HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR DIBUKA DISEMBER INI

HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR DIBUKA DISEMBER INI | Ini adalah cawangannya yang keempat yang akan di buka di Puteri Harbour pada hujung tahun ini.

Semakin meriah nanti dengan pemukaan Hard Rock Cafe Puteri Harbour bila kesemua ekonomi akan dibuka selepas ini.Pagi tadi telah berlangsungnya Press Conference bersama dengan VIP iaitu Yang Berhormat Dato On Hafiz Bin Ghazi iaitu pengerusi Tourism Youth and Sport dan juga Mr Malcom Chao untuk Asia Pacific Hard Rock Cafe International dan juga Media.

 

Di dalam Press Conference yang diadakan secara virtual itu kami juga dihiburkan oleh 1st female Sexaphonist iaitu Key in.

 

HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR DIBUKA DISEMBER 2021

Kafe yang bakal dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi – dengan tempat-tempat menarik untuk peminat. Bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secaralangsung.

Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hiburan musik secara langsung dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe. Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun- tahun, dinding memorabilia telah menjadi  ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

hard rock cafe puteri harbour

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan- bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut. Ia juga menawarkan pelbagai jenis minuman bebas alkohol dan minuman beralkohol seperti bir, wain, koktel buatan tangan termasuk hidangan rasmi Hard Rock  sendiri iaitu koktel ‘Hurricane’. Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut.

Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi pengumpul dan peminat untuk membawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain. “Kami mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun pelancong dalam memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan berharap ianya dapat memberi galakan dan semangat dalam kehidupan seharian mereka yang sibuk.

Hard Rock Cafe Puteri Harbour berusaha untuk menaikkan selera dan minat anda dengan produk-produk terbaik daripada Hard Rock dalam memberikan pengalaman yang luar biasa. ” ulas Pengurus Besar, Jimmy Wong.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel kepada www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour . Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com.Dapatkan maklumat tambahan mengenai jenama Hard Rock Café di laman sesawang www.hardrockcafe.com/

So, mesti para collector tak sabar bila dengar hard rock cafe Puteri Harbour dibuka disember ini kan.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.