GUA TEMPURUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG DI IPOH

GUA TEMPURUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG DI IPOH

GUA TEMPURUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG DI IPOH | Tidak dirancang untuk datang ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng Perak ni.Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.

Bila tak dirancang, beginilah kaedahnya tetapi kami tetap enjoy menikmati anugerah Allah yang tak ternilai ni.Kalau datang ke sini. pakailah pakaian sport dan berkasut yang sesuai ye.Lagi satu dalam Gua tempurung ni ada sungai.

Bila masuk je dalam gua tempurung ni, rasa sejuk tu memang betul-betul duduk dalam aircond tau.Tapi bila korang dah start memanjat tangga untuk naik ke tingkat atas, memang terasalah kepanasannya.

Kami yang tua-tua ni hanya boleh menaiki pada pertengahan gua tempurung ni je.Cuma anak-anaklah yang dapat naik sampai atas.Seronok pulak diorang ni.

Meh umi cerita sedikit tentang gua tempurung ni.

GUA TEMPURUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG DI IPOH

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Tempat ini terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Ia  merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong.

Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

 

Itulah sedikit sebanyak tentang Gua Tempurung.Walaupun kami tak plan ke sini,tapi kami dapat pengalaman baru tentang kewujudan tempat ni.

Kalau tak bawak anak-anak umi dah sampai ke atas dah.Disebabkan di orang ni sibuk sangat nak mengikut,jadi umi batalkan niat nak sampai atas.

Nak bergambar kat dalam tu gelap juga,jadi cukuplah gambar-gambar ni sebagai kenangan.Umi banyak ambil gambar batu-batu yang nampak unik di mata umi.

Tengok batu-batu yang nampak tergantung tu sangat menyeramkan tau.Tu yang rasa nak cepat je keluar dari gua ni.

Kemain lagi anak dara seorang ni.Inilah laluan untuk naik ke atas Gua ni.Kena betul-betul hati-hati untuk naik menggunakan tangga yang di sediakan.

Baca juga :

Tak banyaklah gambar umi kat sana, tapi tulah, sempatlah umi ambil tahu tentang biji  Bunga Teratai yang banyak khasiatnya.Nanti kita cerita di lain entry ye.

Banyak dah entry-entry yang umi masih belum update.Haduii..seminggu bercuti di kampung buatkan umi lemau lagi nak start.Semoga esok umi dah boleh masuk opis..hahaha.Ni pun kita habiskan separuh dari entry yang umi tinggalkan.

 

 

Loading

3 Comments

  1. Antara tempat yang saya nak pergi tapi belum ada rezeki. Harap dapat juga ke sini nanti 🙂

  2. Menarik!

  3. Berapa kali lalu depan GT ni, tapi tak pernah lagi singgah. Kadang teringin jugak nak singgah, entah bila la, haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *