.Face Shield tu dia buat pulak macam tu.Tissu basah dah tinggal sekeping.Apa yang dilapnya pun umi tak tau.
Masa ni umi ajar dia cari van dia.Umi letakkan no van dekat name tag dia tu.Jadi senanglah cikgu pun nak tengok.Umi follow dia sampai lah dia ke Taska.
Lepas tu umi dah boleh berjimba dengan nenek.Bawak nenek makan tengahari kat luar.Sesekali dating dengan dia kan…
Wah, gambar pertama tu sebijik muka Eda ya
tulah, cuma muka je kembang..ahhaha
Kira Kakak memang dah duduk dengan ko yaa Eda.. sekejap dah besar dah.. moga jd anak yang bijak ya kakak..