Assalamualaikum

Setiap ibu pasti ingin merakamkan detik-detik seharian anak-anaknya dari mula keluar dari dalam perut sehinggalah anak itu dewasa kan..Begitu jugaklah aku…Walaupun tidak mempunyai pengalaman melahirkan anak,tapi masih ada sifat keibuan tatkala aku memegang Nur Awfiyah ketika dia berumur seminggu..Teringat semula,Bila Nur awfiyah dalam pangkuan aku ketika itu,terlalu sarat airmata walaupun aku tak tahu kenapa aku harus menangis ketika itu..
Bila aku dapat berita yang aku akan menjaga Dia,sepantas yang mungkin aku ajak en.husband untuk mempersiapkan segala kelengkapannya walau waktu itu,takdelah sangat yang kami boleh sediakan untuk dia..
Sedar tak sedar dah hampir dua bulan dia bersama dengan aku..Bila dia dah besar nanti,tak taulah dia terus bersama dengan kami ke tidak..
Kepada Nur awfiyah sayang,walau dirimu tidak aku lahirkan,tapi percayalah sayang,umie tetap sayangkan kamu dunia dan akhirat..Allah swt memberikan kamu untuk penyeri hidup kami,kami bersyukur tatkala umie dan babah bersedih diatas pemergian orang terdahulu sebelum kamu..Mungkin dia kakak dan mungkin juga dia abang..babah dan Umie redha.Ada hikmah disebalik berlakunya keguguran umie dulu,apabila datangnya kamu dalam hidup kami.Moga kamu menjadi anak yang solehah dan berjaya suatu hari nanti…Insyallah…amin
Entry nie aku akan abadikan setiap bulan dan setiap peningkatan yang ada pada Nur awfiyah Umie..
dapat attach gambar awfiyah sekali lagi bermakna.
dpt berkongsi bersama dgn rakan2 awfiyah membesar.
diharapkan awfiyah terus sihat dan gembira di bawah jagaan pn aida 🙂
Sekejap dah besar ya…
Happy Birthday adik Nur awfiyah…Semoga nanti besar menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan umie…
Regards,
-Strider-
kim salam muaaah untuk awfiyah
Sekejap sahaja dah dua bulan ye… Seronok kan dapat merasai menjadi ibu. Semoga nur awfiyah sentiasa sihat membesar… 🙂
Thanks BM,isnyallah…amin
Alhamdulillah dah 2 bulan yer…
Semoga awfiyah membesar dengan sempurna…. sebak pulak dengan entri ni… selamat ulangbulan kedua sayang 🙂
cx pon misscarriage sblm ini. mudahan Allah kurniakan zuriat yg baik buat kita :)) Amin.Seronok sgt bile pgg baby kan? apatah lagi menjaganya 🙂
sekejapnya masa berlalu huhu. Semoga awfiyah membesar bagai juara :))
Tak der gambar ker? Nak tgk baby KS ☺
semoga adik Nur Awfiyah menjadi anak yang solehah 🙂
cepat je dah 2 bulan fiyah..semoga membesar dengan sihat 🙂
alhamdulillah… 🙂
mama safiy,memang itulah cadangnya
kjb jer 2 bln ..
sis, bg pendpt sy better sis jadi ibu susuan awfiyah so nt xde susah sgt aurat anak dgn husband sis 🙂
Alhamdulillah…semoga menjadi anak yang solehah ye…aamiin
Setuju sgt dgn cadangan Mama Safiy Arman. Sekurangnye ikatan darah daging tu ade dalam diri Awfiyah.
Jap je msa berlalu.. Insyaallah, jika diberi keizinan, pasti akn rasa pelukan zuriat sendiri.. 🙂
Alhamdulillah semakin membesar dia ..Semoga jadi ibu yang terbaik …
Kak Lya doakan moga2 kekal la kalian bersama InsyaAllah
Insha Allah.. Pasti ada rezeki utk timang anak sndiri nnt..
Insyaallah…alhamdulillah..harap anak ini dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan sentiasa menyenangkan umie nya…amin
ayu baca. dan sebak..
gambar banyak dalam phone,takde cable pulak nak ambil…alhamdulillah,terima kasih shark..
amin…dah macam tagline milo je tu auntie hanim..
alhamdulillah…
insyallah..amin
tulah…alhamdulillah..
insyallah…amin..
Alhamdulillah… semoga membesar dengan sihat menjadi insan yg solehah & berjaya… aamiin.. 🙂