Happy Deepavali 2020 Untuk Semua yang beragama Hindu

Happy deepavali 2020

Happy Deepavali 2020 Untuk Semua yang beragama Hindu | Yang akan di sambut pada esok hari.Hari Perayaan Deepavali pada tahun 2020 kali ini jatuh pada hari sabtu 14 November 2020.

Umi mengucapkan Happy Deepavali May these fireworks burn away all our troubles, problems and sorrows, and may these light up our life with happiness, joy, and peace this wonderful Diwali.

Walaupun kita masih di dalam pendemik Covid-19 perayaan tetap di sambut tetapi dengan SOP yang telah ditetapkan Kerajaan.Umi sepatutnya plan mengadakan family gathering di Mersing tetapi disebabkan Johor juga termasuk didalam perintah PKPB, jadi terpaksa ditunda sehingga keadaan pulih.

PERAYAAN DEEPAVALI

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan Oktober dan November.

Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.

Kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga akan dilakukan selepas selesai bersembahyang. Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Dikebanyakan rumah masyarakat hindu akan dihiasi dengan ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.

Sumber : SINI

SOP DEEPAVALI SEMASA TEMPOH PKPP & PKPB

Umi sertakan sop Deepavali semasa tempoh PKPP dan PKPB bagi mereka yang menyambut Deepavali.

Yang tak menyambut Deepavali tu pun kena sentiasa patuhi SOP jugak ye.

SOP DEEPAVALI SEMASA TEMPOH PKPP & PKPB

So, dengan ini umi  mengucapkan Happy Deepavali 2020 Untuk Semua yang beragama Hindu.Semoga sambutan perayaan pada tahun ini lebih bermakna untuk kalian semua.

Jangan lupa untuk terus kekalkan jarak dan patuhi SOP yang ditetapkan ye.Pray for Kota Tinggi juga kerana umi dengar-dengar kes semakin meningkat di sana.Mulalah risau mak ayah dan saudara mara yang tinggal di daerah Kota Tinggi tu.

sentiasa #kitajagakita

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *