Free Pampers ke Taska

Free Pampers ke Taska | Lama benau umi tak bercerita pasal perkembangan dak Naura ke Taska.

Alhamdulillah.Dak Naura membesar dengan sihatnya walau kadang kala demam datang melanda.Itu normal je bagi umi.Takde masalah pun.Pelik pulak kalau Naura takde demam sepanjang tahun.Actually, semalam petang, masa umi ambil Naura di Taska, Teacher ada tanya samada di rumah Naura dah tak pakai Pampers ke? Umi pun jawab, ye..kalau di rumah umi memang dah train dia untuk tidak memakai pampers kecuali masa dia tidur sahaja.Teacher dia kata, patutlah Naura nampak gelisah bila pakai pampers.Bila dia poo poo pun dia bagitahu kat Teacher nak poopo kat bilik air.

Sebab tu start dari hari ni, Naura ke School tak pakai pampers dah.Umi risau dia sibuk bermain dengan kawan-kawan nanti, lupa nak buang air kecil.Dah kesian kat Teacher pulak nak membersihnya.Tapi kalau Teacher kata Ok..Lagilah umi sukakan.Walau belum sepenuhnya Cerai Pampers, umi dah rasa bersyukur dah sebab dah boleh jimat duit beli pampers.Berkat kesabaran umi mengajar dia untuk tidak menggunakan pampers di dalam harian dia, kini berbaloi.Umi pun pernah lakukan perkara yang sama pada Kakak Fiyah pada masa umur kakak fiyah 3 tahun jugak.Alhamdulillah..Kakak fiyah dah berumur 5 tahun,tak perlu dah pakai pampers walaupun tidur malam.

Umi pernah ceritakan tentang Kakak fiyah di Entry  Bersediakah untuk Potty Training .semasa umi belikan dia Potty Seat tu masa Lazada buat Mycybersale pada entry INI.

So, sangatlah memudahkan umi untuk mengajar mereka bagaimana untuk tidak memakai pampers samada di rumah atau di Taska.Umi refresh balik ye tentang  Langkah untuk anak cerai lampin.So, sekarang ni umi praktikkan pulak untuk Naura.Bezanya antara dua orang ni adalah, kakak dulu dijaga oleh adik sendiri dan Naura pulak umi hantar ke Taska.Jom kita tengok apakah TIPS UNTUK CERAI LAMPIN ni.

Free Pampers ke Taska

TIPS ANAK CERAI LAMPIN(bagi ibu yang dah biasa bawa anak ke Taska dan bekerja)

Minggu Pertama : BAWA ANAK KERAP KE BILIK AIR

Masa umi dah betul-betul nekad nak lepaskan pampers dari Naura adalah, bila balik je dari Taska, umi akan bukak pampers dia dan pesan kat dia, kat rumah tak boleh pakai pampers.Nak kencing kena pergi ke bilik air.So, di rumah, start je dia bukak pampers, umi akan kerap bawa dia pergi bilik air untuk kencing.Suruh dia mencangkung supaya dia ada perasaan untuk nak kencing.Umi buat setiap hari dan setiap kali umi cuti.Dah beberapa kali jugaklah excident terkencing dalam seluar.Tapi umi dengan rela hati membersih dan menegur dia.Kena banyak bersabarlah dengan Naura ni.Kadang-kadang dia bergedil nak jugak pakai pampers tu sebab malas nak kencing di bilik air.Yelah..sebab dah biasa dari kecil pakai pampers..mestilah dia rasa janggalkan. Ini umi buat untuk beberapa minggu tau.Bukan senang weh nak ajar mereka bagi ibu yang bekerja ni.So, kena pastikan setiap hari, balik dari Taska terus bukak pampers.Kalau nampak Naura banyak minum air, makin keraplah umi tanya dia sampai dia bosan.Kadang-kadang dia malas nak gi bilik air, umi terpaksa ler berdokong bagai untuk bawa dia gi bilik air.Umi tak amalkan cara memaksa okeh…risau dia bosan dan tertekan..Umi redha….dalam hati dah jadi hulk!!!

Itu baru cerita bab nak kencing je.Belum lagi cerita bab nak berak.Kalau dulu masa pakai pampers, memang dia tak payah nak bagitau umi,sedar-sedar bau busuk jelah kat bontot dia tu.Sorry umi guna bahasa pasar ye.

Selalunya anak kita akan ada tabiat bila nak berak, mesti cari sudut atau mencangkung kan? Masa tulah umi terus tangkap dia dan bawak dia pergi ke bilik air.Umi suruh dia duduk dekat Potty Seat tu.Setiap kali dia buat macam tu, memang umi terus angkat dia masuk ke bilik air.Mula-mula je dia rasa macam tak keluar taik dia tu duduk atas jamban..Lelama oklah .

MINGGU KEDUA :IKUT STEPS YANG PERTAMA

Umi teruskan jugak step ni sampai dia dah pandai bagitahu kat umi nak kencing.Begitu juga bila dia nak berak.Sekarang ni umi dah tak risaulah bila dia nak berak, mesti dia akan terus cakap ngan umi.Umi pun letak jelah Potty seat tu kat jamban.Yelah..sekarang ni banyak rumah menggunakan jamban duduk, jadi kenalah beli potty seat tu..So, umi akan pastikan Potty Seat tu sentiasa ada di atas jamban ye.Jadi takdelah teraccident pulak nanti.And sekarang ni umi boleh tarik nafas panjang sebab dia dah boleh buat semua tu.

Alhamdulillah..Naura seorang budak yang fast learning.Jadi umi takde masalah nak mengajar dia.. Cuma sekarang ni, kalau berjalan ke luar, umi still pakaikan dia.Begitu jugak bila dia tidur.Insyallah..bila dia dah terbiasa, dia akan bangun bila ada rasa nak kencing.Yang penting, umi dah menjadi ibu yang penyabar dalam mengajar dia..Kah² puji diri sendiri gitu…

Loading

1 Comment

  1. Assalamualaikum eda…betul tu dah x pakai pampers dpt jimat duit kn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *