Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober pada setiap tahun adalah kempen kesedaran kesihatan Mental sedunia yang dikhususkan demi pendidikan global serta kesedaran dan advokasi terhadap stigma sosial berdekatan.
Ia pertama kali disambut pada 1992 atas inisiatif Persekutuan Kesihatan Mental Dunia, sebuah organisasi kesihatan mental global dengan ahli di lebih 150 negara.Hari ini, setiap Oktober, beribu-ribu penyokong datang untuk meraikan program kesedaran tahunan untuk memberi perhatian kepada penyakit mental dan kesannya terhadap kehidupan orang ramai di seluruh dunia.Di sesetengah negara hari ini adalah sebahagian daripada minggu kesedaran, seperti Minggu Kesihatan Mental di Australia.
Â
Mungkin pada kita bila bercerita pasal kesihatan mental ni kita selalu perlekehkan orang-orang yang menghidap penyakit ni.Bukan mereka minta untuk jadi seperti ini.Setiap segala ujian yang Allah turunkan pada seseorang tu, bukan ujiannya pada mereka je, malah pada kita dan sekelilingnya.Bagaimana kita nak hadapi mereka yang mengalami kesihatan mental ni? Jom serba sedikit kita cakna tentang kesihatan mental ni.
Di zaman sekarang masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah didapati semakin membimbangkan dengan bilangan remaja berusia 13 hinga 17 tahun yang mempunyai idea untuk membunuh diri meningkat kepada 13.1% pada 2022 berbanding 10% lima tahun sebelumnya.
Antara punca gangguan mental ni termasuklah tekanan akedemik, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, masalah keluarga. desakan rakan sebaya dan harapan tinggi ibubapa terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
SEJARAH HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA
Sejarah Hari Kesihatan Mental Sedunia dimulai pada tahun 1992, ketika World Federation for Mental Health (Federasi Dunia untuk Kesehatan Mental) bersama dengan berbagai organisasi kesehatan mental di seluruh dunia memutuskan untuk mendirikan hari peringatan ini. Setiap tahun, tema berbeda dipilih untuk merayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan memfokuskan perhatian pada masalah tertentu yang berkaitan dengan kesehatan mental.
Salah satu tujuan utama Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah untuk mengurangi stigma sosial yang sering menyebabkan orang yang mengalami masalah kesehatan mental merasa malu atau terisolasi. Dengan meningkatkan pemahaman tentang kesehatan mental, diharapkan masyarakat akan lebih terbuka untuk berbicara tentang masalah ini dan mencari bantuan ketika diperlukan.
Selama Hari Kesihatan Mental Sedunia, banyak organisasi, lembaga pemerintah, dan individu di seluruh dunia mengadakan berbagai kegiatan seperti seminar, lokakarya, pameran seni, kampanye sosial media, dan acara olahraga yang bertujuan untuk meningkatkan kesadaran dan pemahaman tentang kesehatan mental.
Penting untuk diingat bahwa kesehatan mental adalah bagian yang tak terpisahkan dari kesehatan secara keseluruhan. Merawat kesehatan mental adalah langkah penting untuk mencapai kesejahteraan yang optimal. Oleh karena itu, Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah kesempatan untuk mempromosikan perawatan diri yang baik, mendukung orang-orang yang mengalami masalah kesehatan mental, dan menghilangkan stigma yang masih ada di sekitarnya.
TANDA DAN GEJALAÂ
Kita ambil tahu beberapa tanda dan gejala bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas.Ia boleh timbul akibat dari tekanan secara fizikal, sosial dan persekitaran.Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Ia boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan. Ini akan menyebabkan keadaan fizikal dan emosi seseorang itu terjejas.
Tiga Bahagian Utama yang terjejas oleh kesihatan Mental
- Fisiologikal – Ia menyebabkan seseorang itu cenderung untuk mendapat atau memburukkan lagi penyakit fizikal seperti penyakit jantung dan darah tinggi, menyebabkan sakit kepala dan kesakitan otot.
- Tingkah Laku – Prestasi kerja mungkin menurun, cenderung untuk mengalami kemalangan, tidak hadir bertugas, bertindak agresif dan mudah marah, sukar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
- Psikologi – Timbul rasa tidak puas hati, mudah terasa, murung dan berasa penat secara emosi.Antara gejala biasa yang menunjukkan kesihatan mental terjejas adalah panas baran, sukar tidur, hialng selera makan, turun berat badan, gemuruh. berdebar-debar dan tidak bersemangat.
Peranan Dalam Menghadapi Mereka yang ada Masalah Kesihatan Mental
Peranan masyarakat dalam menghadapi pesakit mental adalah sangat penting dalam memastikan individu yang mengalami masalah kesehatan mental mendapatkan dukungan dan perawatan yang mereka butuhkan. Berikut adalah cara menghadapi orang sakit mental:
#1 Meningkatkan Kesedaran
Masyarakat perlu meningkatkan kesadaran tentang kesehatan mental dan menghilangkan stigma yang terkait dengan gangguan mental. Ini dapat dilakukan melalui penyuluhan, kampanye, dan program edukasi.
#2 Menjadi Pendengar Yang Baik
Salah satu hal terpenting yang bisa dilakukan adalah mendengarkan dengan empati ketika seseorang berbicara tentang masalah kesehatan mental mereka. Mendengarkan tanpa menghakimi atau menilai dapat memberikan dukungan yang sangat berarti.
#3 Menawarkan Sokongan Emosional
Pesakit mental sering kali memerlukan sokongan emosional yang kuat dari keluarga, rakan sekerja, dan komuniti. Dengan mendengar dan memberikan sokongan moral, masyarakat dapat membantu pesakit mental merasa lebih baik.
#5 Memastikan Akses Kepada perkhidmatan Kesihatan Mental
Masyarakat boleh mendesak untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti. Ini termasuklah mendesak pemerintah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang berpatutan dan mudah diakses.
#6 Mewujudkan Sokongan Sosial
Masyarakat boleh membantu dengan mewujudkan kumpulan sokongan atau komuniti yang menyokong mental pesakit. Ini memberi mereka peluang untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka.
#7 Memantau Kesihatan Mental
Masyarakat perlu menjaga kesihatan mental mereka sendiri dan orang yang mereka sayangi. Ini termasuk menjalani gaya hidup yang sihat, menjaga tekanan, dan mencari bantuan jika perlu.
#8 Melibatkan Pesakit Mental dalam Masyarakat
Penting untuk tidak merawat pesakit mental daripada masyarakat. Masyarakat perlu membantu mereka merasa termasuk dan diterima dalam aktiviti sosial dan masyarakat.
#9 Menyokong Keluarga Pesakti Mental
Keluarga pesakit mental juga memerlukan sokongan. Masyarakat dapat membantu keluarga dengan mendengar mereka dan memberikan sokongan praktikal.
#10 Melaporkan Kecemasan
Jika masyarakat mendapati seseorang yang mungkin berisiko terhadap diri sendiri atau orang lain, mereka perlu melaporkan dirinya kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti hospital atau polis untuk tindakan selanjutnya.
Kita sebagai masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam menghadapi pesakit mental dengan memberikan sokongan, mengurangkan stigma dan memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental yang berkualiti.Ini adalah usaha kita bersama untuk meningkatkan kesejahteraan mental pesakit dan komuniti secara keseluruhan.
Â
Source : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/07/11/penyakit-mental-masalah-kesihatan-kedua-utama/
Memahami Masalah Kesihatan Mental
Â
Â