gegata

Gegata Dan Punca Ianya Berlaku

Gegata kalau terkena gatalnya memang tak boleh bawak bincang.Ia akan muncul di mana-mana bahagian badan.Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau keseluruhannya.Ia akan muncul secara tiba-tiba.

APA ITU GEGATA 

Gegata atau nama lainnya “Urtikaria” merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang biasanya tidak teruk dan ianya akan hilang selepas 24-25 jam jika ianya tidak serius

Gegata atau Urtikaria ini muncul dengan bengkak berwarna merah atau kemerahan pada kulit yang biasanya sangat gatal.Bengkak-bengkak ini sering disebut “Bentol” atau “gegata”dalam bahasa seharian.

Gegata atau Urtikaria ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Urtikaria akut – ia terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan berterusan kurang daripada enam minggu.
  • Urtikaria Kronik – Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu.

Untuk pengetahuan anda, gegata akut ini biasanya tidak membahayakan kesihatan berbeza dengan gegata kronik yang memerlukan perhatian perubatan.

Punca Terjadinya Gegata Atau Urtikaria

Menurut pakar Alergi, DR Mirriam Anand, gegata kronik akan berlaku apabila ia tidak sembuh setelah 6 minggu berlalu.Katanya, ada banyak kes dimana kondisi ini kekal berterusan sehingga 5 tahun lamanya kerana tidak mendapatkan rawatan dengna kadar segera.

Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti dibawh.Punca atau penyebabnya terjadi  urtikaria ialah:

1.Suhu Terlalu Panas

Suhu yang terlalu panas akibat iklim atau persekitaran juga adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.Ini kerana sianran ultra ungu tidak kira jenis UVA atau UVB daripada cahaya matahari boleh menembus dan merosakkkan kulit.

Mesikipun sukar untuk kita elakkan, Anda juga boleh cuba untuk menjauhi cahaya matahari dengan kerap duduk di dalam rumah.

2.Suhu Terlalu Sejuk

Suhu yang terlalu sejuk akibat iklim atau persekitaran juga adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.Bagi memastikan ia menjadi penyebab utama, doktor mungkin akan menjalankan ujian dengan meletakkan ais kiub di atas kulit.

Jika memang terbukti ianya benar, maka anda perlu mengurangkan untuk berada di dalam persekitaran yang sejuk dan mengambil ubat.

3.Jangkitan Bakteria dan Virus

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal advances in Dermatology and allergology, gegata kronik adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan.

Jangkitan yang dimaksudkan itu termasuklah bakteria penyebab jangkitan salur kencing (UTI) dan strep throat serta virus hepatitis dan norovirus.Ada juga kemungkinan di mana antigen Heliobacter pylori juga boleh menjadi dalangnya kerana 92% penderitanya mempunyai antigen ini dalam tubuh badan.

4.Kerap Menggaru Kulit Badan

Setiap kali rasa gatal, sudah menjadi tindak balas normal untuk kita menggarunya namun ia mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Terlalu kerap menggaru kulit badan boleh merengsakan lantas meradangkan ia sekaligus menjadi salah satu puncanya.

5.Kerap Bersenam dan Berpeluh

Aktiviti fizikal mungkin memang bagus untuk kesihatandan kecergasan tubuh badan.Namun tahukah anda, ia boleh jadi punca gegata?

Ini kerana kekerapan bersenam akan membuat anda banyak berpeluh dan peluh inilah yang mungkin menjadi dalangnya.Untuk mengurangkan risiko ia berlaku, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antihistamin sebelum beraktiviti.

6.Stress

Menurut pelbagai kajian, stress juga memainkan peranan yang sangat penting dalam banyak jenis penyakit sama ada melibatkan mental atau fizikal.Ini termasuklah kondisi kulit yang dikenali sebagai gegata kerana ia mungkin wujud kaitan di antara kedua-dua keadaan kesihatan ini.

Bagi mengelakkan ia terus berlaku dan berulang, adalah wajar untuk kalian cuba mengurangkan stres di dalam kehidupan seharian.

CARA MENGHILANGKAN GEGATA

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan di rumah untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

  • Elakkan menggaru
  • Sapukan krim anti gatal
  • Tutup kawasan jangkitan dengan kain sejuk
  • Pakai pakaian yang longgar

 

Sekiranya gegata ini disusuli dengan pembengkakan di mulut atau mata, sesak nafas atau perubahan suara, segeralah ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

 

Loading

1 Comment

  1. Cuya pernah kena dulu2 zaman sekolah rendah…
    budak2 kata Cuya kena nyamuk..
    Memandai je dia.. hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *