Fire Tiger King Terbaru dari CoolBlog

Fire Tiger King Terbaru dari CoolBlog | Terbaru dari Coolblog adalah Fire Tiger King.Kebetulan umi lalu tepi Coolblog hari tu, nak juga try.

Coolblog telah melancarkan minuman terbaru mereka iaitu Fire Tiger King.Kalau sesekali boleh la minum, selalu sangat please NO…heheheh.. Biasalah minuman yang tengah viral ni ramai je orang nak mencuba.Ada yang sekali cuba, akan repeat lagi.Ada yang takkan repeat.Takkan repeat tu mungkin sebab cukup sekali mencuba atau memang minuman tu sedap.So umi kategori yang mana.Kena baca sampai habis. :mrgreen: 

Sebenarnya masa tu sekali pandang macam teringin, tapi bila dua kali pandang terus membeli..ececeh umi.Cakap jelah teringin.Hah!! dah deal dengan kawan umi untuk share..Sekadar nak rasa.Tapi yang banyak menyedutnya umilah.. 😆 

Fire Tiger King Terbaru dari CoolBlog

Actually untuk menu minuman terbaru coolblog ni setakat yang umi tahu ada 4 perasa iaitu :-

  • Fire Tiger King
  • Fire Thai Tiger
  • Fire Red Tiger
  • Fire Green Tiger

So, hari tu umi try Fire Tiger King.Apa yang ada di dalam Fire Tiger King ni? Mestilah Signature Pearl mereka, Brown Sugar Syrup, Premium Milk Tea, Cheese Mousse dan juga Fire Tiger Powder.

 

Rasa memang not bad la..Cuma cheese tu buat umi muak sikit.Nak² bila minum masa dia dah tak berapa sejuk.So, kalau nak minum, kena cepat-cepat minum masa dia tengah cool okey..

Satu minuman ni pun umi share dengan kawan umi.Tak larat nak menghabiskan sorang²..Maklumlah, umi tengah diet gula ni.Risau kang terbanyak dan terlupa pulak pasal diet tu.Tapi teringin punya pasal, maka habislah perkataan diet tu.Kalau dah sedut, memang tak ingat dunia.Tu pun rasa nak pi repeat lagi membeli.Nanti nak try menu yang lain pulak,Kot lagi sedap kan.

 

Nak tau maklumat lanjut tentang minuman terbaru ni korang kena tengok website dan page coolblog ye.

 

 

3 Comments

  1. Aishhh tengah cut sugar ni, semua benda tengok ajeee laaa dulu huhuhu

  2. air ni kene godak dulu bagi dia sebati dengan cheese kat atas tu baru bleh minum. hehe..kalo tak godak tak sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *