Happy Malaysia Day Alls

Happy Malaysia Day Alls | 16 September merupakan Malaysia Day dan merupakan Cuti Umum buat Malaysia.

Pada tahun ni Sambutan Hari Malaysia akan di adakan di Sarawak.Setiap tahun mestilah Negeri berlainan kan sambut.So, jom sama-sama meraikan Malaysia Day ni.

MALAYSIA DAY/ HARI MALAYSIA

hari malaysia 2019

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

sumber : wikepedia

Apa pun, moga Malaysia terus aman damai dan makmur selamanya..

 

Selamat bercuti korang…

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *