Grand Re-Opening FANPEKKA & Jelajah Tonttu’s Toy Academy | Hari tu umi berpeluang untuk bawa anak-anak ke Re Opening Fanpekka di Aeon Tebrau City.Anak-anak punyalah teruja untuk melihat aktiviti-aktiviti terbaru yang ada di dalam Fanpekka.
Pada 22 September yang lepas merupakan Pembukaan semula FANPEKKAÂ dengan aktiviti terbaru mereka di Tonttu’s Toy academy.Seawal 10 pagi lagi mereka telah melancarkan pembukaan semula dengan diadakan Flashmob dance with mascot.Kebetulan masa umi datang ke sana, ada sekumpulan anak-anak dari sebuah Tadika turut serta mengikuti aktivit-aktiviti yang dijalankan di sana.
Lepas dah dapatkan Passport untuk masuk ke tempat permainan, mereka kenalah cop dulu passport dan ada beberapa soalan yang diajukan oleh staff disitu pada anak-anak umi.Nasib baiklah semua jawab betul.Kalau tak umi sekolahkan lagi bebudak ni.
TONTTU’S TOY ACADEMY DI FANPEKKA
Sebelum mereka bermain, umi ajak mereka ke ruangan Tonttu’s Toy Academy kerana disitu pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.
Apa yang umi tahu, Tonttu’s Toy academy ni dapat membuatkan anak-anak kita:-
- Menggalakkan perkembangan kognitif dan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Pelajari konsep dan kemahiran baharu dengan cara yang menyeronokkan dan menarik.
- Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.



Tengok jelah keterujaan kakak nak bermain semua permainan disini.Sebelum explore ke tempat lain kita explore dulu Tonttu’s Toy Academy ni.Bukan permainan di atas sahaja yang boleh diorang terokai, malah ada 2 station yang dapat membantu menggalakkan perkembangan otak mereka.



Bila anak-anak korang join aktiviti di atas ni, mereka akan berikan satu kad yang boleh dipenuhkan cop dari mereka untuk mendapat hadiah seperti lanyard, T-shirt dan sebagainya.Kalau anak-anak join pun still dapat hadiah juga, tapi hadiah kecil la.Nak dapat hadiah besar kena habiskan dulu level yang tinggi.
Untuk aktiviti ni, ada schedule yang korang kena follow.Boleh tengok dekat board di tepi tu.



Banyak betul aktiviti yang anak-anak boleh buat kat sini.Memang patut pun FANPEKKA buat unlimited time untuk masuk kat sini.Satu hari pun anak-anak ni boleh bermain.Agak-agak mak ayah bosan menunggu kat sini, boleh la ke cafe SDS disebelah tu.Jadi tak risaulah kalau nak tinggalkan anak-anak sekejap kan.
Bukan selalu pun nak belanja anak-anak ke tempat yang mereka suka macam ni.
Lepas anak-anak dah puas bermain di Tonttu’s Toy academy ni diorang pun ajak umi sekali main dekat Kapal Layar yang dipenuhi dengan bola dan mainan lain.
Nak lagi aktiviti untuk anak-anak, ada juga slides, flying fox, Panjat batu dinding, bermain jual beli, restoran, kedai kek dan macam-macam lagilah.Puas betul anak-anak bermain.



So, korang kalau cari indoor playground yang unlimited time bolehla bawa anak-anak korang ke sini.Gerenti puas hati sebab banyak sangat aktiviti di dalam ni.Jom ajak anak-anak korang kesini.
HARGA TIKET MASUK FANPEKKA
Dibawah ni umi senaraikan harga tiket masuk ke FanpekkaÂ
Kanak-kanak
Weekdays – Rm70 per entryÂ
Weekends & Public Holiday – Rm 78
With unlimited time
Dewasa
 Rm12
Lokasi:
FANPEKKA, Lot S102, 2nd Floor AEON MALL Tebrau City (New Wing), Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.
Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam
Website: https://www.aeonfantasy.com.my/brand/fanpekka/
FB Page: https://www.facebook.com/fanpekka/
IG: https://www.instagram.com/fanpekka_my/